Saturday, December 8, 2012

Siapa Panik Anwar Atau Puad Zakarsi?

ULSAN ISU                                                                                                                      

Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi mendakwa Anwar Ibrahim kini semakin panilk dengan angan-angan dan impian untuk menjadi perdana menteri sehinggalkan terpaksa membawa bekas presiden Indonesia BJ Habibie datang ke negara ini untuk menyakinkan ahli parti Pakatan Rakyat khasnya ahli PKR.

Puad Zarkashi.
Puad di zaman kampus dikenali sebagai seorang pengkagum Anwar di ranting teratas menyifatkan kedatangan Habibie ke negara ini untuk mengembalikan reputasi Anwar untuk jadi PM setelah ianya terganggu apabila ada mereka dari pembangkang yang menimbulkan kesangsian terhadap Anwar.

Kata Puad akar umbi dalam parti dan golongan intelektual Islam mempertikaikan kepimpinan Anwar untuk menjadi PM. Sayang sedikit Puad tidak mendedahkan nama-nama yang dikelaskan sebagai intelektual Islam itu? Apakah orang itu Zainal Kling ataupun Kamaruddin Kacau ataupun Sidek Baba?

Justeru bimbang dengan situasi itulah menurut Puad menyebabkan Anwar terpaksa membawa bekas Presiden Indonesia itu ke negera ini dan memberi beberapa syarahan. Kelmarin Habibie ke Universiti Selangor (Unisel) kampus Shah Alam, di mana lebih 500 hadir mendengar ceramahnya.

Puad membuat bacaan Anwar panik dengan kedudukan itu apabila baru-baru ini ada suara sumbang yang mahukan presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk dilantik menjadi perdana menteri. Pandangan atau bingkasan Puad mengenai isu itu telalu dangkal dan nampaknya beliau mengeksploitasikan apa saja keadaan untuk memburukkan Anwar.

Dalam politik cara Puad itu adalah biasa, menggunakan apa saja isu untuk memburukkan musuh dan melindungi keburukan sendiri. Puad sebenarnya terpaksa membuat reverse psikolgi begitu kerana beliau kini sedang terancam dengan kebangkitan rakyat. Terbaru lebih 30,000 rakyat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Parit Jawa didalam kawasan parlimennya, Batu Pahat.

Kehadiran diluar jangkaan itulah menyebabkan Puad merasa panik dan terpaksa membuat tangkisan agar umum tidak memberi tumpuan ke kawasannya. Jadi dialam hal ini siapa yang panik kini Anwar atau Puad sendiri sebenarnya?

Perkembangan di Johor sesuatu mengejutkan dan ini disedari oleh Puad. Di mana-mana saja program di adakan di Johor ia mendapat sambutan luar biasa. Katanya himpunan di Batu Pahat tempoh hari walaupun disekat dan orang ramai diugut tetapi ia sudah tidak diperdulikan lagi. Orang ramai yang terdiri dari kaum Melayu datang beramai-ramai untuk mendengar ceramah Pakatan.

Elok kalau Puad baik ke kawasannya menyapu kesan-kesan himpunan di kawasan itu minggu lalu daripada cuba membawa sesuatu isu yang tidak logik dan bermotif memburukkan Anwar. Puad tidak perlu bimbang kalaupun Anwar tidak menjadi PM, tetapi beliau harus cemas dengan kedudukannya sendiri, nanti orang lain menang kita pula kalah, nyanya.

Puad mungkin sudah menyedari bahawa kedudukannya di kerusi Parlimen Batu Pahat tidak menentu dan  terancam. Sebelum terdengar desas desus timbalan menteri pelajaran itu katanya tidak akan diletak bertanding di Batu Pahat kerana sikapnya yang dikatakan menyongsang arus sebelum ini.

Beliau dilihat lantang dan cuba membawa politik intelek dan bersikap rasional didalam politiknya tetapi kurang disenangi oleh golongan Umno konservatif. Ekoran itu beliau diberitakan antara ahli parlimen yang akan digugurkan dan tidak akan diletak untuk bertanding di Batu Pahat. Namanya disenaraikan bersama beberapa nama yang dilihat boleh mengecam golongan berfahaman konservetif di dalam Umno, seperti Khairy Jamaluddin (ketua pemuda tanpa kuasa dan jawatan), Saifuddin Abdullah dan juga dua bekas ketua puteri Umno Azalina Othman Said dan Noraini Ahmad.

Mungkin Puad sudah merasai 'ke4azaban' yang bakal  beliau hadapi maka perlu untuknya 'mengoyak seluas-kuasnya baju' Anwar yang dulunya beliau puji dan puja bagi menunjukkan dia seorang yang vokal menentang Anwar Ibrahim.  Puad seperti juga sesetengah rakan Anwar yang lain, seperti Fuad Hassan menjadikan Anwar sebagai modal dalam politik dan modal untuk hidup.

Sekali lagi dipesankan baik Puad memikirkan dirinya apakah akan dapat menjadi calon di Batu Pahat daripada melihat kepanikan Anwar untuk menjadi perdana menteri. Dan Puad perlu bertanding dan menang kerana kalau tertakdi Anwar jadi PM sudah tentu Puad boleh berteduh semula di bawah ketiak Anwar.  [wm.kl.8:00 pm 08/12/12]

2 comments:

akulah69 said...

Itulah timb. menteri palajaran. sepatutnya berpendirian teguh dengan pemikran politik yang baru. Tp dek kerana kuasa, terikut perangai pimpinan yang konservatif dan kolot yang sentiasa memainkan isu rasis, peribadi, ugut dan memfitnah orang. Dalam hal ini, saya amat respek dengan dato' saifudin. mmg pemimpin yang ada karisma dan berfikiran

sizzly7761 said...

Tak payahlah harap sipolitikus pengecut ni berteduh bawah ketiak anwar jika sekalipun anwar tertakdir jadi PM!. Sebaliknya semua ketua UMNO yang kayaraya perlu disiasat untuk pastikan kekayaan itu bukan dari hasil rasuah. Kalau rasuah perlu dihukum. Bukan main minta maaf begitu aje atau main lompat parti. Jenayah rasuah perlu dihukum samada ahli PR atau BN!