Tuesday, July 21, 2009

Celoteh Murai 50

Bila Wanita Kena Sebat

SELEPAS Subuh tadi Murai terbaca satu laporan dari Kuantan Pahang mengenai seorang wanita telah dijatuhi hukuman sebat dan denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas wanita itu mengaku bersalah minum arak di sebuah hotel di Pahang tahun lalu.

Walaupun perihal minum arak ini tabiat dan perkara biasa sesetengah orang termasuk yang beragama Islam, hatta yang siang malam berkawan dengan tok guru dan ulama, tetapi Murai tertarik dengan berita satu ini.

Pertamanya mengenai hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Tinggi Syariah berkenaan; sebat dan denda RM5,000. Denda tidak seberapa, tetapi sebat itu yang Murai rasa cukup berkesan dan berminat mengulasnya.

Wanita itu mengaku bersalah atas tuduhan itu mungkin dia tidak merasakan yang hukuman sebat itu dikenakan ke atasnya sewaktu beliau 'menogok' air kencing syaitan itu. Di sini Murai ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Mahkamh Syariah berkenaan kerana menjatuhi hukuman berkenaan demi memberi kesedaran kepada umum.

Murai tidak pasti apakah hukuman sedemikian pertama kali berlaku di Pahang? Hukuman itu dijatuhi mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987).

Kedua yang menjadi perhatian Murai ialah tentang alasan rayuan wanita berkenaan yang tidak mahu disebat. Katanya hukuman sebat itu boleh menjejaskan masa depannya. Murai merasa sedikit lucu mengenai bak ini betapa wanita itu masih mengingati tentang masa depannya.

Kenapa anih, kalau dia ingat mengenai masa depannya dia tidak akan minum air kencing syaitan itu. Bukankah amalan meminum arak itu membahayakan kesihatan dan dilarang Islam? Inilah Murai rasakan sedikit ganjil dengan perempuan ini. Sepatutnya kalau dia pentingkan masa depan (kesihatan) dia tidak meminum air haram itu da, sesudah minum beliau harus bersedia dihukum untuk menghapuskan dosa duniawinya.

Dan mengenai hukuman ke atas wanita itu apa yang Murai dapat rasakan, ianya akan menjadi kontroversi. Akan adalah selepas ini NGO-NGO tertentu akan mengomen dan bercakap mengenai hukuman berkenaan. Akan adalah badan-badan hak asasi yang membela wanita yang bekerja sebagai pemandu pelancung itu dan mengatakan hukuman itu sebagai zalim dan kejam, tidak wajar dan sebagainya.

Murai sedia menanti segala kemungkinan itu. Dan sama-sama kita tunggu badan atau NGO manakah yang pertama membuka mulut memprotes hukuman berkenaan. Murai rasa ini akan berlaku dan tidak boleh lari kerana rakyat negara ini sekarang ini begitu peka dan prihatin terhadap apa yang berlaku, sampai kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya mereka libatkan diri kerana bertentangan dengan agama pun sudah mula turut diikut kononnya atas dasar perikemanusiaan.

Nampaknya perikemanusiaan atau perkepolitikan ini mengatasi kepentingan-kepentingan lain termasuk agama dan kaum. Nampaknyalah...

Murai: Tidak pernah ubah nada siulan dari zaman datuk nenek hingga ke hari ini.

3 comments:

Anonymous said...

Tuan MSO,
Salam

Yang anihnya, mereka yang sebegini tidak hilang kelayakan untuk mengundi dalam sistem demokrasi.

Mereka masih dikira waras untuk membuat keputusan.

Salam
TokPakir

Ku ingat Taqwa said...

Salam. Lepas ni sister in islam akan menyalak dan melalak keliling negara 'membela' kaum wanita kononnya.

Anonymous said...

Pertama sekali syabas kpd mahkamah
kerana berani menghukum,dan kpd pesalah anggaplah pengajaran didunia,insafi diakhirat hukuman
lebeh teruk. mengenai pihak2 yg aka
n memprotes ,pergilah kelain2 negar
a utk hidup didunia ini sepuas2hati
tuan2danpuan2.sepatut nya malaysia
mengamalkan undang2 islam kalau tidak di jajah oleh british dan di
diwarisi oleh kuncu2 mereka.