Baru sekejap tadi saya menziarahi seniman dan pelawak Datuk Yahaya Sulong di kediamannya di Flat Bandaraya Sentol Baru Kuala Lumpur. Kedatangan saya bersama keluarga disambut dengan penuh mesra oleh Pak Ya bersama isterinya Alisah Ali. Turut berada sama di rumahnya ialah cucu perempuan berumur kira-kira lapan atau 10 tahun.
Wang dari rakan Fb diserahkan kepada Pak Ya. |
Sebenarnya masalah itu selesai sehari selepas berita mengenai kesusahan dihadapi pelawak itu disiarkan di media massa. Semasa saya mengunjunginya untuk memberi tahu hasrat saya dan janji rakan Fb untuk membantu, salah seorang rakan Pak Ya yang bertugas di DBKL sudah pun mengatasi masalah Pak Ya.
Ketika saya tiba pagi itu Pak Ya sedang bersiap untuk ke pejabat DBKL menanti kawannya menjemput untuk tujuan menyelesaikan tunggakan. Apabila saya datang bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud menyatakan hasrat dan keikhlasan kawan-kawan Fb, kegembiraan diwajahnya terbayang dan beliau menitiskan air mata mendengar hajat itu.
Isteri saya menyerahkan hamper untuk Pak Ya. |
Menurut Pak Ya, akibat kanser menyebabkan isterinya memerlukan sejenis susu khas di mana peruntukan untuk itu saja sebanyak RM71.00 bagi satu tin untuk dua hari. Bayangkan berapa sebulan untuk membeli susu?
Dr Wan Suhaimi juga turut mengulur sedekah. |
"Sama-sama Datin, apa yang saya buat ini hanya usaha kecil saja, ia adalah sumbangan dari rakan-rakan Fb saya yang ikhlas untuk membantu. Jadi saya bagi pihak mereka semua menyampaikan sedikit bantuan ini.. dan berdoa semoga Datuk dan Datin sihat.." balas saya.
Di sini juga sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan semua yang sudi menghulurkan bantuan untuk Pak Ya. Bukan saja Yahaya, tetapi saya juga terharu dengan budi baik dan bingkasan rasa simpati rakan-rakan semua. Biarlah sumbangan kita kecil tetapi ia memberi erti besar kepada pelawak itu.
Sementara itu berbagai pihak juga turut membantu mengatasi masalah Pak Ya. Antara mereka terawal selain daripada rakan Fb saya, ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang turut menghulurkan derma sebanyak RM1,000. Khabarnya Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Rais Yatim juga ikut sama menghulurkan bantuan berupa jaminan untuk menjelaskan sewaan untuk setahun.
Menurut Pak Ya tetamu istimewa iaini Raja Perlis juga akan ke rumahnya. "Raja Perlis juga hendak datang," uajarnya memberi tahu hasrat raja berkenaan penuh gembira. Semoga dengan kunjungan Tuanku Raja Perlis nanti kesulitan dihadapi Pak Ya akan selesai, setidak-tidaknya tidak ada lagi selepas ini laporan media massa memberitahu beliau dalam kesusahan dan menghadapi apa-apa kesulitan yang memerlukan bantuan.
Mengakhiri catatan ini seiringan dengan azan Asar berkumandang di radio, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan Fb saya (fan page) khasnya atas sumbangan dan ketinggian daya prihatin anda semua. Saya bukan apa hanya menjadi mediator saja bagi membantu insan yang dalam kesusahan. Moga Tuhan akan melapangkan ruang lahad para penderma kelak. [wm.kl.4:36 pm 18/12/12]
2 comments:
bukan untuk menunjuk2, tapi sya kagum, se krg2 nya, kami, pengikut blog abg Ti, mendahului org lain, terutamanya PRESIDEN SENIMAN, si ZED ZAIDI, yg cakap nya bnyk, keje nya kurang..... asyik sibuk meng "komplen" artis luar yang masuk Malaysia tanpa permit je...mgkin tu je lah yang dia nampak...x bgitu ang Ti?
Mana perginya pelawak2 yg menjadi terkenal menerusi program Raja & Maharaja lawak..? dulu seingat saya semua peserta2 yang masuk ke final Raja Lawak musim 1 hingga 5 ; semua pergi jumpa dgn PakYa dulu sebelum ke final; mintak kata2 nasihat & semangat...tapi la ni semuanya dah kaya raya; spt Johan, Zizan, Nabil & Sepah...semua dah jutawan...takkan tak boleh bantu pelawak veteran spt Pak Ya??? dah lupa diri ke semua..?
Post a Comment