Sunday, July 5, 2009

Rencana Ahad

Membimbangi Pakatan Rakyat (1)

KALANGAN anak-anak muda, bawah 40 tahun mungkin tidak dapat merasai apa yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) sehari dua ini atau mereka tidak mahu mempedulikannya. Mereka yang sarat dengan semangat ingin melihat perubahan dan excited unutk menukar kerajaan baru tidak mahu mempedulikan apa yang berlaku. Mereka teramat benci kepada UBN. Lantaran itu mereka memejamkan mata dan memekakan telinga dari melihat dan mendengar itu semua.

Kerana betapa kuatnya semangat dan rasa ghairah itu menyebabkan jika ditulis atau dicatatkan sesuatu yang negatif mengenai Pakatan Rakyat, mereka akan marah dan memberontak. Apa yang mereka mahu ialah yang positif saja walaupun yang pun positif itu retorik semata-mata.

Golongan muda ini yang menjadi penaksub kepada sesetengah pemimpin PR kadang-kadang sudah tidak rasional! Mereka tidak mahu dikritik dan tidak mahu mendengar cerita-cerita negatif mengenai kumpulan mereka. Bagi mereka PR dalam keadaan baik tanpa ada sesiapa lagi yang boleh mengugatnya. Pendeknya PR perfect semuanya.

Pandangan dan pendekatan yang pemimpin mereka ambil dikira terbaik dan tepat. Mereka menerima apa yang ada bagaikan ikan lapam Jawa menelan ketulan kuning yang jatuh ke dalam air. Bagi mereka tidak ada timbang tara lagi dengan pendekatan, perjuangan yang pemimpin mereka lakukan. Semuanya dianggap baik. Bagi mereka apa yang pemimpin mereka lalukan meskipun menyalahi undang-undang atau melanggar tatacara budaya dan hukum agama tidak dipedulikan lagi.

Apa yang mereka tahu PR bila-bila masa saja akan mengambil alih kekuasaan. Lantaran itu kalau diceritakan mengenai masalah dan kelemahan PR mereka jadi histeria dan menuduh pengkritik dengan berbagi-bagai tuduhan. Mereka membalunya dan menuduh pengkritik sebagai musuh.

Golongan ini sudah tidak rasional bagi saya. Justeru sikap dan pendirian mereka tidak boleh diterima sebagai pemandu arah masa depan politik. Dalam erti kata lain kecerdikan dan profesional mereka dalam bidang yang mereka pelajari tidak menjamin membawa kesejahteraan politik yang diharapkan. Mereka lebih menggunakan nasfu dan naluri daripada akal fikiran.

Sebaliknya bagi yang sudah pernah melalui liku-liku politik negara ini, yang sudah melalui sejarah, begitu bimbang dan cemas dengan apa yang berlaku dan perkembangan dalam PR hari ini. Kebimbangan ini menyebabkan keyakinan yang berbunga Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang jadi tergugat. Keyaklinan itu kini seakan mengendur.

Keyakinan itu tidak mustahil akan menjadi igauan yang menakutkan sekiranya perkembangan dan masalah yang berlaku dalam PR kini tidak diatasi dan diselesaikan dengan tuntas.

Kebanyakan masalah yang berlaku dalam PR akhir-akhir ini adalah bawakan atau jangkitan virus dalaman yang berlaku dalam parti-parti gabungan pakatan itu. Masalah itu lebih bersifat peribadi parti-parti itu bukannya masalah bersama yang sewajarnya ditimbulkan. Pertelingkahan oleh ahli dalaman parti dibawa keluar sehingga menampakkan ianya menjadi masalah PR.

Misalnya apa yang berlaku di Kedah dan di Pulau Pinag. Masalah sebenarnya berlaku dalam DAP yang mendapat tekanan ahli-ahlinya. Kerana kurang bijak dicampur dengan rasa ‘manggak’ (ego) pemimpin DAP menyebabkan masalah itu 'terkobek' ke luar menjadi masalah PR. Bila ia sudah terkobek keluar maka dengan mudah pula ianya dieksploitasikan oleh UBN.

Masalah dalam parti politik tak ubah seperti guni beras yang carik. Mulanya ia carik sedikit saja, tetapi lama kelamaan bila guni itu diangkut dan diangkat menyebabkan ia semakin membekah. Lama kelamaan carik yang sedikit itu akan terus mengoyak guni berkenaan menyebabkan habis beras terburai.

Bagaimana pun masalah dalam parti-parti Pakatan Rakyat mungkin masih belum parah dan boleh diatasi dengan semangat oppositionisme – kepembangakan yang tinggi untuk menumbangkan UBN. Mungkin masalah di Kedah dan juga di Pulau Pinang dapat diselesaikan sedikit masa lagi.

Tetapi masalah yang besar dan berat dalam PR kini ialah masalah yang yang dihadapi oleh ketua mereka Anwar Ibrahim. Nasib malang yang menimpa Anwar bakal meletakkan PR dalam keadaan kucar kacir. Apa yang dituduh konspirasi untuk menghantar Anwar kembali ke penjara kini sudah pun bermula.

Permohonan Anwar untuk mengkalkan pendakwaan kes liwat ke atasnya dikekalkan di Mahkamah Sesyen ditolak leh Mahkamah Rayuan. Perbicaraanya akan bermula pada 8 Julai di Mahkamah Tinggi seperti mana dirancang.

Walaupun pihak UBN menafikan mereka tidak terlibat dan tidak ada niat untuk menyusah Anwar dengan pendakwaan itu, tetapi yang jelas apa yang menimpa Anwar adalah satu pakatan busuk. Ia satu petaka celaka kepada PR. UBN melihat tindakan ke atas Anwar adalah satu-satu cara terakhir bagi UBN menyelamatkan kerajaannya hari ini. Kejayaan memenjarakan Anwar adalah usaha terakhir yang paling penting bagi UBN untuk mengekalkan kuasanya.

Perbicraan ke aras Anwar itu adalah permulaan untuk menganggu Anwar dan juga PR. Sudah pasti sedikit sebanyak perbicaraan itu akan menganggu tugasan Anwar. Perbicaraan menyebabkan Anwar akan hilang konsentrasi untuk mengatur dan memperkukuhkan PR.
Mungkin semasa sepanjang berlakunya perbicaraan Anwar masih larat lagi untuk memberi tumpuan kepada PR. Hari ini pun jika timbul masalah dalam PR beliaulah yang menjadi penyelesainya. Keadaan hari ini meletakkan semua masalah dalam PR dibawah pikulan Anwar.

Ternyata hari ini Anwar masih mampu. Tetapi apa kata kalau nanti Anwar akan dijatuhi hukum penjara 10 hingga 15 tahun. Paling mengejutkan sebaik perbicaraan itu selesai, Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen? Apakah keadaan PR ketika itu? Berdsambung [wm.kl. 2:20 pm 05/07/09]

8 comments:

Che Awe Donde said...

Org Klate

abe MSO kalu DSAI dijatuhi hukuman setelah menjalani proses mahkamah ala tahun 1998 dulu, maka bukan setakat kerusi MIC, MCA dan Gerakan habis disapu PR kerusi2 UMNO yg ramai pengundi muda melayu juga akan disapu oleh PAS dan PKR. insya Allah saya or muda bawah 40 tahun sedang berusaha kearah itu utk lihat PR ganti BN. utk membongkar kezaliman dan penyelewengan BN selama 50 tahun. sama-sama kita tunggu peristiwa tersebut.

Amar.k.s said...

Pandangan dan pendekatan yang pemimpin mereka ambil dikira terbaik dan tepat. Mereka menerima apa yang ada bagaikan ikan lapam Jawa menelan ketulan kuning yang jatuh ke dalam air. Bagi mereka tidak ada timbang tara lagi dengan pendekatan, perjuangan yang pemimpin mereka lakukan. Semuanya dianggap baik. Bagi mereka apa yang pemimpin mereka lalukan meskipun menyalahi undang-undang atau melanggar tatacara budaya dan hukum agama tidak dipedulikan lagi.
-----------------------------------

Menarik. ;)

PAKCIK said...

Assalamualaikum..

saya terang-terangan dan tidak setuju dengan PKR dan PR-nya sekali.

walaupun dahulu kecewa kerana anwar dipecat daripada kabinet dan UMNO, tetapi kini saya dapat melihat perjalanan politik Anwar lebih berbahaya kepada negara dan rakyat khususnya orang melayu.

kini saya percaya pemecatannya adalah bersebab.

Anwar kini seolah-olah pemusnah kepada kepentingan orang melayu dan juga perosak kepada kedamaian/keharmonian masyarakat di negara ini.

jika dahulu saya percaya tuduhan terhadap kes main belakangnya adalah satu konspirasi..tetapi adakah kini ia juga adalah satu konspirasi? tidak mungkin pisang berbuah dua kali.

saya akui, beliau adalah seorang yang bijak dalam mengatur strategi, tetapi percaturan yang telah dilakukan dan akan dilakukannya boleh menyebabkan keadaan yang tidak menyenangkan berlaku didalam negara.

saya doakan agar dibuka hati beliau untuk menerima kenyataan bahawasanya beliau telah kalah dan akan terus kalah.

harmza said...

Salam..jika DSAI dipenjarakan kali kedua pasti akan berlaku gelombang reformasi kali kedua yang maha hebat dan dashat sekali...kekalutan dan permasalahan yang berlaku adalah untuk persediaan dan ujian sejauh mana pemimpin pakatan rakyat akan melaluinya..Jika diperhatikan semasam reformasi tahun 1998 dahulu adalah reformasi orang melayu yang kasihan kepada DSAI..tapi hari ini keadaan sudah amat berbeda sekali..DSAI telah berjaya mengembeleng semua rakyat negara untuk bersama beliau.. Pastinya segala konspirasi terhadap beliau akan dipatahkan rakyat..adakah pendukung beliau akan membisukan diri? mentulikan telinga? membutakan mata?
sama sama kita nantikan....

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat !

Rakyat sedang memerhati dengan apa yang berlaku didalam negeri dibawah kerajaan pakatan rakyat seperti dikelantan,kedah juga diselangor.ketiga tiga negeri ini adalah model untuk menjadi modal didalam pru ke13 akan datang.

Tidak dinafikan kewibawaan seseorang individu itu menjadi aset kepada sesebuah parti namun adalah masih terlalu awal untuk kita menjadi dukun bagi meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan kerana kita hanyalah sebagai perancang maka ingatlah bahawa Allah swt itu lebih bijak perancangannya...fikir betul betul !

ayah said...

Tuan,

Komentar yang baik bagi menaikkan semangat PR. Tetapi saya mohon tuan jujur dan ikhlas pada diri tuan sendiri. Nampaknya komentar kali ini amat berat sebelah dan ini tidak meghairankan saya.

Saya juga perlu jujur dan ikhlas kepada diri saya dan tidak akan menghukum mana-mana pihak sebelum yang sebenarnya diluahkan untuk makluman umum

firdaus said...

Apa yang mereka tahu PR bila-bila masa saja akan mengambil alih kekuasaan. Lantaran itu kalau diceritakan mengenai masalah dan kelemahan PR mereka jadi histeria dan menuduh pengkritik dengan berbagi-bagai tuduhan. Mereka membalunya dan menuduh pengkritik sebagai musuh.

===================================

diharap kalangan2 yang ekstrim tu ubah sikap, dah janji dulu akan ada kebebasan bersuara kalau pakatan perintah nanti

radin fatihah husna said...

1)Memang ada yang ekstrim; baik dari PR dan juga dari BN. Apa yang nak dihairankan pula? Cuma, golongan moderate dalam PR tidak menonjol. Yang ni, yang membimbangkan. Berbeza dengan BN; bila dalam keadaan hari ini, golongan moderate yang menonjol, menenggelami golongan ekstrim BN.

2) Setakat hari ini, DSAI menjadi tonggak utama, dan satu2nya manusia yang menjadi faktor penyatu dan perungkai kepada permasalahan dalam PR. Cara beliau membawa emosi rakyat menyanjung beliau adalah satu taktikal yang hebat untuk seorang politikus ala Sukarno di Indonesia. Maka, di sini, perlunya PAS dan DAP menonjolkan imej yang matang, toleran dan terbuka. Yang ini, ahlinya tidak dapat fahami betul2. Mungkin juga, pimpinan mereka.

3) Walau hari ini PR kelihatan goyang, namun, prinsip keterbukaan masih lagi lebih baik daripada BN. Sekurang2nya, mereka sendiri mampu mendedahkan kelemahan mereka kepada umum; ini suatu perkara yang BN sendiri tidak mampu lakukan, dan mengaku, walaupun sudah jelas dengan buktinya.

4) NAmun, masih jauh perjalanan PR untuk jadi pemerintah di peringkat persekutuan! ORang muda masih yakin dengan perubahan yang hendak di bawa. Hanya di peringkat rakyat, masih belum dapat menukar persepsi bahawa janji politikus tidak semestinya boleh ditunaikan!