Tuesday, June 2, 2009

Penyu Pun Menangis Lagi

Bumbung Stadium Dulu Yang Jatuh..

SEBELUM ini orang politik ternanti-nanti bilakah Ahmad Said (foto) akan jatuh dari kerusi menteri besar Terengganu. Berbagai ombak dan kocakan dilakukan ke atas Mat Said, namun beliau belum jatuh-jatuh juga.

Tetapi usaha tidak pernah berakhir dan kedudukan Mat Said terus digoyang. Keadaan Mat Said macam kera atas pokok, makin kuat angin menerpanya makin kuat tangannya memeluk dahan. Khabar terbaru Sultan Mizan juga memberi sokongan padu kepada Dato' Menteri Besarnya itu.

Kuasa Tuhan itu adil. Dalam orang menanti kejatuhan Mat Said, tiba-tiba bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang merudum. Hampir 60 peratuas bumbung yang bernilai RM270 juta itu ranap menyebah bumi.

Kejadian itu benar-benar mengejutkan kita. Ia bukan mengejutkan, tetapi memalukan! Tidak profesionl. Bagaimana bangunan yang baru dibina tidak sampai setahun boleh runtuh begitu mudah sekali macam atap dangau di tepi laut. Apa yang sudah terjadi?

Katanya satu upacara akan diadakan di stadium itu dalam tempoh terdekat ini. Bayangkan betapa kalau bumbung bertulang besi itu roboh ketika berlangsungnya upacara berkenaan, tidak ke naas? Tentu ramai yang maut dan luka-luka atau pun benjol kepala.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yaasin telah mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung kejadian itu. Menyiasat untuk mencari punca dan masalahnya. Apakah ia berpunca dari kontraktor atau pun pihak mana. Keruntuhan bumbung itu adalah kes pertama yang perlu ditangani Muhyiddin sejak menjadi TPM. Najib Razak kini berada di China selepas bermesyuarat di Korea.

Pembinaan bumbung stadium itu katanya dilakukan oleh kontraktor dari Korea. Satu konsultan yang dilantik oleh kerajaan dan JKR telah bertindak menjadi penyelia dan bertanggungjawab menjaga dan mengawal pembinaan itu. Konsutlan itu pula akan bertanggungjawab kepada JKR mengenagi apa-apa perkembangan tentang stadium itu. Ertinya projek itu dibawah tanggungjawab JKR seratus peratus.

Sehubungan dengan kejadian itu ada berbagai maklumat yang kedengaran di sebalik kejadian itu. Khabarnya kontraktor dari Korea itu sudah memberi amaran awal-awal berhubung ketahanan bumbung berkerangka besi berkenaan. Pakar perunding kontrektor berkenaan katanya melarang membina bumbung itu mengikut struktur yang disiapkan oleh pihak konsutlan itu. Katanya struktur itu tidak kukuh.

Tetapi ada pihak yang memaksa agar dibinakan juga kerana untuk keperluan Sukan Malaysia. Katanya menurut pakar perundingan kontrekor berkenaan, design yang dibentuk itu tidak tahan dan kemungkinan akan runtuh. Walaupun Korea adalah pakar dalam pembinaan bangunan berstruktur besi begitu, namun ia tidak sesuai di Terengganu kerana iklim dan cuacanya berbeza dengan Korea.

Kalaulah perkara ini benar kenapa dipaksa juga kontraktor itu membina sedangkan ia tidak selamat? Inilah menunjukkan soal nyawa dan keselamatan alam sekitar dipandang remeh oleh orang kita. Atau pun pembinaan itu diperlukan kerana mahukan duit?

Kemungkinan apa yang berlaku ketahanan besi struktur itu tidak ampuh kerana cuaca dan iklim di Terengganu. Mungkin sturktur itu menjadi lemah bila dimakan karat angin laut.

Selain itu ada juga kemungkinan-kemungkinan lain. Apakah berlaku penyelewengan dalam pembinaan itu seperti mana berlaku kepada ratusan makmal sekolah di seluruh negara yang runtuh disebabkan bahan binaannya tidak mengikut spesikasi kerana hendak menjimatkan wang. Apakah keadaan ini berlaku dalam pembinaan stadum itu? Wang untuk membeli bahan mentah dikurang kerana nak agihkan kepada pemugut tol?

Kita berharap sebuah jawatan kuasa yang dibentuk oleh MB Terengganu itu akan membuat siasatan secara menyeluruh, telus dan berani. Jawatankuasa itu biarlah bebas dan jangan dihalang dan disekat. Serahkan kuasa sepenuhnya kepadanya. Dedahkan hasil siasatan itu tidak kira ianya melibatkan sesiapa pun.

Kita tunggu apakah hasil siasatannya nanti. Katanya pada masa ini JKR Terengganu tidak mempunyai Ketua Pengarah? Kenapa begitu? Banyak anak-anak Terengganu berkelulusan juturara dan arkitek takkan tidak boleh dilantik jadi Ketua Pengarah?

Untuk rekod projek pembinaan stadium berkenaan dilakukan semasa Idris bin Jusoh, menjadi MB Terengganu. Kejadian itu tidak boleh disangkutkan langsung ke atas bahu Mat Said yang baru menerajui Terengganu. Tetapi sebagai MB yang bertanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat, Mat Said kena siasat punca-punca dan sebab kejadian itu. Siasatan kini menjadi tanggungjawab Mat Said kini. [wm.kl. 10:15 pm 02/06/09]

2 comments:

Unknown said...

salam tuan,

syukur pada allah meruntuhkan dahulu sebelum temasya sukan berlangsung..saya tidak sanggup melihat org awam terkorban..penulisan tuan amat matang tidak terus menghentam atau membuat sebarang spekulasi sebelum perkara ini di siasat terlebih dahulu..xseperti laman2 blog yang lain.

ada hikmah rupanya..

wassalam

othman ahmad78 said...

stadium yang runtuh hingga kini masih menjadi misteriiii...haha,macam misteri nusantara lak. Menteri Belia dan Sukan pun malu tgk apabila beliau sampai di Terengganu utk majlis penutup Monsun Cup semalam.Kata beliau, stadium yang runtuh tu semacam menjadi daya tarikan baru untuk Terengganu.