Friday, May 16, 2008

Catatan Awal

Mencari Siapa Bakal MB Kelantan di Makkah

SEKIRANYA tidak ada perubahan disaat-saat akhir Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berangkat ke Makkah pada 26 Mei ini untuk mengerjakan umrah selama sembilan hari. Seramai 21 orang termasuk kakitangan pejabat MB dan kaum keluarganya akan bersama Tok Guru.

Mulanya saya ditawar untuk sama-sama menyertai umrah bersama Tok Guru, namun kerana sedikit kesibukan dan ketiadaan rezeki serta tidak diizinkan Allah peluang keemasan itu terlepas dan dilepaskan.

Pemergian Tok Guru kali ini adalah penting. Sudah lama beliau tidak ke Makkah, tawaf, sai atau meziarahi makam Rasulullah s.a.w. di masjid Nabawi. Kerinduannya kepada Rasulullah s.a.w. saya kira sudah hampir hancur!

Telor di hujung tanduk

Amalan rutin (tahunan) Tok Guru itu terhalang apabila kerajaan Kelantan berada dalam keadaan seperti telor di hujung tanduk selama empat tahun (2004 - 2008) ekoran musibah pilihan raya umum 2004.

Ekoran itu satu dasar telah ditetapkan oleh Kerajaan Kelantan mana-mana Adun Pas tidak dibenarkan mengunjungi ke luar negeri kecuali atas kebenaran dan alasan munasabah.

Tok Guru menghormati dan patuh kepada dasar yang dibuat itu. Beliau tidak ke Makkah selama tempoh berkenaan. Kalau tidak silap saya kali terakhir beliau ke Makkah ialah pada tahun 2005.
Beliau sering merungut mengenai keadaan ini. Sering menyatakan kerinduannya kepada Kaabah, kepada Masjid Nabi apabila ada tetamu Allah yang baru balik dan menziarahinya bercerita mengenai Kaabah.

Selalunya bila beliau ke Makkah beliau akan mengkhatamkan bacaan Quran di hadapan Kaabah sekurang-kurangnya sekali dan begitu juga di masjid Nabawi di Madinah. Pernah satu tahun. bulan Ramadhan sebaik beliau selesai mengkhatamkan Quran di hadapan Kaabah beliau memberi tahu saya. Dengan muka yang cerita, puas dan gembira katanya; allahamdulilah ana sudah khatam petang semalam!

Tok Guru bukan riak atau nak menunjuk beliau hebat dengan berkata demikian. Sebenarnya dia mahu menguji dan mencabar saya secara diam. Apakah saya sudah khatam baca Quran atau pun belum selama berada di tanah suci itu? Itulah cara dan tektik Tok Guru sangat halus dan seni di mana orang yang tidak bermata ikan kering saja akan dapat meyelongkari dan mengetahui hati budinya.

Tok Guru tidak akan langsung tuju kepada mauduk yang hendak disampaikan kepada kita, beliau akan berkeluk dan berliku penuh berkias tamsilan. Misalnya semasa saya mengunjungi pejabatnya dua hari selepas pilihan raya lalu, beliau ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada saya. Saya tahu hatinya berat kerana beliau faham situasi kini.

Tahu tragedi

Apa yang beliau hendak sebut dan menarik perhatian pada pertemuan itu ialah mengenai orang baju petak-petak merah. Ada sesuatu yang beliau ingin ketahui daripada saya mengenai orang baju petak-petak merah itu. Nampak beliau serba salah untuk menanyakan saya, kerana tahu 'tragedi' saya dengan orang itu.

Sewaktu kami sama-sama bangun untuk meninggalkan ruang tamunya, Tok Guru terhenti di satu sudut dan menunjukkan sebuah cenderamata yang terletak di sudut itu. Saya mengikutinya dan memerhati dengan pandir dan mengenali barang cendermata itu.

"Ini teras depu, Datuk ..... (orang baju petak-petak merah), lah yang bagi!" kata Tok Guru mengundang perasaan dan ilusi saya. "Mahal ni...!" sambugnya lagi memancing perhatian saya. Saya faham apa yang beliau hendak perkatakan pada pertemuan itu. Namun saya tidak berkata apa dan hanya senyap sahaja. Dari di sini dapat saya merasakan bahawa beliau sangat menyayangi orang baju petak-petak merah itu.... Apa yang beliau ingin pamerkan kepada saya bahawa orang itu adalah anak emas yang menjadi harapannya!

Dan ketika hendak berpisah beliau dengan nada berat membaling satu pengharapan kepada saya dengan berkata; "enta kena selesai dengan Datuk .....," Tersirat darah di muka saya, selesai apa? "Apa nak selesainya, dah selesai!," balas saya dengan nada keras namun masih ada lunak dan penghormatan kepada seorang mujaddid!

"Iya ana tahu enta dah buat apa yang ana minta itu," balasnya pula sebagai menenangkan gelora perasaan saya. "Kerana Tok Gurulah ana ikut kalau tidak, entah lah..." ujar saya.

"Bukan Tok Guru tetapi Islam," tekannya memperbetulkan persepsi saya. Nik Aziz tidak suka kalau kita berjuang berlandaskan kebendaan dan manusia. Yang beliau mahu ialah Islam. Sebab itulah saya tidak akan mudah terpegun dengan manusia kecuali dengan idealismenya, kejujurannya dan ketinggian budinya. "Iyalah samalah kalau saya menyokong Tok Guru, bermakna menyokong dan memperjuangkan Islam.... bukankah Tok Guru memperjuangkan Islam, cuma khilas saja," balas saya sambil ketawa. Saat ini wajahnya serius... mungkin nak marah.

Mengenai harapan

Dalam perjalanan keluar dari biliknya saya menangkap satu lagi mesej daripada Tok Guru mengenai harapan, hubungan dan kasih beliau kepada orang baju petak-petak merah. Beliau semacam risau dengan telatah saya apabila saya 'menyerang' orang baju petak-petak merah. Mungkin juga beliau kesal dengan apa yang terjadi.

Dalam hal ini saya tidak mahu mempertahankan diri dan mencerita apa yang berlaku sebenarnya, kerana ia mungkin akan meluka dan menghibakan hati Tok Guru. Sebagai rakyat dan orang mengasihi Tok Guru menjadi kewajiban saya memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada Tok Guru. Lagipun hanya itulah pengorbaaan yang mampu diberikan sebagai membalas pengorbanan besar Tok Guru kepada pembangunan Islam.

Justeru sekiranya sekembali daripada Tanah Suci nanti Tok Guru membuat pengumuman untuk berundur dan ditakdirkan orang baju petak-ketak merah dilantik menjadi MB, inysaAllah saya akan seperti biasa. Saya akan menerimanya seperti mana kehendak Tok Guru. Saya akan cuba menerima dan menganggap sesiapa yang manahkhtai Kota Darul Naim selepas ini beliau adalah mewakili dan membawa roh Nik Aziz Nik Mat.

Mesej-mesej yang Tok Guru sampai dan tunjukkan telah saya dapat menangkapnya. Dan saya yakin kepada seorang yang mursyid dia akan membuat keputusan tepat dan bijak kerana ia dipandu secara laduni oleh Allah s.w.t. Selamat dan tahniah kepada pengganti Tok Guru!

Kepada Tok Guruku dan rombongan diucapkan selamat berangkat semoga semua amalan di sana, perbincangan-perbincangan dan keputusan-keputusan yang dicapai di sana mendapat keredhaan Allah s.w.t. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah dan Rasulullah s.a.w. membimbing segala itu dengan berkat dan sufaatnya. [wm.kl 6:30 am 16/05/08].

2 comments:

Anonymous said...

As'kum Tuan Haji.. Saya begitu hiba bila membaca tulisan ini. Begitu besar harapan Tok Guru kepada orang baju petak merah ini...

Saya mengikuti tulisan Tuan haji agak lama. Nak kata semuanya mungkin ada yang tak betul tetapi secara keseluruhannya saya sudah masak dengan mod ayau Fe'el Tuan haji..

Tuan haji akan bercakap benar walaupun ianya pahit dan saya sebagai penyokong dan pemerhati politik selalu mengikuti orang baju petak merah ini.

Saya tak nak cerita dan komen apa-apa mengenai beliau tetapi saya harap dia akan menjaga hati dan harapan besar Tok Guru kepada beliau.

Kepada Tuan Haji MSO teruskan menulis demi kebenaran. Allah swt anugerahkan bakat yang ada pada Tuan haji, seharusnya ia dipergunakan dengan sebaik mungkin demi pembangunan ummah dan roh perjuangan islam.

Wassalam
NH Shah Alam

Anonymous said...

air mata saya begenang sekejap ji bila baca tulisan aji ni..
apa yang dapat saya pikir disini ialah akhirnya tok guru akan pergi juga.. dan masa nya makin hampir... saya sangat sedih dan hiba.. keduanya mungkin sesorang perlu menjadi korban untuk memastikan sebuah kubu terakhir islam ini dapat diperintah dengan pemimpin yang adil dan amanah.... samaada yang terkorban tu baju petak merah atau MSO... saya sayang semuanya...