Tuesday, July 15, 2008

Ulasan Debat

Debat: Sampai Berbueh Mulut Shaberry

TEPAT seperti mana kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang debat antara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shaberry Chik tidak sepadan. Kata Abdul Hadi semasa saya meziarahinya di IJN pagi tadi Anwar sepatutnya tidak layan Shaberry, beliau sepatutnya berdebat dengan Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, baru padan kata Abdul Hadi.

Sepanjang kira-kira 50 minit perdebatan antara kedua mereka tadi ternyata tidak membawa penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini. Ia tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi tip untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu walaupun nampak ilmiah tetapi ia lebih kepada hiburan dalam sitkom Senerio.

Formula yang diharap akan dibentangkan Anwar untuk menurunkan harga minyak dan diharap akan digunapakai oleh kerajaan juga kabur. Anwar tidak memperincikan formulanya. Mungkin itu adalah rahsianya yang akan dikemukakan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan 16 September depan.

Bagaimana pun perdebatan itu memberi keuntungan kepada kedua tokoh berkenaan. Ia mempopularkan mereka. Anwar yang sudah popular menjadi semakin popular dan penampilan tadi juga menaikkan saham dirinya yang agak mendung sehari dua ini. Dengan bersedia memenuhi janjinya (hadir berdebat) walaupun dalam keadaan dirinya ditimpa musibah menjadikan orang yakin kepadanya.

Seperti dikatakan tadi walaupun ia tidak memberi banyak faedah, tetapi perdebatan tadi menyeronokkan. Pastinya ia lebih bermanfaat dari rancangan Akademi Fantasi atau pun Jom Heboh. Bagi Shaberry dapat berganding dengan Anwar atas pentas satu tuah sepertilah orang kampung dapat bergambar dengan artis yang hadir di tempat kenduri. Kesempatan itu diambil sebaik mungkin untuk Shaberry meletakkan dirinya sebagai hebat dan akan dijaja kepada orang kampungnya di Kemaman, Terengganu.

Begitu juga, saya percaya penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat yang rindu untuk menatap wajah Anwar di skrin televisyen terubat. Sejak dipecat dari Umno 10 tahun lalu itulah tempoh terlama Anwar muncul di kaca tv dan secara langsung.

Jelas sekali pada semua pusingan Shaberry tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya. Apabila beliau membangkitkan soal peribadi Anwar, menyebabkan beliau menerima tepukan daripada penyokongnya dan menjadikan beliau seolah-olah setanding dengan Anwar yang terus mendapat tepukan, termasuk dari penyokong Shaberry sendiri.

Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shaberry. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya. Kesanggupan itu satu kehebatan Shaberry sebenarnya.

Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabrry. Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shaberry berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shaberry yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu.

Shaberry merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Shaberry Datuk Shaberry. Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shaberry yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku. Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shaberry hanya dua (**) saja. [kl.wk. 10:35 pm 15/07/08]

14 comments:

KUDA TROJAN said...

Memang tak dinafikan DSAI mmg seorang pemidato yang hebat. Beliau banyak mengutarakan fact and figure.

Menteri Penerangan pula nampak tak berapa profesional, banyak menyentuh hal peribadi. Setakat nak sentuh hal peribadi, aku rasa beliau boleh menggunakan ruang yang ada, apa nak risau Menteri Penerangan.

Nasib baik debat ini 1 jam termasuk iklan, kalau tak makin merapu lagi Menteri Penerangan.

Walaubagaimana pun, aku ucapkan tahniah kepada Menteri Penerangan merupakan seorang yang berani.

Minta kebenaran saudara mso untuk mengambil ulasan yang bernas ini untuk dimasukkan dalam blog saya.

Anonymous said...

mmg jelas panglima REJIM DOLAH HADHARI menang sorak td...
berbuih mulutnya bukan kerana menerang tp menyerang..!!
sengkek betul ilmu debatnya...

ganyang umno...!!!!

Anonymous said...

Anwar memang layak menang. Di air muka nampak keikhlasannya sebagai pemimpin walau dicerca dan diaibkan.

Saya selaku ahli UMNO dan penyokong BN amat tergamam dengan hujahnya, dimana sebelum debat selama ini saya menyangkana seorang pesalah liwat tentu akan nampak kegelabahan dan muka kebersalahannya di sesi debat.Tetapi di air muka nampak sebaliknya..

Padan lah banyak pemimpin UMNO ashik menhina dan memperkotak katikkan beliau.

Akhir sekali diharap anwar harus diber keadilan didalam tuduhan liwat keatasnya, insyallah datuk seri kalau kita benar tuhan akan tunjukkan....tidak hari ini mungkin dizaman anak cucu kita nanti..sesungguhnya didalam UMNO bukan semua org percaya tentang tuduhan itu.

Even di Johor tempat kenbanyakan ahli UMNO masih terlampau keliru dgn tuduhan itu!!!!

Ajeem said...

Salam MSO.secara jujurnya,blog saudara adalah yang pertama dihati saya.apabila saya online,blog saudara lah yang pertama saya layari.saya bersama beberapa ornag rakan telah menyaksikan debat tersebut.kami langsung tidak berpuas hati kerana tempoh debat tersebut terlalu pendek.

sepatutnya,tempoh debat tersebut wajar dipanjangkan mungkin kira-kira 2 jam...hal penting seperti ini wajar diberi ruang yang lebih luas.jika pihak media boleh menyiarkan konsert-konsert secara langsung selama berjam-jam,mengapa hal penting seperti debat ini tidak dapat dilakukan?.

apa pun,debat antara pemimpin ini wajar diberi pujian kerana ia adalah langkah positif ke arah integrasi politik yang membabitkan kepentingan rakyat.

Anonymous said...

MSO you are the best....

Ulasan yang dibuat oleh saudara cukup kemas dan tidak membosankan.
Ringkas dan mudah difahami...

Saya juga sependapat dengan komen yang bernama ajeem.. Blog saudara tempat yang saya tuju dulu bila online. Satu hari kalau saudara tidak update. Saya rasa kepanasan..

Kenapa saya kata begitu? Tulisan saudara cukup memberikan kepuasan kepada saya dalam menghadapi isu-isu semasa politik.. Ulasan saudara membuatkan Pemimpin parti politik samada UMNO/BN atau Pakatan Rakyat akan gelabah apabila cerita mengenai mereka keluar didalam blog saudara.

Berkait dengan isu debat Anwar vs Shaberry ternyata Shaberry bukan gandingan Sdr. Anwar tetapi walau bagaimana pun saya ucapkan syabas kepada beliau kerana sanggup berdepan dengan Hero Rakyat secara anak Jantan walaupun hasrat beliau itu ditentang oleh kebanyakan pemimpin UMNO terutamanya Naib Presiden UMNO ALI Rustam...

Untuk Sdr. Anwar sememangnya saudara seorang pemidato yang hebat. Ianya memang diakui oleh sendiri oleh pemimpin2 UMNO.. Doa dan harapan kami agar saudara terus dilindungi oleh ALLAH S.W.T serta dijauhkan segala bala bencana yang boleh memporak perandakan lagi arus politik tanahair...

Thanks.
NH Shah Alam

Unknown said...

Datuk Shabery,

Saya agak kecewa dengan persembahan Datuk. Debat tersebut telah menaikkan kembali nama Anwar. Saya fikir usikan berunsur serangan peribadi terhadap Anwar adalah paling mengecewakan. Lebih malang bila Anwar sendiri tidak menyambut usikan Datuk ke atasnya. Seolah menampakkan kematangan Anwar menangani isu peribadi.

Ingin saya tegaskan bahawa debat tersebut gagal membantu kerajaan. Ia sekadar memberi markah tambahan kepada Anwar.

Saya setuju dengan format debat, cuma saya fikir Anwar bukanlah lawan yang sesuai untuk Datuk. Saya lebih setuju dengan pendapat bahawa Datuk Shahrir Samad adalah tokoh paling sesuai berdepan dengan Anwar berdasarkan kredibiliti dan kekemasan hujjah yang dilontarkan.

Bagi saya, debat ini ada pro kontra. Bagi pembangkang, memang mereka menunggu peluang keemasan ini untuk mengambil peluang melobi agenda mereka. Manakala bagi pihak kerajaan, menampakkan keterbukaan memberi peluang seimbang kepada kedua2 pihak. Cuma diharapkan persediaan dipihak kerajaan perlulah dipertingkatkan.

Malam tadi pun, saya fikir point paling mengecewakan bagi saya adalah serangan Datuk terhadap peribadi Anwar. Selalunya pembangkang yang akan menggunakan tektik serangan peribadi, sebagaimana Anwar melakukannya kepada TPM. Saya ingatkan Anwar akan ambil kesempatan menyerang TPM dengan kes Altantuya, tapi telahan saya silap.

Saya fikir Anwar licik dan mahir berhujah. Dalam perhimpunan pembangkang, Anwar membuat serangan peribadi, kerana audiens yang datang adalah pure pembangkang. Manakala untuk live di TV, Anwar menggunakan kaedah berhati2 kerana dia tau, inilah peluang untuk mempamerkan ketokohan beliau tanpa menampilkan emosi walaupun berbuih mulut Datuk mengusik peribadi Anwar.

Agak bahaya Datuk melontarkan kes2 lama Anwar, kerana Datuk sendiri bekas pemimpin Semangat 46. Alhamdulillah, Anwar tidak mengambil kesempatan ini.

Saya telah menyemak beberapa website pro pembangkang dan pro kerajaan. Pembangkang seolah2 “meraikan” kemenangan pada pendapat mereka. Manakala pro kerajaan berbelah bahagi, ada yang cenderung pada debat merendahkan taraf Anwar dan ada yang memberi komen bahawa Anwar lebih menonjol sebab lawan yang bukan setanding.

Maaf jika ulasan ini melukakan Datuk. saya cuma melontarkan pendapat peribadi. Apapun, belajarlah dari kesilapan.

Member Haji said...

Hanya jauhari yang mengenali maknikam. Menyelosori hujah Sahberry, jelas menunjukkan ketersediannya mengungkit kisah silam yang mungkin juga telah diinsafi Anwar sendiri. Beliau gagal menggarap soal pokok iaitu impak kepada kenaikan harga minyak yang mendadak kepada rakyat yang sangat membimbangkan. Walaupun telah diberi cadangan ringkas cara untuk meredakannya untuk jangka masa pendek dengan menggunakan 1 bilion dari hazanah negara, tetapi Shaberry terus hilang punca, tidak mahu menggunakan peluang serta berkongsi pengetahuan dari bekas menteri kewangan, malah kabur untuk mendebatkannya dari sudut keberkesanan kos dan kebolehsanaannya.

Beliau tidak mahu berkompromi untuk meneliti semula kesilapan lampau yang menurutnya turut dilakar semasa pemerintahan Anwar, malah turut menghalalkan keberterusannya. Shaberry kelihatan seolah-olah dangkal ilmu ekonomi dengan mengheret beberapa contoh negara yg memberi harga minyak yg rendah tetapi mempunyai kadar inflasi yg tinggi. Terselah sangat kedangkalan ilmu ekonomi beliau.

Aiyoooo yoo, org yg tak belajar ekonomi macam saya pun reti maksud balasan Anwar iaitu perbandingan itu tidak relevan, kerana, Malaysia sudahlah harga minyaknya naik tinggi mendadak, kadar inflasinya pula lagi-lagilah tinggi. Tidakkah ini maknenya kita rakyat Malaysia terkena double jeorpady. Sudahlah tercampak keluar semasa perlanggaran, ditimpa pula lori balak yang melanggar kita tu.

Habiiih macam mano?? Lu pikiirlah sendiriii....

ZURAIMI said...

salam... MSO...

hebat... itu sahaja yg mampu terpacul dari mulut saya berkenaan DSAI...disebabkan pengawalan emosi beliau dan kira berani dato shabbery utk berdebat jika dibandingkan orang tua lain dlm UM - NO...

tapi yg paling penting ... hahahah....

saya paling suka melihat muka terkulat2 johan jaafar dengan prof dari UUM tu...... apatah lagi bila DSAI menyindir... prof UUM dgn soalan yg berbentuk ceramah .... hahahah...

lebih seronok jika pengurusi di kendalikan oleh saudara Prof Dr Agus....

dzimba said...

Anwar menang dengan TKO semalam. apa pun syabas jugak pada Sabeerey kerana ada keberanian dan jauh lebih bagus dari boss dia Pak Lah.

Kalu pak lah atau najib yang berdebat saya ingat mungkin di KO terus oleh Anwar.

Pemimpin UMNO tak de kualiti. hanya pandai menggula gulakan rakyat dikampung aja.

Unknown said...

Slm Sdr,

Saya tengok 2 kali debat tu malam tadi, siaran langsung dan siaran tertunda TV3. Bukan apa, saya macam konfius dengan Dato Shaberry, 'lain ditanya lain dijawab'. Penanya soalan pun (yang sotang tu la..) memperbodohkan dirinya dengan soalan bodoh + bangang. Usahlah cari populariti!

Bagi saya, sepatutnya dato Shaberry mengambil ruang ini untuk menjelaskan kepada rakyat kenapa harga minyak dinaikkan begitu tinggi - apa sebab kerajaan buat begitu? supaya rakyat jelas. Tapi apa yang berlaku, rakyat dijelaskan tentang sikap sebenar YB BN. Apa dah jadi?

Unknown said...

hujah 'out' tapi shabery gentleman.pada saya dia hero yang kalah.rasanya PM dan TPM pun tak berani.

Anonymous said...

saudara MSO,saya berkesempatan melihat debat tersebut semalam,apa yang dapat saya ulas adalah saya memuji semangat DS untuk lwn DSAI,walaupun DASI memutarkan belitkan fakta dan mengeluarkan hujahnya unutk mengelirukan DS,DS menjawab dengan spontan walaupun serangan peribadi dilontarkan...

bagi saya apa yang dapat dilihat dari raut wajah dsai tidak mencerminkan kesungguhanya unutk menrunkan minyak tapi hanya unutk mengampu rakyat dengan hujah2 yang manis di dengar dan dapat melenakan rakyat.

apaun tahniah kepada DS dan DSAI kerana berjaya berdebat dalam keadaaan harmoni.

apapun yang berlaku anwar tidak boleh menjadi PM malysia kerana beliau adalah seorang lidah bercabang...

Anonymous said...

SYABAS DATUK ANUAR YANG SEMEMANGNYA HEBAT HUJAHNYA DENGAN PENUH FAKTA TETAPI SYABAS JUGA KEPADA DATUK SABERI KERANA JADI HAMBA PECACAI TOK LAH YANG TAK BOLEH FIKIR. UCAPANNYA DATUK SABERI JUGA MACAM KETUK TIN KOSONG BUNYI SAJA KUAT TAPI TAK ADA ISI. MACAM MAIN MERIAM KABAT MASA RAYA..........DATUK ANUAR KENA PERJUANGKAN UNTUK RAKYAT DARI PENYAMUN ANAK BERANAK YANG SUDAH KAYA RAYA TAPI TAK CUKUP-CUKUP.....

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Seronok melihat reaksi masing2.. Cuma saya rasa debat itu tidak kesampaian kerana pelan untuk menurunkan minyak tidak dapat diperincikan. Seharusnya pihak kerajaan meneliti dan mengambil berat dengan cadangan Anwar, sekiranya pelan itu baik, mengapa tidak diambilkira? Yang untungnya rakyat juga.