Thursday, October 11, 2012

Bergurau Degan Pengomen Hantu

MARAH PETANG                                                                                                                    

Lama saya tidak memberi respons langsung atau bergurau beruk dengan penjenguk blog saya yang berotak kemetot. Petang ini untuk release tension kerana melayan panggilan telefon dan membalas sms dari rakan-rakan yang nak tempah buku, jadi saya melayan komen salah seorng penjenguk ini. Namanya Mamakkia. Sukar untuk saya tebak siapa dia ini sebenarnya. Mungkin SB. Selalunya yang menyembunmyi hidung tetapi boleh kesan kentutnya SB atau pun cyber trooper Umno.

Berikut adalah komen di Mamakkia ini yang cabar minta disiarkan dan sekaligus menyindir saya;

"kadang-kadang tuan terlalu emosi dan tidak boleh menerima perbezaan orang lain..yang tuan nampak anwar ibrahim adalah segala-galanya...Saya tidak pernah membaca tulisan tuan di dalam blog ini yang mengkritik tindak tanduk anwar yang bukan semuanya betul..Byk gelagat anwar yang merugikan pakatan..Harap disiar komen ini kerana posting-posting tuan sebelum ini pun bukannya ramai yg memberi komen".

Apakah maksud komennya ini. Dia lepaskan komen ini menerusi posting terbaru yang saya hentam dewan Pemuda Pas yang membengongkan saya. Apa yang hendak beliau gambarkan di sini bahawa saya menyokong Anwar yang kepadanya Anwar banyak menyusahkan Pakatan Rakyat. Saya tidak tahu apakah dia sengaja buat-buat tidak tahu atau dia ini memang "khulub". Apa maksud "khulub" fahamlah sendiri.

Saya percaya dia tidak membaca keseluruhan tulisan saya seperti mana terjadi mereka yang mengkritik saya. Saya menerima kritikan sesiapa saja. Tetapi kalau kritikan itu jelas bodoh dan bebal saya tidak melayannya. Seperti Mamakkia ini, mulanya saya enggan layannya tetapi saya ambil sebagai bahan penulis untuk memberti tahu manusia sewaktu dengannya.

Kalau kita hendak mengkritik orang kita perlu meluaskan pandangan dan melegakan ruang kepala kita. Kena memahami apakah konteks penulisan berkenaan dan jangan komen di luar konteks. Saya rasa orang yang tidak bodoh memahami apa yang saya hendak sampaikan dalam catatan berkenaan.  Begitu juga kalau kita nak komen kena berani tonjolkan identiti diri. Jangan jadi hantu yang berhalimkunan di rumah-rumah buruk.

Tidak benar kalau dia mengatakan saya tidak mengkritik Anwar. Mungkin dia tidak membaca semasa saya menibai Anwar di dalam blog ini. Apakah dia tahu bahawa saya telah membuat posting sebanyak 3,560.  Apakah dia membaca kesemua sekali? Itulah saya katakan kalau pandangan kita sempit jangan masuk dalam terowong gelap kerana dia akan menggelapkan seluruh diri kita.

Saya tidak kira apakah ramai atau tidak orang memberi komen di blog saya. Saya tidak gembira kalau komen-komen yang masuk yang nilainya sepreti komen si Mamakkia ini. Ia menyemakkan box komen blog saya saja. Saya tidak membuka ruang komen blog saya seperti rumah pelacur!

Untuk pengetahuan berpuloh komen seperrti ini yang masuk saya tidak melayaninya. Bagi saya melayani si pengomen yang pengecut, tidak bertanggungjawab menyebabkan saya jadi bodoh. Komen tidak bertanggungjawab, tidak ada nama dan profile tipu saya terus membuangnya. Tidak semua komen dapat masuk ke dalam blog saya. Saya hanya menerima komen yang sihat sahaja.

Semoga mereka yang terus memcuba untuk membawa bangkai ke dalam blog saya, maaflah. Saya tidak suka kepada orang yang hanyir dan otaknya busuk. [wm.kl.6:52 pm 11/10/12]

5 comments:

daddy riki said...

Salam Tuan MSO,

saya guna profil sebenar diri sendiri dan komen ikhlas tapi tuan tak publish sebelum ni sebab tak menyokong hujah tuan. pejuang kena berlapang dada jugak

mohd sayuti omar said...

Saya minta pengomen ini kirimkan semula semua komen itu untuk saya nilai kembali. Rasanya saya tidak zalim... kalau komen itu beradat dan bertaqnggungjawab dan tidak menyalahi undang2 akan saya siarkan. Sy juga konfius identiti sdr. Di sini boleh dibuktikan apa yang sdr katakan itu benar atauy tidak.

amir aiman akashah said...

assalamualaikum uncle sayuti,

saya selalu ikut penulisan uncle.
everyday saya baca....sentiasa.

kadang2, bkn semua entry kita perlu letak komen. yg penting kita fhm apa kita baca.

mcm uncle ckp la, x guna byk komen tpi kritikan serta komen yg di berikan tahapo sampah sarap.

mmg tidak salah berbeda pendapat TAPI adakah perbedaaan yg ada itu boleh mematangkan kita lantas boleh menyebabkan kita berfikir dgn rasional setiap isu yg diutarakan....

tapi dari pemerhatian saya, diblog2 politik kebanyakkannya komen yg diberi setaraf tapak kaki.

blog usang said...

assalamualaikum....


tidak perlu melayan komen-komen yg jelas tidak memberi kebaikan kepada pembaca lain..komen-komen dari anon atau "hantu" ini jangan dilayan lagi.

semoga Allah memberi rahmat pada tuan sekeluarga..teruskan menulis..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Tak lama dulu tuan ada mengutarakan untuk membebaskan sahaja komen dalam blog tuan dan ada yang setuju dan tidak. Saya adalah antara yang tidak bersetuju. Posting tuan ini adalah bukti betapa hampas kalau dibiarkan dan tidak dibersihkan akan membuat saluran tersumbat.

Bagi saya tindakan tuan yang menilai komen dan kemudian menyiarkannya adalah satu tindakan yangterbaik bagi semua kerana macam saya pernah katadulu, saya bukan arif pun tentang etika kewartawanan, saya tak tahu yang mana boleh dan yang mana tak boleh. Jadi, penapisan tuan adalah pemudah cara untuk seseorang sepaerti saya menilai kewajaran sesuatu pandangan bukan sekadar dari sudut mengulas sesuatu isu tetapi menepati kehendak undang-undang dan keperluan pembaca yang lain.

Buat tuan kepada komen-komen sampah tu, belajarlah tentang diri sendiri dahulu.