Wednesday, July 29, 2009

Kudapan Rasa

Peradaban Kita Yang Sudah Terhakis

TIGA hari saya tidak kemaskinikan blog ini kerana menghadiri satu seminar di Medan, Indonesia – Seminar Internasional : Jaringan Ulama dan Peradaban Islam SeNusantara. Kepada penjenguk saya mohon maaf banyak kerana kekosongan itu.

Bukan tidak ada masa atau kemudahan untuk update, ada, hotel tempat menginap ada di sedia wifi free. Medan hari ini sangat berbeza dengan Medan 25 tahun lalu. Kenapa saya tidak isikan blog, saja malas kerana ingin memberikan tumpuan kepada seminar berkenaan.

Cerita-ceirta samping di Medan ini juga banyak termasuk cerita burung Kakak Tua dan Monahara!

Dalam pengamatan saya, banyak manfaat seminar berkenaan. Ia adalah julung-julung kali diadakan dan bakal menjadi perintis kepada seminar-seminar lain yang bersangkutan. Dalam orang sedang bercakap soal liberalisasi, hendak menyatukan Malaysia dengan gagasan 1 Malaysia, atau membentuk Malaysia baru, pada saya seminar itu masih relevan, dan perlu diberikan perhatian dan sokongan. Malah lebih afdal dari sosial politik itu semua.

Seminar itu membincang mengenai peradaban Melayu yang satu masa dulu cemerlang tetapi kini sudah terhakis. Apakah keterhakisan ini akan menjadi parah lagi apabila terbentuknya Malaysia Baru atau terlaksananya aspirais 1 Malaysia kelak yang membawa kepada liberalisasi politik dan sistem pemerintahan selepas itu?

Semuanya membingungkan dan membimbangkan. Saya secara peribadi sangat merasa cuak. Kalaulah ini berlaku.. apakah maknanya itu semua kepada Melayu? Kita berjaya membentuk Malaysia Baru dengan rupa baru, perspektif baru, masyarakat baru, kepercayaan dan serbi serbi baru, tetapi kita hilang peradaban. Apakah erti ini semua? Bagi saya tidak ada gunanya.

Kerana itu saya sangat berharap di samping gairah kepada pembaharuan itu kita tidak akan mengkesampingkan peradaban kita. Peradaban dan tamadun perlu dipertahankan kerana disinilah kita dinilai dan menjadi bernilai.

Saya katanya kerana amat faham dengan nafsu dan hawa orang politik. Kerana itu mereka yang ghairah pada kuasa dan gila kedudukan, harus memikirkan soal ini. Peradaban adalah satu modal atau asas utama terhadap keunggulan sesuatu bangsa. Peradaban adalah pelita atau jiwa bangsa. Bangsa yang dikenali dan dimegahi itu ialah bangsa yang punya tamadun atau peradaban. Sejauh mana bangsa itu menjadi ikutan (contoh) bergantung kepada peradabannya.

Saya meragui apakah politik kita – politik orang Melayu dalam semua parti, mengorak ke arah itu? Turut sama membina peradaban Melayu atau Malaysia bersama cita-cita dan gagasan politik mereka? Saya timbulkan ini kerana sudah menular ajaran-ajaran dan tindakan politik itu (tektik dan strategi) jelas bertentangan dengan peradaban Melayu berteraskan Quran dan hadith.

Rasuah, jenayah, penyelewengan, konspirasi politik dan sebagainya diraskaan bertentangan dengan nilai peradaban kita, sedangkan inilah yang sedang merimba dalam negara kita dewasa ini dan tumbuserannya semakin menyubur!

Kira-kira 150 orang menyertai seminar berkenaan. Para perserta terdiri daripada para sarjana, ulama moden, dan pemimpin mahasiswa dari lima negara Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei Darussalam. Dr Awang Sariyan menjadi pembentang utama mewakili Malaysia.

Sebanyak 10 buah kertas kerja dibentangkan. Melihat kepada makalah-makalah itu tertimbun hasrat dan harapan besar daripada para pembentangnya untuk mengembalikan martabat peradaban Melayu Islam seNusantra. Dari para luahan peserta pula menunjukkan masanya begitu semput dan usaha perlu dipergiatkan bagi menjaringkan Melayu seNusantara bagi mengemilangkan semula tamdun Melayu yang bermula sejak berabad lalu itu.

Seminar atau forum berkenaan boleh menjadi sagu lagi wadah baru kepada orang Melayu di Nusantara untuk membincangkan kepentingan mereka dan kehidupan sejagat tanpa melibatkan usur-unsur politik duniawi yang berpaksikan kepada kebendaan.

Bagaimana pun sebagai seorang perserta timbul keraguan kepada saya apakah keinginan dan impian yang disuarakan menerusi seminar itu akan tercapai? Saya kemukakan ini kerana yang menghadiri seminar berkenaan rata-rata pemikir tetapi bukan aktivis sedangkan usaha ke arah itu memerlukan aktivis atau pelaksananya.

Selamanya pemikir hanya memikir, mengeluarkan pandangan, menghimbau kejayaan silang dan melihatan hambatan-hambatan masa depan, namun mereka tidak ada kepakaran untuk memobilisasikan umat atau masyarakat bagi mencapainya. Pelasananya ialah atvis politik, sosial, budayawan, agamawan dan lain-lainnya.

Nah kita sudah ada idea, sudah ada persepakatan dan sudah semangat, namun apa yang diperlukan kini ialah egen dan motor penggeraknya. Adalah menjadi harapan selepas ini akan ada pula pertemuan kalangan penggerak dari lima buah negara Nusantara ini untuk berusaha merealisasikan hasrat berkenaan iaini mengembalikan atau memulihkan peradaban kita, (Melayu) se Nusantara ini. [jln pahang 3:40 pm 29/07/09]

5 comments:

Rahmat Wahab said...

Assalamualaikum. Pendapat saya, dari golongan2 pemikir ini nanti sepatutnya dilahirkan penulis-penulis buku yg menyentuh jiwa bangsa dan negara. Buku2 serta bacaan tersebut akan menjadi rujukan kitab para aktivis dan pelaksana.
Indonesia sudah agak terkedepan dalam menghasilkan buku-buku bercirikan rakyat, terjemahan buku dari barat, filem-filem bagus (e.g. Laskar Pelangi) bagi memotivasikan bangsanya.
Manakala Malaysia terkedepan dalam penghasilan buku-buku novel cinta khayalan, tidak banyak buku terjemahan Barat ke bahasa melayu dan lambakan filem-filem cinta bosan lagi membonsaikan.
Itu pendapat saya...

Kasturi said...

Bangsa adalah anugerah tuhan kepada manusia, kita tidak boleh pilih apa bangsa yang kita mahu. Jadi Melayu, Melayulah, tapi Melayu kini dah semakin hilang jadi diri dan teraba-raba.Ada juga yang dah malu mengaku Melayu. Ingatlah orang Melayu ibarat tuan rumah kepada negara ini,kalau kita tak perjuangkan hak kita di rumah kita sendiri siapa lagi. Hak Melayu semakin terhakis. nak berjuang hak, takut dikata rasist dan tidak islamik. Kalau berjuang Islam sahaja kemana nak dibuang kaum Melayu ni. Oleh itu perjuangan melayu dan islam mesti seiring dalam memperjuangkannya. kalau kita tidak perjuangkan nasib kita siapakah lagi. Ambillah hak kita tanpa mengganggu hak orang lain. Janganlah kita ramai sahaja tapi tak kedengaran suaranya.

Unknown said...

Betul tu saya sangat bersetuju dengan saudara Rahmat Wahab kita masih tertinggal dari penghasilan buku buku yang boleh menokok tambah ilmu yang ada.

Buku buku yang dapat menambah ilmu kurang mendapat sambutan pembaca dan juga kurang nya promosi tidak seperti buku buku cinta

Lagi satu penulis lebih suka menghasilkan buku buku cinta yang dapat menghasilkan pendapatan yang agak lumayan tidak seperti buku buku ilmiah.

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat !

Kadangkala kita seringkali berkali kali dihidangkan dengan perkara yang sama sahaja dimana tatkala kita dialam persokolahan dahulu pun telah mempelajari adat dan tatasusila peradaban namun demi perubahan masa kita perlu mengulangkaji balik semula dek kerana kekerasan kita mengaturkan tuturkata.

Semoga mereka yang bergelar pemimpin bolih memimpin kerah memberi contoh terbaik dengan tidak mengeluarkan kata kata kesat yang bolih memecah belahkan hubungan sesama umat sebaliknya sering berdoa agar kita tidak akan jadi jahanam....fikir fikirkan !

Anonymous said...

Assalam mualaikum Pak MSO,
Alhamdulillah Pak MSO tidak apa2 kerana begitu lama tidak mengemaskini laman blog. Betul saya setuju dgn pendapat Rahmat Wahab dan Rozaimin. Perlu diperbanyakkan buku terjemahan dari bahasa asing ke bahasa melayu.

Di Indonesia, Jepun, China, Eropah dan juga Amerika Syarikat; buku2 ilmiah, permikiran, bisnes, strategi, pengurusan dan banyak lagi dalam bahasa asing diterjemah ke dalam bahasa negera2 tersebut.

Saya banyak berjalan di dalam dan luar negara dan Indonesia terutama sekali dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan di sana sungguh mengasyikkan memilih buku buku antarabangsa terjemahan ke dalam bahasa Indonesia. Malahan rakyat Indonesia sendiri lebih terdedah dengan pelbagai cabang ilmu akibat kemudahan memperoleh buku2 terjemahan asing.

Saya masih ingat, suatu ketika dulu DBP ada melaksanakan program penterjemahan buku bahasa asing ke bahasa melayu. Malangnya atas sifat dengki dan khianat yang amat kuat terhadap bangsa melayu, Burung Kakak Tua menggagalkan program tersebut atas alasan ianya tidak mendatangkan keuntungan dalam bentuk wang ringgit. Alasan yang sangat dangkal saya katakan.

Harap pembaca2 blog Tuan MSO samaada dari penyokong parti kerajaan atau pembangkang sedar akan realiti kejahanaman yang dilakukan oleh Burung Kakak Tua dan juga buka mata dan lihat apa yang berlaku di serata dunia.

Satu dunia bergerak ke hadapan menguatkan bangsa mereka untuk menghadapi cabaran globalisasi, manakala di Malaysia Burung Kakak Tua dan kawanannya mengkhianati orang melayu dengan membuang jati diri orang melayu itu sendiri.

Sekian.