Thursday, July 2, 2009

Pening Petang

Mungkin Pas Perlu Kaji Pakatan Dengan DAP!

APA yang berlaku di Kedah kelmarin, tindakan DAP mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat meskipun tidak merubah status quo kerajaan Kedah, namun ia menjadi pencetus kepada kemelut dan polemik berlarutan. Tidak dapat tidak, kes itu menyerabutkan kepala pemimpin Pakatan Rakyat.

Semalam Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su telah mengumumkan parti itu keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah. Pengumuman itu walaupun bersifat peribadi DAP Kedah namun ia semacama mendapat restu daripada DAP pusat. Hubungan kurang mesra DAP dengan kerajaan Kedah sudah kedengaran sebelum ini.

Dengan keluarnya DAP ini bermakna kerusi Pakatan di Kedah berkurangan satu menjadi 21 kerusi. Dengan kedudukan itu kerajaan Kedah mengatasi UBN dengan enam kerusi. Kerusi UBN ialah 14.

Adalah terlalu awal untuk mengatakan akan berlaku huru hara politik di Kedah seperti mana menimpa Perak yang akhirnya membawa kepada tumbangnya kerajaan Perak. Walaupun lama sebelum ini pihak tertentu dalam UBN berusaha mengugat dan menyerang kerajaan Kedah dengan nawaitu ianya bubar seperti mana kerajaan di Perak, tetapi ia tidak semudah itu.

Satu hakikat UBN kena ketahui kedudukan kerajaan Pakatan di Kedah berlainan dengan situasi di Perak. Kerajaan di Kedah dipimpin oleh Pas yang ternyata memperolehi kerusi terbanyak dalam pilihan raya lalu jika dibanding dengan PKR dan DAP. Pas menang 16 kerusi, PKR 5 manakala DAP hanya satu kerusi sahaja.

Berlainan di Perak DAP menang 18 kerusi, PKR tujuh dan Pas enam kerusi. Bila mana Adun Pas, Nizar Jamaluddin dipilih menjadi MB ia menyebabkan timbul rasa tidak adil dari kalangan masyarakat Cina yang rata-rata menyokong DAP. Orang Cina merasakan mereka sepatutnya dipilih jadi MB. Setengahnya tidak peduli dan tidak tahu perlembagaan Perak menghalang bukan Melayu menjadi MB.

Pun begitu apa-apa saja boleh berlaku dengan pemulaan dan cetusan yang dibuat oleh DAP itu. Hari ini pemimpin UBN telah mengambil kesempatan atas isu yang dicetuskan DAP itu. Pandangan negatif terus dilemparkan kepada kerajaan Pakatan di Kedah. Malahan sudah ada cadangan agar ditubuhkan kerajaan campuran UBN dengan PKR dan DAP. Jelas cadangan ini menunjukkan betapa bencinya pihak yang mencadang itu kepada kerajaan pimpinan Azizan Razak dari Pas itu.

Sudah barang pasti tindakan DAP itu menyebabkan orang Melayu tidak senang hati dengan tindakan itu. Memang jika diperhatikan DAP mencetuskan keadaan tidak elok dalam politik Pakatan sejak lama dulu. Lepas satu demi satu isu yang ditimbulkan di mana semua isu menyebabkan keadaan Pakatan sering kali berombak. Jika diperhatikan, DAPlah yang banyak membuat onar dalam Pakatan. Sikap DAP dalam hal ini seolah-olah gelombang politik yang berlaku kini disebabkan mereka apabila berlaku perpindahan sokongan Cina kepada Pas dan PKR.

Sebelum ini Pengerusinya, Karpal Singh pernah meminta penasihat PKR, Anwar Ibrahim supaya letak jawatan. Gesaan itu sangat keras dan tidak menggambarkan sebagai rakan dalam sebuah gabungan. Sebelum ini juga Karpal pernah mengeluarkan kenyataan agar Pas melangkah mayatnya dulu kalau Pas ingin menubuhkan negara Islam. Jelas kenyataan dan gesaan itu menunjukkan kesombongan DAP.

Melihat telatah DAP ini ia jelas menggambar sikap 'individualistik' parti berkenaan. DAP hanya mementingkan komunitinya saja tanpa mengira pengorbanan Pas dan juga PKR untuk mengukuhkan Pakatan. Jika dilihat kepada telatah dan sejarahnya sebelum ini pun DAP memberi gambaran ianya parti yang mementingkan diri. DAP tidak akan berfikir panjang untuk melakukan sesuatu tindakan jika ia dikira tidak banyak menguntungkan.

Misalnya DAP pernah menarik dari dari berkerjasama dengan Pas setelah kalah teruk dalam pilihan raya 1995.

Ternyata tindakan DAP Kedah itu menjadi isu utama dan perbualan hangat hari ini. Isu itu juga turut sama memeningkan kepala para pemimpin Pakatan Rakyat terutama penasihatnya, Anwar Ibrahim yang kini sedang bersiap sedia untuk menghadapi perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi. Sekiranya DAP memahami masalah dihadapi Anwar dan implikasi dari keputusan itu mereka tidak akan mencetuskan isu seperti berlaku di Kedah itu.

Lantaran itu barangkali seharusnya orang Melayu khasnya dari Pas mengerti akan telatah rakan mereka ini. Meraka boleh menghitung apakah DAP ikhlas atau menjadi duri dalam daging dalam pakatan berkenaaan?

Apa yang terjadi di Kedah itu menjelaskan apa yang diragui sebelum ini sudah hampir menjadi kenyataan. Mungkin melampau kalau dikatakan tuduhan pemimpin UBN bahawa pakatan itu longgar ataupun rapuh, tetapi tampaknya itulah hakikatnya.

Pas sendiri kena faham risikonya atau kekhilafan mencari rakan sejati politik. Kalau kerjasama dengan Umno (sesama Melayu sendiri pun akhirnya relai dan tidak dipercayai Pas), inikah pula dengan rakan berlainan bangsa dan agama dan mempunyai ideologi politik berbeza.

Justeru itulah mengenangkan pembaharuan ini kita bingung memikirkan bagaimana Pas boleh percaya kepada DAP daripada Umno parti yang dianggap serumpun dengannya.

Semoga dengan meletusnya isu di Kedah itu dan kita percaya akan menjadi polemik selepas ini orang Melayun amnya dan Pas khsusnya yang dianggap parti harapan Melayu selepas Umno akan memikir balik polisi, pendekatan dan keyakinan politik mereka yang ada pada masa ini. Adalah tepat kalau Pas membuat perhitungan semula kerjasama dengan DAP kalau parti itu terus bersikap mahu menang sendiri! [d'kota kl 6:10 pm 02/07/09]

7 comments:

Shamsul Yunos said...

MSO, say abenar benar berharap PAS dapat memegang tampuk kepimpinan Pakatan Rakyat, barulah aman Pakatan

PAS mempunyai perjuangan yang konsisten, PKR hanya sekadar memnuhi impian Anwar Ibrahim sebab itulah caca marba

Orang Melayu rata rata memangkah DAP dan PKR atas dasar mengharap PAS akan menjamin kedudukan Islam dan Melayu

sebenarnya tanpa PAS, paktan tak mungkin menang lima negeri

tapi macam saudara yang menulis komen pilihan berkata, PAS kurang licik berpolitik

Rasulullah licik berpolitik politiknya halus dan tertib politknya penuh hikmah dan hemah.. tak ada yang tersinggung tak ada yang dapat menolak

denaihati said...

Tuan lihatlah UMNO dan PAS menagih simpati daripada kaum yang satu tu...demi UNDI ..tetapi siapa yang untung ..siapa yang dapat kuasa...Islam dan Melayu semakin terhakis....penyu menangis siapa yang tahu...

osama laden said...

salam, melayu akan sentiasa rugi selagi x balik pd Islam. BN dgn 1Malaysia, PR dgn Ketuanan Rkyat.apa melayu dpt hanyalah hak mereka trgadai satu persatu. So mudahnya kembali pd sarana TG nik aziz...klu UMNo nak tegak islam PAS akan bubar dan join UMNO...so pisau kat tngn UMNO,mentimun kat PAS..nak potong tidak adalah pilihan UMNO.
Tp wa rasa susah la,kita dah dibesarkan dgn sistem barat,undg2 barat,dipropaganda keburukan undg2islam dan kebanyakan org islam malaysia senang ckp mmg jahil dgn undg2 agamanya sendiri,hudud,takzir,qisas ntah apa lagi bukan penah kena ajar kat msjid2,sekolah atau forum agama kat TV.Forum asyik2 tajuk perpaduan,ekonomi,solat,puasa tak pernah naik ke tajuk hudud,qisas,takzir.Tu yg jahil sangat yg akibatnya takut dgn undg2 Allah padahal depa akui Allah Maha Bijaksana.Kena pula propaganda barat ttg hukum islam....So kalau nak sangat Melayu bersatu cadgkan kat UMNO supaya tegakkan syariat Islam bukannya asyik2 SYIAR islam.Syariat yg utama bukan syiar.

mizi said...

Dap kedah keluar pakatan sebab roboh kandang sembelih babi yang tak berlesen tu saja. Dia peduli apa dengan pakatan, Hati kawan dia tak jaga sikit pun. Pas pula sangat jaga hati 'kawan-kawan' pakatan sampai ust Nasha dan Hj Hadi pun dia orang suruh masuk umno dan dikata pengkhianat. Emosi sungguh orang macam ni. Sebenarnya pengkhianat tu ialah orang yang tidak mahu mendamaikan sesama islam walaupun dihulurkan tangan persahabatan.

Citarasa Pedas said...

salam. aku pun pening dengan tuan MSO ni. Apa yang berlaku tu sebenarnya di Kedah yang dipimpin oleh PAS, jangnalah melalut komen sampai ke negeri lain. Jgn jadi macam Berita Hairan dan Utusan Meloya tu. Bagi saya tak dak apa-pap pun yg nak digembar-gemburkan. sepatutnya tuan MSO komen sikit-sikit ja.

Fikrah Imayu said...

1) komen pilihan penulis menggambarkan PAS boleh menjadi nombor 2; bukan parti nombor 1. Mentaliti inilah yang akan mengekalkan PAS pada kadarnya hari ini. Mana mungkin mentaliti ini untuk membentuk kerajaan pusat?

2) Melayu dan Islam pada hari ini lebih kuat daripada tahun2 sebelumnya, baik dari kuasa, baik dari keuntungan. Buktinya, di dewan rakyat, kira sahaja! Siapa kata Melayu Islam lemah? UBN.

3) Hari ini, PR dan BN masing-masing mencari tapak untuk mengukuhkan parti masing2. Biasalah dalam politik kepartian; Hubungan dalam keluarga pakatan, uruskan dengan bijaksana. Main tarik-tali; ugut-mengugut; dan keterbukaan sebegini tidak melambangkan perpecahan dan keratekan. Malah, ia melambangkan keunikan dan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia; dan ini, TIDAK PERNAH ADA dalam BN. UBN mengambil kesempatan? biasalah... PR jangan pula melatah

4) Urusan rumahtangga Kedah, biarlah Kedah menguruskannya. Konsep sebegini adalah unik dan decentralized system ini baik untuk perkembangan minda politik matang generasi masa depan. Memang besar risikonya... Biasalah... Inilah proses pendidikan.

nuwairoh said...

mso, saya bersetuju benar PAS mesti cerdik berpolitik demi kemaslahatan agama agar kelansungan dakwah itu terjamin..justeru saya fikir
1.isu yang berlaku hari ini sebagai tapisan anggota yang ikhlas dan munafiq
2.proses mematangkan PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam semata2 bukan kepentingan individu tertentu @ perjuangan bangsa
3.pentingnya perubahan dilakukan oleh PAS berhadapan dengan situasi semasa, membuka pintu kemaslahatan yang banyak demi kesejahteraan ummah