Strategi Jahat Umno Menyuburkan Pas
MARAH betul kawan saya (seorang bloger) kepada sepasang guru yang juga pengundi di Manik Urai kerana tidak bersedia mengizinkan rumahnya dijadikan tempat makan malam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yaasin. Pasangan itu adalah guru, suami mengajar di Sekolah Menengah Manik Urai dan isterinya mengajar dii sekolah Menengah Lakloh.
Menurut catatan kawan itu dalam blognya, suami isteri itu mengunci rumahnya dan lari meninggalkan rumah apabila menyedari Umno mahu menjadikan rumahnya sebagai tempat makan malam atau persinggahan sambil berkempen oleh Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran.
Alasan kenapa rumah pasangan itu dipilih ialah kerana ia mungkin agak selesa berbanding dengan rumah orang lain.
Membaca catatan itu saya bukan terkejut dengan tindakan pasangan itu tetapi terkejut dengan kawan itu yang marah kepada pasangan guru berkenaan. Katanya sikap guru itu sebagai tidak tahu nilai kemanusiaan dan sebagai ‘out date’ kerana tidak menyokong Umno dan tidak membenarkan menteri naik ke atas rumahnya.
Saya tidak tahu apakah relationship kawan saya itu dengan guru itu. Tetapi yang jelasnya kawan saya itu ahli Umno Kelantan. Pernah bertanding sekali tetapi kalah. Pernah pegang jawatan Ketua Pemuda peringkat kawasan. Apakah pasangan guru itu warisnya maka beliau begitu marah sekali?
Saya turunkan catatan kemarahanya;
Disini nampaklah bahawa masih ada dikalangan guru-guru yang 'out date' kerana tidak menyokong UMNO/BN mereka rela tidak mahu menerima seorang pemimpin negara naik kerumahnya yang pelik lagi mereka tidak sedikit pun memberi muka kepada Menteri Pelajaran iaitu majikannya untuk bertemu mata.
Itulah yang dikatakan penganut parti yang kolot, yang bodoh, yang tidak ada nilai kemanusiaan, dah lah mujur dapat mengejar didepan rumah, ditunjuk pula dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Kerajaan, Hagas, Hagas benar (Sombong benar). Tapi orang UMNO Kuala Krai tak ada batu kalu.
Nampaknya kawan ini beremosi benar. Sudahlah marah kepada pasangan berkenaan tetapi dihalaknya supaya Umno mengambil tindakan kepada pasangan berkenaan. Beliau mencabar dan menyindir Umno Kuala Krai sebagai tidak ada 'batu'... maknanya orang Umno boleh pandang begitu saja kepada pasangan itu tanpa mengambil tindakan.
Saya hanya tersenyum saja membaca catatan itu sambil bertanya diri sendiri siapakah sebenarnya yang ‘out date’ meminjam istilah kawan itu. Apakah pasangan itu atau pun dirinya sendiri yang 'out date' atau kolot dan tidak memahami erti dan makna demokrasi?
Saya rasa walaupun kawan ini sudah berpolitik sejak bah merah lagi, (bah besar melanda Kelantan tahun 1960-an) tetapi dia tidak faham-faham mengenai demokrasi dan politik. Dia tidak faham mengenai hubung-tara antara pegawai kerajana (guru) dengan Umno dan kerajaan. Masih lagi dia beranggapan Umno dan kerajaan itu dua perkara yang sama, tidak terpisah. Seolah demokrasi mewajibkan semua pegawai kerajaan menyokong UBN. Kalau begitu di manakah kebebasan bersuara yang dilaungkan dalam demokrasi!
Kalau dalam agama tidak ada paksa untuk menerima mana-mana agama, apa lagi dengan parti politik?
Atau pun dia faham tetapi kerana merasakan Umno terdesak di Manik Urai maka buat-buat tidak faham. Guru itu adalah pegawai kerajaan. Dia harus taat kepada Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran (majikan) tetapi bukan sebagai Timbalan Presiden Umno. Mungkin pada firasat pasangan itu kehadiran Muhyiddin itu atas kapasitinya sebagai timbalan presiden Umno bukannya sebagai meteri pelajaran maka mereka tidak benarkan Muhyiddin memijak rumah mereka.
Mungkin pasangan itu menganut ideologi politik Pas. Jadi dalam rukun parti dan oragnisasi adalah satu kesalahan kalau dia membenarkan orang nombor satu Umno pergi makan di rumahnya apa lagi dalam keadaan sekarang, berpilihan raya kecil. Tetapi kalau Muhyiddin hendak tumpang sembahyang di rumahnya di luar keadaan hari ini mungkin akan diizinkannya, bahkan akan ditanak pulut makan dengan durian kunyit.
Mengenai cadangan agar Umno mengambil tindakan ke atas pasangan guru itu, ia adalah tindakan yang kolot dan tidak tamadun. Inilah perangai orang Umno dulu, kini dan selamanya. Bila mereka mendapati mana-mana pegawai kerajaan khasnya guru tidak menyokong mereka, maka ditukarlah guru jauh ke pedalaman. Disusapayahkan kehidupan mereka, diasingkan dari isteri ayah, anak-anak dan ibubapa dan keluarga lain. Tujuannya supaya tidak aktif dalam Pas.
Tahun-tahun 1960an, 70-an dulu mana-mana guru yang dikenali pasti menyokong Pas, hatta tidak menjadi ahli pun dan hanya pergi ke tempat cermaah Pas saja nombor kereta mereka akan dicatat dan dihantar ke pejabat pelajaran. Dua tiga bulan kemudian guru berkenaan akan dikirimkan jauh di pedalaman termasuk ke kawasan Manik Urai itu sebagai hukuman.
Umno harus sedar dan membuang tektik dan kerja-kerja jahat bersifat hukum rimba itu. Umno tidak sedar disebalik tindakan jahat mereka itu menyebabkan Pas berkembang subur. Mereka yang menghidupkan Pas di kawasan pedalaman, menubuhkan cawangan-cawangan Pas di hulu ialah guru-guru yang mereka hantarkan itu. Strategi jahat Umno itulah yang mengembangkan Pas.
Makanya bila hari ini Umno cuba berjinak dengan mereka, sudah pastilah mereka akan menutup pintu rumah mereka. Mungkin juga pasangan berkenaan adalah mangsa tindakan jahat Umno sekitar tahun 70-an dulu, di mana mereka bermukim di situ barangkali kerana ayah mereka ditukar ke kawasan pedalaman itu. Sebab itulah mereka jadi alergik kepada UBN. [wm.kl. 6:15 pm 10/07/09]
12 comments:
salam..
sampai bila orang2 umno nk berubah?dia igt kerajaan ni pakcik dia punya ke?
senang2 nak paksa rakyat ikut telunjuk...
Tak hairan dengan sikap orang Umno sebegitu. Tengoklah pada Shabery Cheek bilamana dilantik jadi Menteri Belia dan Sukan April lalu. Bila ditanya apa visi dan misinya dalam menerajui kementerian tersebut, apa yang dijawabnya? Dengan selambanya dia jawab dia akan gunakan kedudukannya untuk menarik sokongan golongan muda dan belia terhadap kerajaan. Kononnya, dia lihat ada semacam suara kemarahan dari golongan pengundi saluran 3,4 dan 5.
Apa punya jawapan ini? Tak sedarkah dia bahawa jawatan menteri adalah untuk memajukan negara bukan untuk kepentingan parti. Prestasi sukan dalam semua bidang semakin merosot dan malangnya menteri sibuk berpolitik. Kalau sudah menteri pun cakap macam budak sekolah menengah (budak sekolah menengah lagi bijak nampaknya), apalah boleh diharapkan pada seorang ahli biasa Umno di atas. Lagilah teruk sikapnya.
Saya rasa pasangan cikgu itu ada prinsip. Mungkin jika TPM singgah masa bukan pilihanraya, dialu-alukan.
itu hak guru tersebut.takkan kerana mereka tak benarkan masuk je,terus je kena denda dan dipersalahkan?hanya kerana dia menteri pelajaran,dia ada kuasa nak buat semua tu ke?macam mana UMNO nak maju kalau terus berfikiran macam tu?macam mana nak menang kalau fikiran macam tu?jangan hanya kerana sebab itu,dia (Menteri pelajaran) selaku AHLI UMNO terus ambil tindakan,buang atau pindah ke pedalaman.kalau betul nak berkempen,baik buat makan makan kat rumah yang biasa,pemilih juga UMNO ni ye sampai nak cari rumah yang selesa je?parti lain tak buat macam tu pun? haiz...camner la nak menang....kalau terus dengan cara macam tu,saya amat yakin UMNO bakal terus kabur pada pandangan pengundi kalau sikap terus kekal macam tu.bukan ancaman tetapi pandangan,bagi yang disebut BLOGGER TU,bang,sekarang ni 2009.bukan 1960....bukan nak lupa terus tetapi dendam tu buang la...ini negara demokrasi.tiada ini tiada itu,satu dalam semua,semua dalam satu.open le sikit.
p/s* harap komen ni dapat disiarkan untuk pembacaan umum.
sejak bile TPM ade power nk masuk makan kat mana2 umah org walaupon tanpa dipelawa? common sense la, umah aku,aku punya suka la xnak kasi masuk ke ape..kat ofis mmg la ko bos, tp kat umh aku,aku la decide nk wat pape..common sense pon xtau..sigh~
Apa pu guru tu pembayar cukai. Hak dialah nak buat apa pun. Aku suka kerana dia tak jadi hamba pada manusia.
ish2!macam2 hal la zaman sekarang ni!
mentang2 la orang miskin,tak nak singgah rumah dia la?
menteri pelajaran tu tak ingat ke
dulu masa zaman sekitar 40-50an,hidup dia tu senang ke?berada ke?
Apa sekalipun, prinsipkah ia, demokrasikah ia, liberalisasikah ia, meritokrasikah ia, keadilan dan kesaksamaankah ia, ...jika akhirnya melayu dan islam yang teraniaya, maka semua isltilah diatas tadi itu outa belaka dan tak boleh guna. Ia hanya membawa kana jika berguna kepada perjuangan bangsa dan agama kita. Hanya kerana berbicara soal istilah maka melayu bergaduh dan menunjuk siapa yang bijaksana. Walhal dalam masa yang sama, Manek Urai tetap ditahap lama. Apa guna. Anda bijaksana dalam berisltilah dan konon matang dalam erti demokrasi, namun kemajuan jauh ketinggalan.
Tidak kisah, bercakap lah berbuih0-buih mulut hangpa. Tetapi yang utama pembangunan dan kemajuan bangsa dan agama didunia ini dan diakhirat nanti. Bijaksanakah jika bercakap berbuih-buih tentang segala hal, tetapi masih miskin kedana serta ketinggalan didalam segala pembangunan dan kemajuan?
Lu fikirlah sendiri.
maaf jika komen saya agak kontra.
bagi saya tindakan mengunci pintu untuk tidak benarkan tpm menumpang makan di rumah sebagai tidak bertamadun. tak kira lah siapa sekali pun samada umno, pas, pkr, dap mahupun pap, kita harus mengalu-alukan mereka sebagai TETAMU.
lari dari rumah untuk tidak menerima tetamu (tidak kira di atas kapasiti apapun) adalah tindakan KURANG AJAR
salam hormat !
Teringat saya pada beberapa minggu yang lepas,tatkala itu datang satu rombongan lawatan kerja MB Trg kesini seramai 30 orang lebih kurang, tempat persinggahan untuk makan minum dirumah seorang orang kuat Pas cawangan,apalagi diambilnya peluang untuk "charge service' rm30 satu kepala,maka sejuk sejuk hari itu situan rumah mendapat kira kira rm 3000,jadi saya kira dalam kes ini sememangnya siche'gu itu menolak tuah ataupun beliau sememangnya sudah senang kot...kot..kot...
ish2.. mmg tk kenang jasa cikgu ni.. ape die lupe ke bahawa UMNO tu pun saudara seislam kita.. mmg dulu diorang ade buat salah patut kita kena beri peluang pada umno mcmana nabi musa bedakwah pada firaun.. jgn kita berpolitik sempit tgok tojk guru presiden pun dah nk anjurkan kerajaan perpaduan patut cikgu kena la bg contoh... Hidup UG!
salam. kawe rasa member demo si bloger tu yang takfaham, tak mahu reti dan ekstrim ngan umno. bagi dia umno adalah segala2. takpatut dia marah kpd pasangan guru tu dan apa hak dia nak marah?
apa2pun bende dah berlaku. kita ambil hikmat dan pengajarannya. rakyat tak mahu terima TPM, dia tak suka si Muhyiddin sebab umnonya atau sebab pasangan itu Pas. atau pin cikgucikgi tu reti yang musim PRK segala nak mesra rakyat...menteri mahu beretorik...kadang2 si member bloger tu kena ambil faedah bahwa itulah org kelantan yg tidak suka sesiapapun walau menteri bersifat HAGAS serupa Muyiddin tu.
Post a Comment