Saturday, January 26, 2013

Betulkah Senarai Calon PAS Kelantan Dirombak?

RENCANA KHAS                                                                                            

Seharusnya untuk memastikan kemenangan dan kejayaan di dalam pilihan raya, keputusan serapi mungkin perlu dibuat dari semua sudut. Ia bukan saja dalam persiapan jentera pilihan raya, persiapan isu, peruntukan yang mencukupi, tetapi juga soal calon.

Calon merupakan aspek paling penting dalam pilihan raya. Selalunya selepas orang memilih dan menilai parti untuk disokong, mereka akan melihat siapa dia sosok atau individu yang akan jadi calonnya.

Walaupun apa yang hendak dipaparkan oleh sesebuah parti itu mengenai dasar, matlamat ataupun agenda perjuangannya tetapi aspek calon juga akan diambil kira. Selepas semua aspek tadi dihitung dibandingkan, maka calon adalah perkara terakhir akan ditilik oleh pengundi. Sekurang-kurang 20% peribadi dan syaksiah calon menjadi penyumbang ke arah kemenangan.

Mungkin atas peri penting dan mustahaknya perkara itu menyebabkan PAS Kelantan diberitakan telah merombak semula calon-calonnya. Senarai yang sudah dikatakan sudah lengkap, dipinda sedikit untuk memastikan persiapan dibuat secara rapi dan calon tidak menimbulkan masalah. Tindakan ini patut dipuji dan menunjukkan PAS kali ini benar-benar menghalusi mengenai calon dan bukan tangkap muat saja atau dibuat atas nasihat dari satu sumber, bukan kolektif.

Peristiwa atau kejadian tahun 2004 mungkin dijadikan iktibar, di mana salah satu faktor kekalahan PAS ialah apabila urusan calon tidak begitu lendik. Calon-calon yang lemah yang sudah dipertikaikan oleh pengundi diambil semula atas alasan mereka adalah 'orang kita'. Kerana mereka adalah orang hampir dengan pihak yang memilih calon maka mereka dikutip. Natijahnya calon-calon yang sudah dikenal pasti tidak berdaya maju itu kalah.

Mulanya satu senarai telah dihantar kepada Pesuruhjaya PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk diperhalusi kemudian diistiharakah. Senarai itu dianggap sudah muktamad tidak ada apa-apa 'ogehan' dan ungkitan lagi. Walaupun biasanya soal senarai calon ini akan dimuktamad pada 24 jam terakhir, tetapi PAS dikatakan sudah bersedia dari awal kali ini.

Persediaan awal senarai calon ini juga memberi kemenangan moral dan ia boleh dijadikan bahan untuk menakut-nakutkan piihak lawan, Umno. Apa lagi Umno tidak dapat memuktamadkan calon-calonnya ekoran berlaku perebutan. Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed katanya keliru untuk memilih calon kerana banyak sangat nama yang dikemukakan untuk dipilih.

Di antara calon dari barisan kepimpinan peringkat bahagian dengan calon winnable candidate menyukarkan Mustapa untuk membuat seleksi. Memilih calon winnable candidate mereka bermutu kerana dipilih dan dibawa turun, tetapi belum tahu mendapat sokongan peringkat bawahan. Manakala calon dari barisan kepimpinan sudah pasti ada pengaruh masing-masing. Itu masalah Mustapa dan Umno.

Berbalik kepada PAS, pada senarai awal, kedudukan calon-calon PAS berubah sekitar 30% peratus sahaja. Ini bermakna sekurang-kurang tujuh atau 10 orang calon lama akan digugurkan dan diganti dengan muka baru. Perubahan itu tidak dilihat besar yang boleh membawa satu senario baru berimpak dalam PAS. Apa diharap perubahan itu melebehi 45% untuk mewujudkan suasana baru, semangat baru dan komitmen baru. Kehadiran muka-muka baru dilihat bakal menjadi penggerak baru kepada PAS dan juga persiapan untuk menjadi anggota kerajaan - Majlis Mesyuarat Negeri (Exco).

Tetapi kerana beberapa pertimbangan termasuk yang tidak wajar dibuat, maka harapan untuk melihat berlaku pertukaran calon hingga 45% tidak menjadi. Mungkin faktornya kedudukan mereka itu (wakil rakyat) tidak dapat diatasi oleh muka baru ataupun mungkin juga Tokguru kesian belas untuk menggugurkan mereka apabila ada yang datang makan nasi di pejabatnya atau mengurut betisnya.

Ekoran itu hanya kira-kira 10% - 15% saja calon akan bertukar wajah. Keadaan ini menyebabkan  timbul berbagai pandangan dan pendapat. Yang selebih lagi 30% tidak mahu atau menunjukkan mereka sedia diundurkan. Misalnya yang sakit dan uzur berusaha bersungguh-sungguh menyihatkan diri dan kembali aktif. Mereka kelihatan mampu untuk hadir ke majlis-majlis anjuran parti ke belakangan ini, walaupun sebelum ini isteri minta katup (tutup) pintu 'gok' (reban) ayam di rumah pun sudah tak larat.

Keadaan itu menyebabkan timbul keraguan dan kebimbangan. Itu juga masih boleh dimaafi, tetapi apabila senarai nama-nama yang dihulurkan kepada Tokguru itu bukan dari penilaian yang jitu dan masih ada pilih kasih, (kronisme) menyebabkan senarai calon itu terpaksa dirombak. Ada juga nama-nama yang dicalonkan peringkat akar umbi di kawasan tetapi digetus dan tidak dimasukkan dalam senarai dihantar ke perhubungan. Ini menyebabkan senarai sebenarnya tidak dinilai.

Penyelewengan di dalam penyediaan senarai ini nasib baik dapat dikesan dan dalam pengetahuan Pesuruhjaya. Lantaran itu katanya satu senarai baru sebagai tambahan dan pembaikan dibawa kepadanya untuk dibuat penilaian. Kini senarai tambahan dan pembaikan itu sedang dinilai secara mendalam, menyeluruh, adil dan kolektif.

Dalam hubungan ini, penulis ingin memberi sedikit pandangan kalau-kalau hendak diambil kira oleh Pesuruhjaya PAS Kelatan itu. Apa diharapkan beliau dapat mengseimbangkan calon-calon PAS dari segi pendidikan, ketampilan dan juga golongan, merit. Formula yang pernah saya lontarkan dulu 40:30:30 perlu digunapakai kerana ia boleh memberi sumbangan kepada kejayaan PAS nanti.

Perkara yang mustahak juga diambil perhatian sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan ini bererti ia sudah masuk ke tahun 25 pemerintahan - Jubli Perak. Ianya satu tempoh yang sangat penting. PAS perlu mengasakkan perubahan bukan saja dari segil filsofi tetapi dari segi mempraktikan apa yang di'agam-agam'kan. Justeru ia memerlukan barisan kepimpinan yang berkebolehan dari aspek ilmu dan bukan saja populariti atau pun pandai buat lawak di pentas dengan cerita-cerita Abu Nawas.

Sesuai dengan peredaran zaman PAS juga harus membawa politik baru. Tanggapan bahawa wakil rakyat adalah hamba abdi dari segi fizikal tidak perlu dititik beratkan lagi. Wakil rakyat ialah pemimpin, pemikir pengubah zaman bukannya kuli.  Makanya pemimpin yang berkualiti, berwawasan dan ada idea serta berpandangan jauh diperlukan. Rakyat juga harus memajukan diri mereka dengan meletakkan tugas dan tanggungjawab sebenar seseorang wakil rakyat itu.

Apa dimaksudkan formula itu ialah memilih 40% terdiri dari calon yang berlatar belakang pendidikan profesional, dalam bidang ekonomi, politik, budaya, pembangunan dan sebagainya. 30% calon yang berlatar belakang pendidikan Islam, tahu mentafsir al-Quran dan al-Hadith serta arif untuk adaptasikan dengan keadaan semasa. Manakala 30% calon yang disukai rakyat kerana sifat-sifat mereka sebagai aktivis masyarakyat dalam apa juga bidang. Kombinasi inilah yang boleh mewujudkan sebuah kerajaan yang seimbang, mampan dan berdaya maju.

Semoga dengan rombakan semula ke atas senarai calon PAS ini ianya dapat memenuhi aspirasi tadi dan dapat diterima oleh rakyat. Dalam rombakan ini memberi peluang kepada mereka - wakil rakyat yang sudah merasakan diri mereka penat, kekeringan idea, klasik mengambil peluang untuk berundur secara terhormat. Dan paling mustahak dalam penyusunan calon baru ini ia juga hendaklah terhindar dari perwujudan klik atau puak. Jangan hendaknya wujud calon ini berklik sini calon itu berklik di situ.

Kita yakin Tokguru Nik Aziz sebagai murabbi politik dapat mengseimbangkan dan memandulkan persepsi demikian. Dengan wujudnya klik dan puak nanti ia secara tidak langsung meletakkan PAS dalam dua suku, atau dua kumpulan yang kemudian akhirnya bertentangan di antarsa satu sama lain. Dan apabila Nik Aziz tiada lagi mereka tidak mustahil juga akan berebut untuk mendominasi PAS Kelantan di mana kalau ianya berlaku dengan penuh emosi akhirnya membawa kepada dua puak.

Apa yang pernah wujud di tahun 1970-an dulu mungkin cukup baik untuk diingati. Apa yang dinamakan kumpulan 20 dan kumpulan Muhammad Nasir hendaknya tidak akan berulang didalam PAS kerana peristiwa itulah yang mengundang tragedi hitam kepada PAS sehinggakan kerajaan PAS berusia 18 tahun tumbang. Ingatlah sejarah sering kali berputar dan kita pula selalu mengalpakannya dan tidak rajin mengambil sebagai iktibar.  [wm.kl.9:50 am 26/01/13]

5 comments:

Unknown said...

Tuan Haji,

Umum mendambakan seorang pemimpin yang lengkap dari prisma sahsiah, akhlak, ilmu agama dan ilmu duniawi. Namun species sedemikian kasik (sukar) utk diperolehi muttakhir ini.

Jika kemewahan pilihan yg cemerlang ini tidak menyebelahi kita (PAS), maka satu formula atu piawai penting dalam mengekal, malah terus meningkatkan kelangsunga PAS sebagai parti yang memerintah.

Justeru, selain dari tunjang ulama' yang perlu dikekalkan, barisan kepimpinan, ADUN dan Exco PAS perlu lebih dibaji dgn saf dari golongan profesional seperti akauntan, peguam, jurutera dan sebagainya.

Saya secara peribadi tidak kkacip kalau orang korporat@ahli perniiagaan menceburi politik. Mereka boleh menbantu dengan dana yang mereka ada, tapi mereka tidak wajar menjadi pembuat keputusan kerana dibimbangi berlaku perselisihan kepentingan. Mereka juga hanyalah manusia biasa.

Mengikut ilmu pengurusan dari idealisme Ibn Khaldun, untuk menjadi pentadbir negeri/negera, wara' @ alim bukanlah kriteria utama. Apa yang aula sebagai pemimpin sebuah negara ialah soleh, amanah, memiliki ilmu memimpin dan kebijaksanaan mentadbir. Wara' @ alim adalah nilai tambah.

Sekurang-kurangnya 30% wakil rakyat manakala sekurang-kurangnya 50 ke 60% Exco wajar dari golongan professional.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

pastinya no more Hassan Ali,Nasharuddin dan Ibrahim Ali

Unknown said...

Dulu saya tak berapa faham selok belok politik negeri Kelantan... tapi blog MSO banyak membuka minda saya tentang silat kuntau dan sepak terajang politik Kelantan... bagi ana politik negeri Serambi Mekah ini sangat unik dan penuh gelora... diharap pemimpin politik negeri ini jangan ketepikan begitu saja pandangan dan saranan sdr MSO... bukan nak angkat bakul tapi itulah realitinya...

kaka said...

bersetuju ahli perniagaan x terlibat dlm senarai calon atau exco. mereka boleh bantu dari sudut yg lain. tapi mana2 bisneman yg terbukti berjaya jadik tok wakil yg bagus.. x salah di pilih.. tok wakil dtg dan pergi..kalu yg x terpilih mereka2 ini sepatutnya duduk paling hadapan membantu meyakinkan pengundi akan calon2 yg baru ini..suka melihat veteran PAS yg memerah keringat walupun x pernah tercalon, sedangkan nama2 mereka di sebut2 setiap pilihan raya menjelang

ANik said...

lewat komen (sbb baru dan google nok dgr khabar sapo bakal calon tempat ambo. harap saranan Tn. Hj. ore dale PAS terima pakai dan kalu bulih biar 50% professional dok pun biar hok cerdik pandai mcm di sesetengah tempat di Selangor. sebab byk cara nak majukan negeri Kelantan tapi keno kreatiflah exco yg dilantik, jgn dok napok balak dan benda mudah jah.. sekadar pendapat.