Monday, October 29, 2012

Asri Tidak Payah Layan Setiausaha Dewan Ulamak Pas

SUSUPAN SENJA                                                                                                                     

Alah sensitif sangat sesetengah orang Pas terutamanya para ustaz muda yang baru pandai membelit serban atau baru pandai menambat tali pinggang keledar atas kapal terbang dalam memberi reaksi apa-apa teguran dan kritikan umum ke atas mereka. Sikit-sikit hendak berdebat sikit-sikit hendak berdebat mentang-mentanglah insturment debat itu dibenarkan oleh Islam.

Bukan semua debat membawa kebaikan. Apakah dimaksudkan 'memperlagakan' kepala itu membawa kebaikan dan diperlukan dalam serba serbi?

Asri: Jangan layan ulamak muda Pas.
Kalau sebelum ini ketua dewan pemuda Pas Nasarudin Hasan, selalu berkokok hendak berdebat dengan orang itu dan orang ini, kini ada watak baru pula yang menambah angkah dan bilangan ingin berdebat. Kali ini setiausaha dewan ulamak Pas, Dr Mohd Khairuddin A Razali pula mencandangkan untuk berdebat dengan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Isunya ialah ekoran teguran dan peringatan Asri secara umum agar pemimpin Pas bila menang mentadbir kerajaan kelak tidak jadi seperti Ayutullah. Saya tidak pun mendalami apakah maksud Asri itu dan menganggap ia sebagai peringatan biasa yang tidak perlu diberi reaksi. Sebagai seorang pendakwa dan aktif menulis pandangan itu terbit dari celah mindanya saja.

Suara yang dinyatakan itu adalah kelumit-kelumit kebimbangan mungkin yang ada beliau tersilau ada unsur-unsur berkenaan bakal berlaku di dalam Pas kelak.

Saya rasa teguran atau peringat (lebih tepat) Asri itu tidak salah. Ia untuk kebaikan Pas juga. Lagipun peringatan itu sekiranya Pas menang dan memerintah negara ini. Saya tidak tampak Asri sudah membuat dakwaan yang pemimpin Pas waktu ini termasuk Azizan Razak, Nik Aziz Nik Mat sudah bersikap seperti Ayatullah, iaini dalam bahasa mudah diktator yang menggunakan pendekatan agama. Maaflah kalau istilah saya ini salah.

Jadi kenapa Pas perlu memberi reaksi berlebihan sampai hendak berdebat. Apa hendak tunjuk handal atau hendak pamer ilmu lebih? Teguran Asri itu wajar dilayan dengan cara membalas dalam satu artikel saja, tidak payah di pentas siap dengna prop, pembesar suara kemudian dirakam yang mana rakaman akan diecerkan dalam Fb. Cukup jawab dengan sehelai kertas saja kalau hendak jawab.

Islam memang mengajar berdebat demi mencari kebenaran bukan hendak menunjuk hebat dan ketinggian ilmu. Dari konteks politik saya bimbang kalau berlaku perdebatan unsur itu akan menjunjung diri kerana perangai politik itu sendiri begitu, tidak mudah mengaku kalah.

Teguran Asri itu tidak memberi apa-apa implikasi pun. Rakyat negara ini tidak akan menggeruni dan menjauhi Pas dengan teguran itu. Apa lagi realitinya tidak begitu.

Bila ada orang melenting dan merasakan teguran itu serius apakah ianya terkena ke atas batang tengkoknya sendiri? Di sinilah kefatanahan siasah diperlukan. Bukan semua isu atau kritikan harus dilayan dengan cuba menempelak orang yang membuat teguran. Asri tidak mempunyai apa-apa kepentingan didalam hal ini, beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai da'i saja.

Saya bukan hendak bela Asri, tetapi ulamak didalam Pas harus mengerti dan sedar bahawa ada perbezaan naiwatu di antara mereka dengan Asri. Asri tidak menggunakan politik sebagai acuan atau medan dakwah berbeza dengan ulamak muda dalam Pas yang terpaksa menggunakan acuan dan rukun-rukun politik 4C dalam berjuang dan berdakwah. Jadi mereka tidak akan terlepas dari 'tersesek' dengan elemen kotor politik.

Kepada Asri selamatkan Pas dengan isu ini, iaitu jangan layan permintaan ustaz muda Pas itu. Biarlah sdr dikatakan kalah tidak mengapakah asalkan hakikat kemenangannya untuk Pas. Bukan apa saya bimbang kerana ghairah untuk berdebat, bertukar-tukar fikiran takut perdebatan itu merendahkan martabat dan kualiti keulamakan mereka pula. Kalau itu berlaku bukankah itu namanya kes nyanya? [wm.kl. 6:50 pm 29/10/12]

9 comments:

Unknown said...

ahli2 pas sebegini yg boleh buat pas hancur....
x semua apa yg org ckp 2 x betul dan...
x semua apa yg kta ckp btul....fikir2 kanlh.......

sizzly7761 said...

Salam.Saya bukanlah orang pandai ugama.Namun melihat kepada reaksi dari SU Dewan Ulamak PAS, saya rasa ada bibit riak dan takabur dalam dirinya. Teguran Dr.Asri terbit dari rasa sayang kepada jemaah yang giat berusaha untuk memertabat Islam sebagai sistem kehidupan diMalaysia.Beliau memberi ingatan kerana bimbang kalau kalau berlaku senario kepimpinan bersifat 'ayatullah' dalam organisasi dan urustadbir kerajaan. Itu saja! Jadi apa yang SU Dewan Ulamak ni SENGAL sangat sampai nak ajak debat? Kalau teguran dengan niat baik dari seorang yang tidak punyai apa kepentingan politik pun dah melenting, nampaknya kemungkinan apa yang Dr.Asri tegur tu berkemungkinan betul? Ustad muda ni kadang bercakap dengan nafsu...emosi mengatasi kewarasan. Kalau nak debat, debatlah dengan ahli majlis syura khususnya berhubung keputusan atau pendirian ustad Nasha UG yang bercanggah dengan Majlis. Itu baru betul. Ahli bawahan cukup meluat dengan ustad Nasya yang jadi ahli Majlis Syura....debatlah cara terbuka supaya ahli tahu mana satu pendirian yang betul samada pendirian ustad Nasya UG betul atau Parti betul? Last sekali nasihat kepada SU Dewan Ulamak ni ialah jangan dok emo dan lagak dengan ilmu tu? Tengok isu dan kepentinganya la kalau nak debat! Teguran macam Dr. Asri lu nak debat apa kes? Matanglah sikit dan bersikap tawaduk la...jangan nampak kodi sangat!

MariaCassiopeia Somewhere on earth said...

Ada yang tak kena nih...dah nampak nak mula jadi jaguh...niat kena ikhlas dan betul apa tujuan SU Dewan Ulamak PAS? ada pangkat Dr. lagi, Dr. dalam bidang apa nih...? Mula nampak riak dan takabur...!!Allahuakbar...!!

faizal said...

pada saya tak salah debat dgn dr asri...pemikiran dr asri ni kdg2 sata ragui kerana dia x berpaksi mana2 jemaah,takde beban n tanggungjawab...senang la dia kritik ..sedangkan masa dia jadi mufti bila ada tgungjawab macm2 tindakan dia yg kita boleh pertikaikan..apa masalahnya debat,x mau debat muzakarah,mubahalah pun takpe..bukan nak tau sape menang,nak tau apa perjuangan sebenarnya...ustaz2 yg takde liabiliti ni senang je kritik sana sini...

ibnu_mohamad said...

tidak patut MSO keluarkan artikel begini..kenyataan asri ttg isu ayatullah diperdebat hangat di FB n twitter..kawan2 sy pon mula menjauhi PAS dengan isu ni..smpai ada yg permainkan slogan PAS ganti UMNO..sepatutnya usaha dewan ulama perlu disokong..situasi sekarang tunjukkan dupp dijauhi semua peringkat..semua mcm perlekeh dupp..kata dupp ni jumud,x demokratik,pantang ditegur,agenda ug la,,agen nasha la..x caya,,tgk komen kat atas ni..sedangkan dupp komited pd PR..tp ada beberapa isu yg perlu ditegaskan mngikut syara'..biasala,,dupp..wacana ni penting utk hapuskan persepsi org..artikel ni mmg x relevan..

Unknown said...

ayahanda mso,
saya berasakan ayahanda tersilap konteks berkenaan isu ini. yg dinyatakan oleh dupp adalah jemputan wacana/bertukar pandangan, bukannya format debat. baca betul2, jgn mengapikan isu & situasi. saya mohon agar kita semua dijauhi dari jadi pena syaitan. saya hormat & sayang ayahanda.. keep writing

rujukan :

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama Pas Pusat menjemput bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kini berhadapan dengan kontroversi ekoran pandangan mengaitkan dengan pimpinan Ayatollah, agar menyampaikan pandangan dan kritikannya kepada dewan itu menerusi wacana ilmu.

“Saya merujuk kepada kebimbangan Dr Asri bahawa ulama-ulama dalam Pas dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah Kerajaan Pusat nanti dalam satu wacana baru-baru ini,” kata Setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulama Pas Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut.

Jelasnya, Dewan Ulama Pas Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulama dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias, di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman.

Tambah beliau, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Asri.

“Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut.

"Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam,” ujarnya.

mahaza said...

kenyataan beberapap pemimpin PAS membuktikan cakap Dr Asri tu ada banyak kebenarannya sebab riak riak tersebut sudah ujud. Kejadian Aduka Taruna di sekeh di Rusila mungkin dijadikan sandaran hujah. . . wallahua'lam

mohd sayuti omar said...

khairil yusuf terima kasih kerana mengingatkan saya agar tidak menjadikan pena saya sebagai pena syaitan.. moga allah memberikan sdr rahmat berpanjang dari dunia sampai ke akhirat.
saya faham perbecaan debat dan wacana.. cuma apa yg saya bimbangkan apakah ia dipastikan bila diadakan wacana berlangsung dalam keadana yg elok. selalunya niat baik tetapi sampai ke peringkat perlaksanaan jadi sebaliknya. saya merujuk kepada apa yang berlaku kepada abdul aziz bari, panggil dia minta pandangan, tetapi akhirnya dibelasah. ini yang saya bimbangkan.
saya tegaskan dalam kontkes politik wacana ke debat ke mengenai isu agama sesama islam tak perlu diadakan secara terbuka kerana ia akan diambil kesempatan oleh musuh. terserah dan terpulang kepada dewan ulamak Pas yang arif lagi bijaksana untuk menimbang cadangan saya.
sekali lagi saya doakan sdr diberkati allah dan menasihat agar saya tak menjadikan pena saya sebagai pena syaitan. sesungguhnya pena malaikat itu akan boleh menghapuskan pena syaitan. wassalam.

Maaf Sebut said...

Saya nk share kisah yg agak menarik utk direnungi....

Terdapat seorg pelajar dr andalusia bernama alghazi b qais dtg k madinah utk menimba ilmu. Suatu hari ketika sdg duduk didlm masjid nabawi, alghazi mlihat seorg lelaki masuk kedlm masjid.Lelaki itu trus duduk tanpa solat sunat tahiyatul masjid terlbh dahulu.

Alghazi segera menegur lelaki tersebut "wahai lelaki, bangkit n solatlah 2 rakaat. Duduk didlm masjid tanpa mlakukan solat tahiyatul masjid adalah petanda bahawa engkau org yg jahil dgn hukum agama."

Nasihat itu dilihat ckp kasar. Namun begitu, lelaki itu x bkata apa2. Beliau hanya bangkit lalu melakukan solat spt disuruh. Slesai solat, beliau duduk brsandar di tiang masjid.

X lama kemudian, alghazi mlihat para plajar mula memasuki masjid. Seorg demi seorg duduk mengelilingi lelaki tersebut sehingga mbentuk bulatan yg ckp besar.

Alghazi tertanya siapakah lelaki itu ? Lalu beliau bertanya kpd seorg murid lelaki. Itulah ibn abi zi'b. Seorg imam pakar fiqah n tokoh ulama yg dihormati dimesir.

Alghazi brasa sgt malu krn baru shj mencela sorg ulama besar madinah. Lantas, dia mndatangi ibn abi zi'b n meminta maaf. Namun apa respon ulama terbabit?? Beliau hanya brkata "wahai saudaraku, engkau tidak salah. Engkau hanya menyuruhku mlakukan kebaikan, lalu aku mematuhi perintahmu."

Begitulah sikap seorg ulama. Kalau kita mmg sudah tentu enggan menerima nasihat memandangkan ilmu sudah byk n tambahan dgn kata2 kesat n kasar. Tapi ibn abi za'b mampu menerimanya krn beliau melihat isi nasihat bknnya kpd org yg memberi nasihat atau cara nasihat diberi.

Sbb itu para solihin xpernah berasa ckp drpd nasihat. Smakin byk nasihat diterima, smakin gembira hati mereka. Malah bg mereka nasihat mrupakan tanda cinta yg dipersembahkan seorg saudara kpd saudaranya yg lain.

Para ulama brkata "org yg plg mencintaimu ialah org yg selalu menasihatimu."

Hasan albasri brkata "saudaramu ialah org yg selalu menasihatimu. Dia lbh baik drpd org yg membiarkan shj kamu mlakukan apa2 yg kamu kehendaki."

Jadi saya xnampak knp perlunya pas melenting dgn teguran dr asri nih. Spatutnya mereka menerimanya dgn hati terbuka n positif n bknnya melenting. Contohilah ulama zaman silam. Jika mereka mampu menerima nasihat yg diberi dgn hati terbuka knp kita x boleh. Siapakah kita kalau hendak dibandingkan dgn mereka semua yg ckp disegani n mempunyai ilmu yg tinggi.