INSYAALLAH esok saya akan ke Medan, Sumatera Utara untuk menghadiri forum Intelektual Muda Internasioal peringkat pengajian tinggi kawasan serantau Nusantara akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Jun ini bertempat di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sumatera Utara, Medan.
Forum berkenaan adalah rancangan bersama antara Pusat Pengajian Tinggi Jarak Jauh (PPTJJ) Universiti Sains Malaysia (USM), Pusat Pengajian Tinggi dan Komunikasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Forum Komunikasi Intelektual Muda Indonesia Malaysia, Thailand kawasan serantau IMT-G (Forum) dengan kerjasama beberapa pusat pengajian tinggi lainnya termasuk Singapura dan Brunei Darussalam.
Seperti mana dicatat pada surat undangan, antara tujuan forum berkenaan ialah untuk menjalani hubungan silaturahim diantara pelajar Islam yang ada di kawasan Nusantara bagi meningkatkan kegiatan pembangunan dan pengembangan sumberdaya manusia di kawasan Nusantara melalui kegiatan pertukaran pelajar Islam antara pusat-pusat pengajian tinggi di kawasan Nusantara.
Rangka itu juga para pelajar Islam Nusantara dapat bertukar-tukar pendapat, pengetahuan dan penelitian bersama dalam usaha untuk membangun masyarakat.
Tema forum berkenaan, “Pembangunan Dan Kepimpinan Inteketual Muda: Dalam Warisan Keilmuan Nusantara”. Ianya akan disertai kira-kira 200 peserta terdiri daripada pemimpin pelajar, pensyarah dan kakitangan pusat-pusat pengajian tinggi kawasan Nusantara.
Sebanyak empat kertas kerja utama akan dibentang pada forum berkenaan di samping sekurang-kurangnya lima diskusi. Forum itu akan dirasmikan oleh Gerbenur Pemerintahan Medan. [d'kota kl 6:40 am 25/07/09]
1 comment:
Sudah terbayang bahawa forum dan diskusi ini akan dijalankan dalam bahasa Melayu-Indonesia,satu bahasa yang dipinggirkan dalam negara kita yang majoriti pemimpin utama berbangsa Melayu.
Tanpa mahu menyentuh topik diskusi kerana ia memang diluar pengtahuan selagi belum dikupas olih MSO,saya ingin ketengahkan soal bahasa rasmi forum-diskusi ini.
Dalam kekalutan tiada pengistirafan sebenar pada Bahasa Melayu olih negara sendiri,saya amat kagum tehadap negara lain serantau yang amat menghargai yang menjunjung tinggi martabat bahasa dan budaya ibunda mereka.Semalan di tv,dapat dilihat bagaimana bangganya rakyat Korea bertutur menjawap dalam bahasa mereka sewaktu memberi komen kedatangan pemain MU dalam siri lawatan bolasepak di Korea.Kita tahu bukan mereka tidak tahu berbahasa barat,tetapi semangat sayang pada negara mereka menyebabkan mereka melupakan keagungan bahasa luar.
Lantaran itu tidak heranlah perpaduan mereka dalam mempertahan negara terbukti dalam semua perkara.
Post a Comment