Thursday, July 23, 2009

Mengurai Fajar

Mencari Keperluan Lain Disebalik Penubuhan Suruhanjaya Diraja

LALU kerajaan pun menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock. Najib Razak tidak ada pilihan lain selain daripada akur dengan desakan dan gesaan bertalu-talu untuk menubuhkan suruhanjaya itu. Ini kerana desakan bukan saja dari DAP dan sekutunya PKR dan Pas tetapi dari parti-parti komponen BN juga. MCA dan Gerakan turut sama membuat gesaan agar ditubuhkan suruhanjaya itu.

Komponen dalam BN itu tampak begitu menonjol sekali. Adapun MIC, PPP atau parti-parti Melayu, Dayak, Melanau, Dusun dan lain-lain di Sabah dan Sarawak tidak begitu ‘gegel’ mendesak suruhanjaya itu ditubuh. Tapi kita percaya mereka juga bersetuju atas tujuan mencari keadilan.

Meneliti dari kumpulan yang mendesak ini menjelaskan parti yang masyarakat Cina atau golongan Cina yang dominan. Mungkin kerana si mati itu ialah Teoh Beng Hock berbangsa Cina. Secara tidak langsung gesaan ini menggambarkan bahawa kaum Cina begitu mengambil berat terhadap sesuatu musibah atau nasib yang menimpa kaum mereka. Kesungguhan ini menjelaskan masyarakat Cina mempunyai semangat kekitaan yang tinggi. Seharusnya semangat itulah juga yang ada kepada bangsa lain termasuk Melayu.

Kerana gambaran ini jelas, maka dengan gesaan itu sehingga tertubuhnya suruhanjaya itu memperlihatkan kuasa atau suara kaum Cina di negara ini menjadi suara keramat dan sedia dipatuhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan. Walaupun keperluan menyiasat kes kematian misteri itu adalah keperluan bersama namun ada unsur-unsur berkenaan (kepentingan kaum) dalam hal ini. Dengan tertubuhnya suruhanjaya itu satu lagi keperluan peribadi masyarakat Cina dipenuhi.

Apakah keadaan ini berlaku sekiranya kaum lain menjadi mangsa atau tertimpa masalah begitu? Apakah orang Cina akan turtu bangkit serentak tanpa mengira ideologi politik membuat gesaan dan desakan? Mengapa ditmbulkan ini, kerana selalunya kalau kaum lain, apa lagi Dayak, Dusun, Kadazan nun jauh di Sabah dan Sarawak menghadapi masalah sama pembelaan dan sokongan kepada mereka nampak tidak begitu kuat. Dan kalau ada desakan dan tuntutan dari mereka hatta Melayu sendiri kerajaan lambat untuk bertindak dan lebih bersifat lembu kenyang.

Mungkin ada orang mengatakan pandangan ini rasis bila persoalan ini diungkitkan. Tetapi inilah hakikat yang berlaku. Contoh paling mudah dan ternampak depan mata kita bagaimana kerajaan begitu peduli kepada masyarakat Cina dan bersedia saja memenuhi apa saja permintaan mereka kandatipun ia agak ganjil dan tersasar dari kitab tatacara negara.

Misalnya kerajaan begitu berhati-hati untuk bertindak ke atas masyarakat Cina. Kalau ada mana-mana premis milik orang Cina di tepi-tepi jalan atas kawasan setinggan yang perlu diroboh atau dialihkan untuk apa saja tujuan kerajaan mengambil masa begitu lama dan ada kala akhirnya mengalah dengan tidak bertindak?

Jangan silap faham bila ditimbulkan, bermakna saya tidak setuju dengan penubuhan suruhanjaya diraja itu ataupun tidak simpati atas kematian Teoh. Setuju! Sesiapa juga teraniaya, dizalimi dan dilaku dengan tidak adil perlu diperjuangkan dan pelakunya wajar dikutuk sekeras-kerasnya. Tetapi apa yang hendak ditimbulkan di sini kerana ada layanan tidak sama dalam hal ini. Ada kelompok Melayu yang tidak diberikan layan adil atau diberikan perhatian khusus.

Suka saya memberi contoh dalam hal ini. Bagaimana nasib masyarakat Melayu yang meneroka beberapa kawasan setinggan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, yang telah mendiami tanah itu berpuluh-puluh tahun akhirnya diusir begitu saja. Hak mereka dirampas. Walaupun pampasan diberi tetapi tidak setara dengan nilai bumi yang mereka terokai dan duduki. Selalunya dalam perjuangan bangsa setinggan Melayu di Kuala Lumpur berakhir dengan kekalahan dan akhirnya mereka diungsikan ke tepi-tepi hutan dan hidup kembali merempak!

Dari sudut lain apabila kerajaan sedia menubuhkan suruhanjaya itu dengan mempunyai terma-terma khas dan istimewa menjelaskan bahawa kerajan ‘sayang’ dan peduli amat kepada golongan yang membangkitkan perkara itu. Saya berharap sangat kalau kerajaan ikhlas dalam penubuhan suruhanjaya diraja itu kerana inginkan kebenaran terdedah dan keadilan terlaksana bukannya kerana elemen dan bayangan-bayangan lain. Tetapi kalau di sebalik keikhlasan itu ada motif politik, atau tepatnya ia dilaksanakan atas rasa gerun kerajaan kepada tuntutan itu ianya sungguh malang sekali.

Tindakan itu menggambarkan kerajaan juga sedia memberi apa-apa saja dengan harapan mereka tidak hilang sokongan daripada pengundi Cina. Soalnya apakah selama ini kerajaan belum banyak memberi dan menyokong masyarakat Cina di negara ini menerusi parti-parti komponen BN, MCA dan Gerakan?

Rasanya sudah banyak. Penerimaan pelbagai kemudahan sesuai dengan apa yang dimaktubkan dalam perlembagaan, masyarakat Cina sudah mendapat apa yang sepatutnya. Suara-suara yang mengatakan mereka masih dilayan tidak sama adalah suara fitrah ketamakan manusia dan itulah perjuangan sebenarnya. Orang Cina akan berjuang dan terus berjuang sampai ke tahap kedudukan mereka sama taraf, duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan semua kaum negara ini.

Sekali lagi dikatakan, penubuhan suruhanjaya itu harus diterima semua pihak sebagai satu hadiah atas nama Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dari kerajaan kepada rakyat. Biarlah penubuhan itu bukan dari rasa takut dan gerun kerajaan kepada tuntutan DAP, MCA dan Gerakan atau PKR tetapi ianya satu pemenuhan ke atas kehendak rakyat Malaysia demi keadilan dan kebenaran.

Semoga suruhanjaya diraja itu menyelesaikan isu yang timbul dan semua pihak mendapat manfaat daripadanya dan impilikasi daripada penubuhan itu dijadikan iktibar. Jangan lagi ada suara-suara sumbang selepas suruhanjaya itu selesai melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. [wm.kl.6:27 am 23/07/09]

9 comments:

Tuan Khemah said...

Setuju benar dengan ulasan MSO.Jika kes ini melibatkan kaum Melayu,tidak akan ada mana mana pihak yang akan bangun untuk menjadi juara keadilan.Dan jika ada pun,akan ujud satu kelompok Melayu lain yang akan menentang usaha ini sebagai mengimbangi sebagai satu kumpulan penyokong.
Dalam masyarakat Cina ,satu kumpulan(dibaca penubuhan)yang yang ditubuh akan membantu dan bekerjasama antara satu sama lain,tetapi ianya berlainan dengan sifat kaum Melayu yang sering menjadikan satu petubuhan lain sebagai pesaing yang wajar di"matikan" atas sebab sebab yang hanya diketahui olih pemegang kuasa pertubuhan itu,tetapi ia tidak akan lari jauh daripada sebab sebab politik nasional vs politik ugama.
Umum juga mengetahui sifat dan perangai Melayu ini ditiru juga olih kaum India dan dalam setengah keadaan adalh lebih terok lagi pepecahan antara mereka.Dalam satu kelompok yang kecil,terlalu banyak yang ingin menjadi ketua.Contoh terbaik bolih dilihat akan usaha kumpulan Hindraf yang telah mengistiharkan untuk mengasingkan diri dari pertubuhan lain atas sebab tidak lain, ingin menjadi ketua secara mutlak dengan menjadikan mereka dipinggirkan olih sahabat dari kaum lain sebagai alasan.

Beebee said...

Salam,Kalau yg mati tu Amat Bin Komeng agaknya ditubuhkan tak suruhanjaya?Apa dah jadi dengan wanita Melayu yg diaibkan lantaran tertubuhnya suruhanjaya yg menyiasat wanita bogel dlm balai polis yg disangka cina tu?Agaknya kalu wanita tu benar2 cina,apa pula jadinya?

paloi bin mulau said...

saudara menulis...Suka saya memberi contoh dalam hal ini. Bagaimana nasib masyarakat Melayu yang meneroka beberapa kawasan setinggan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, yang telah mendiami tanah itu berpuluh-puluh tahun akhirnya diusir begitu saja. Hak mereka dirampas...

jawapan saya...sbb melayu ni kebanyakannya bengap dan mudah lupa. depa tak kesah amno buat apa pun kat depa. nanti masa nak ngundi amno bagi "hadiah" sikit depa undi amno.

jadi dlm hal ni bukan salah cina bukan salah kerajaan hehehehe yg salah adalah melayu yg bengap.

denaihati said...

bukan sekadar Kerajaan...PKR dan PAS juga menatang kaum Cina ini bagai minyak....entah lah apa nak jadi pada pemimpin Islam Melayu yang dah kehilangan Perasaan Perjuangan DEMI KUASA...yang satu nak mengekalkan dan yang satu nak mengejar kuasa...

lapuria said...

Tengok Memali sudahlah.
Pengundi Bandar walau tak undi BN Pembangunan tetap berjalan. Tapi di luar bandar jangan harap.

firdaus said...

hakikatnya kematian teoh beng hock tak lebih dari sekadar kematian orang biasa saja

malaysia memang negara yang pelik, perkara-perkara sebegini pun nak ditubuhkan suruhanjaya

menampakkan sangat polis kat malaysia ni begitu mengidamkan populariti sampaikan tunjuk aksi tutup mulut yang cukup meluat tu...

malaysia memang negara yang mudah menjadi bahan ketawa orang luar

apa yang diharapkan pada suruhanjaya tu sedangkan banyak kes-kes yang ditubuhkan suruhanjaya pun tak pernah ada maklumat lengkap

Mohd Shahrizal said...

Cukuplah dengan apa yang di panggil demokrasi karut ni... marilah kita sama2 berjuang menegakkan kembali sistem khalifah yang telah dipadamkan oleh zionis keparat

Salleh - Putrajaya said...

Setuju dengan ulasan tuan namun pasti ada kalangan yang akan mengatakan tuan sebagai racist, walhal inilah hakikatnya.

Saya ragu-ragu dengan parti yang didominasi oleh kaum cina ini kerana mereka seringkali menganggap kaum melayu yang menyuarakan pendapat mereka terhadap nasib kaum mereka dianggap racist.

Sebaliknya, apabila kaum cina sendiri yang memainkan isu racist seperti kandang babi di kedah baru-baru ini, tiada siapa yang berani mengecamnya sedangkan isu sebenar adalah isu kebersihan dan alam sekitar.

UMNO (Melayu) tidak mengecamnya kerana ingin mengambil kesempatan politik.

PAS (Melayu) tidak mengecamnya juga kerana kepentingan politik.

Dalam kes babi ini, kerajaan PAS (Melayu) pula dikecam kerana merobohkan kandang babi yang beroperasi secara haram.

Saya yakin kalau yang dirobohkan tersebut adalah kandang ayam milik kaum Melayu atau India, DAP kedah tidak akan ugut keluar Pakatan.

Malaysia setakat ini masih berjaya mengelak konflik antara kaum yang serius. Janganlah kerana kita saling merebut kuasa, perkara ini diabaikan kerana kesannya amatlah menggerunkan.

MAT said...

Salam!!!...salute kpd saudara, kerana berani dan telus dapat menulis artikel ini dgn baik sekali!!!..saya bersetuju penoh dgn apa yang saudara perkatakan!!memang keadaan sekarang telah terbalik!!! sepatutnye yg. majority jadi dominan...oleh kerana mabuk dan gila kuasa..nak bodek undi!!!..perpecahan terjadi...maka terjadilah sebaliknye...lebai malang sungguh!!!......teruskan usaha anda menulis dengan telus dan jujur,,,untuk menyedarkan bangsa kita yang sedang alpa!!!nyesal dulu pendapatan,nyesal kemudian tak berguna!!!