Wednesday, August 8, 2012

Mahathir Mahu Tektik Tahi Digunakan Di Sabah

JELANG BERBUKA

Mahathir Mohamad tidak setuju dengan protes sesetengah pemimpin UBN Sabah yang mempertikaikan kebanjiran pendatang tanpa izin yang ketara di negeri berkenaan. Sebaliknya Mahathir memberi pandangan pendatang asing wajar diberikan hak warganegara kerana mereka sudah lama tinggal di negeri itu dan beranak pinak serta fasih berbahasa Malaysia.

Tidak perlu mencari banyak kitab dan kamus untuk memahami kenapa bekas PM itu berpandangan demikian bersikap terbuka dan mesra pendatang tanpa izin. Orang tidak melupai bagaimana Umno merampas Sabah dari PBS sebelum ini menerusi pembikinan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin. Projek IC itu telah memenangkan UBN dan sekaligus merampas Sabah.

Justeru apabila ada pihak yang cuba membenteraskan layanan istimewa kepada pendatang tanpa izin dengan memberi kad pengenalan, Mahathir marah kerana dia sedar tanpa pengundi palsu - pendatang tanpa isi yang diberikan kad pengenalan Umno tidak boleh bernafas di Sabah.

Bantahan Mahathir di dalam blognya itu menjelang kunjungan Najib Razak ke Sabah hujung minggu ini seakan memberi signal supaya Najib jangan respons kepada bantahan sesetengah pemimpinan Umno Sabah yang bimbang dengan kebanjikan pendatang tanpa izin.

Pemimpin politik Sabah termasuk Umno dan BN membantah kebajiran pendatang tanpa izin dan mereka melihat sebagai satu wabak di negeri berkenaan. Tindakan ketua Welfre Bambunring meninggalkan parti itu (BN) dan menyatakan kesediaan menyokong Pakatan Rakyat disebabkan keengganan kerajaan negeri bertindak ke atas pendatang tanpa izin.

Pandangan bersifat peribadi Mahathir itu dalam kata lain beliau 'memaksa' Najib agar terus menggunakan pendatang tanpa izin itu untuk menjamin kemenangan Umno Sabah. Ini secara tidak langsung mengesahkan bahawa kemenangan Umno ke atas Sabah sebelum ini menerusi pengkhiatan dan politik tahi yang diamalkan Mahathir Mohamad.

Dalam satu kajian dilakukan PBS menunjukkan pada tahun 2002 terdapat seramai 200,000 pendatang tanpa izin di Sabah yang meninggalkan negeri berkenaan bagaimana pun kembali semula ke Sabah menjelang pilihan raya dengan nama lain dan mempunyai dokumen (kad pengenalan) sah dan dapat mengundi.

Sekiranya Najib akur dengan nasihat dari jauh Mahathir itu menjelaskan bahawa Najib juga sedia bersubahat dengan pengkhiatan dan menggunakan tektik tahi. [wm.kl.6:20 pm 08/08/12]
Post a Comment