Salam Ukhwah Mustapa dan Nik Aziz
DAMAI hati Murai mentap gambar Tok Guru Nik Aziz bersalam dengan Ustaz Mustapa Mohamed dalam media masa cetak hari ini. Lama sekali Murai merenung gambar berkenaan dan cuba membaca apa yang ada dalam ‘puad’ mereka ketika bersalaman. Jarang sekali Murai dapat melihat suasana menggambar pertautan antara dua pemimpin itu parti Melayu yang berbeza itu, Umno dan Pas.
Kejadian itu berlaku semasa Mustapa dan Nik Aziz hadir pada pra-pelancaran Fiesta Kelantan 2009 disebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam. Kerajaan Kelantan melantik Mustapa sebagai penaung fiesta berkenaan. Kata Mustapa walaupun dia berbeza politik dengan Nik Aziz, mereka berdua sama-sama Melayu, sama-sama orang Kelantan dan bersudara. Sudah pasti perjuangan mereka untuk memaju Kelantan dan membawa rakyatnya ke syurga!
Sejuk dan berderau darah Murai mendengar kata-kata Mustapa itu itu. Kerana Setopa masih ingat akan hakikat itu. Budaya dan tradisi orang Kelantan sememangnya mengambil berat kebajikan sesama mereka. Sikap provincial (kedaerahan) yang tidak disenangi oleh orang asing menjadi kebanggga orang Kelantan dan sifat itulah keunikan rakyat Kelantan.
Ternyata Nik Aziz juga senang dan gembira dengan kessudian Mustapa menerima pelantikan itu. Katanya dengan kehadiran itu akan menjadi titik tolak kepada keikhlasan kedua-dua pihak
Benar sekali... Murai rasa nikmat yang Allah anugerahkan kepada rakyat Kelantan begitu banyak melimpah ruah. Salah satu nikmat yang masih belum dikecapi ialah hasil minyak atau royali minyak yang kini masih tergantung-gantung.
Murai hairan kenapa terjadi begitu. Allah berikan anugerah itu untuk dikongsi rakyat Kelantan tanpa mengira kaum dan agama. Tetapi malang ia tidak dapat dinikmati, ini seolah anugerah dan nikmat itu dipersia-siakan saja.
Sebabnya ialah kerana kedua pihak asyik berkekah sesama sendiri. Cita-cita politik menjadi penghalang untuk rakyat Kelantan mengecapi nikmat Allah itu. Di sinilah Murai katakan politik ada kalanya kejam dan zalim kepada rakyat tidak berdosa. Pintu rezeki rakyat kadang-kadang tertutup disebabkan kegilaan berpolitik.
Murai yakin kalau kedua-dua pihak tidak berkekah sudah lama nikmat itu dapat dinikmati bersama. Orang Pas kenyang orang Umno juga kenyang. Sudah tentu kalau kedua-duanya bersyukur Tuhan akan tambah makin banyak lagi nikmat. Ingatlah pesan Tuhan; kalau kamu mesyukuri nikmatKu, Aku akan tambah lagi.
Murai rasa Tok Guru Nik Aziz cukup faham ayat ini. Mustapa juga anak kepada ustaz dan cicit kepada Tok Bacok ulama tersohor tentu juga memahami ayat itu. Kenapa ianya tidak dihayati dan diparaktikan ialah kerana kepentingan politik peribadi. Murai tidak nampak halangan-halangan seperti mana disebut Tok Guru Nik Aziz, Umno sebagai komunis dan umpama ajaran ayah Pin menjadi penghalang sebenarnya. Kata-kata itu hanya poltiik semata-mata yang bukan masalah rigid.
Di sini ingin Murai cadangankan ke arah merealisasikan hasrat kedua pemimpin itu, terutamanya bagi Mustapa. Mustapa hendaklah turut sama berusaha dan membantu agar kerajaan Pusat melepaskan royalti minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan seperti mana didakwa Pas itu.
Sebagai ketua Umno beliau boleh mencadangkan kepada Najib Razak agar mengarahkan Petronas melepaskannya. Atau sekiranya tidak ada peruntukan hendaklah disediakan dan jika ada teknikal menghalang hapuskanlah. Tidak seharusnya sikap diskriminasi dan politik mendera yang tidak berfaedah itu diteruskan. Murai yakin kalau Mustapa berani berbuat demikian beliau akan dihormati oleh Pas dan seluruh rakyat Kelantan. Beliau juga akan dilihat sebagai pemimpin
Umno yang merintis jalan politik baru di Kelantan.
Seharusnya perangai-perangai yang diamalkan Mahathir Mohamad dan Annuar Musa selaku pengerusi Perhubungan Umno selama ini tidak tidak lagi diteruskan. Mustapa kena faham kenapa rakyat Kelantan membenci dan merasai jauh dengan parti itu ialah kerana sikap double standard yang dipraktikan oleh pemimpin berkenaan.
Murai bersetuju dengan kata-kata ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ustaz Halim Abdul Rahman di parlimen. Menurutnya kalau BN membuka pendaratan minyak di Kelantan lama kelamaan BN akan memerintah Kelantan. Maknanya selagi BN menafikan hak-hak (nikmat yang Allah berikan untuk rakyat Kelantan), maka selama itulah BN akan mengigau disiang hati saja untuk tawan Kelantan.
Titik permulaan baru selepas betegang selama seminggu di Manik Urai sudah pun bermula. Teruskan titik itu membawa ke perbicangan dan persefahaman yang lebih bermakan lagi demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Kelantan Darulnaim.
Murai: Hormat Nik Aziz, hormati Mustapa. [wm.kl. 11:25 am 25/07/09]
3 comments:
dia elok kejap ja.
sikit hari lg datang pula si baju petak2 merah cucuk sana sini nik aziz jadi kelabu asap pula. mcm2 pula dia kata nanti.
Orang kelantan terkenal dengan semangat budu (nama enaknya sos ikan bilis),sepiring dicelup dan cicah ramai ramai semasa menjamu selera bersama dengan nasi,air tangan masing masing masuk bergaul bolih mengeratkan hubungan diatara satu sama lain,itulah yang menjadikan ianya enak lagi menyelerakan,namun walaupun ianya sedap tapi malu malu untuk ditonjolkan dikelayak ramai kerana bimbang akan diperlekehkan olih orang luar walhal apa kurangnya dengan cencaluk atau tempe...(belilah barangan buatan tempatan)
Moralnya disini semangat kenegerian akan terserlah dan terjalin sendiri apabila kedua pehak yang sebelum ini bercakaran tatkala mereka sama sama berada diluar negeri, inilah ukhwah dan bukannya assobiyyah yang melampau sehingga menolak hadith yang berbunyi "aku tinggalkan kamu dua perkara,pasti kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang teguh kepada kedua duanya iaitu kitab Allah dan sunnah pengajaranku".
Pepatah melayu juga menyebut'biduk lalu kiambang bertaut",hanya orang yang tidak siuman sahaja yang mahu mencincang air kerana air tidak akan putus....jadi fikir betul betul ! (poksu-minat dikir barat)
Tuan MSO
Inilah keunikan ore kelate, walau baloh setaro mano pung, tetap satu kapal, konsep ore kelate ore luar meme menjadi prinsip hidup ore kelate,cumo skg lebih fleksibel.
Itulah sbbnya setengah org berpandangan bahawa ore kelate lah yg paling pandai berpolitik.
nizam
Post a Comment