Thursday, July 17, 2008

Berita Pagi

Anwar Dibebas Dengan Jaminan Polis

SELEPAS 21 jam 45 minit ditahan di IPK Jalan Hang Tuah dan bermalam di sana Anwar Ibrahim dibebaskan jam 9:45 pagi tadi atas jaminan polis, demikian menurut peguam belanya Sankara Nail dalam sidang akhbar ringkas di IPK sekejap tadi.

Anwar akan membuat kenyataan berhubung penahanannya di kedimannya di Segambut jam 2:00 petang nanti.

Anwar ditangkap dan ditahan polis jam 1:00 petang semalam dan terus dibawa ke IPK dengan diiringi 15 buah kenderaan polis. Selepas memberi keterangan Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian kesihatan.

Mulanya beliau diminta untuk menjalani ujian DNA
namun ditolaknya dan hanya menjalani pemeriksaan biasa. Penolakan itu adalah hak Anwar.

Kemudian Anwar dibawa semula ke IPK dan terpaksa bermalam di sana.
Ketika ini Anwar masih lagi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Sementara di IPK dipenuhi dengan penyokong Anwar yang datang sejak dari pagi lagi. [wm.kl 10:20 am 17/07/08]

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas kerjasama MSO yang melaporkan perkembangan terkini DSAI. Kebanyakan web online mengalami masalah traffic yg teruk dan kadangkala tidak dpt di "access".

Moga segala pengorbanan MSO dirahmati Allah.