APAKAH kebenaran dan kejujuran juga sudah terhakis dalam Pas? Di manakah ajaran dan prinsip Islam yang menuntut seseorang itu berkata benar! Berkata benarlah meskipun pahit! Itu adalah ajaran Islam yang didokong dan diperjuangkan oleh Pas. Kalau orang-orang Pas juga tidak mempraktikan itu maka Pas juga sama dengan parti lain yang dituduh macam-macam oleh Pas.
Semalam apabila Pengarah Pilihan Raya Pas Manik Urai merangkap Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), Abdul Fatah Haron mengatakan dan menjelaskan ketiadaan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pada hari penamaan calon dan tidak menjejak kaki ke Manik Urai sehingga hari ini adalah kerana 'malu mata', adalah sungguh menyesalkan sekali.
Menurut Fatah ketiadaan Nasharudin itu kononnya atas kehendak Nasharuddin sendiri dan tidak ada siapa yang melarangnya untuk datang. Sebagai seorang pemimpin parti Islam dan besan kepada Mursyidul Am Pas, kenyataan dan penjelasan Fatah itu sungguh memalukan dan songsang.
Apakah untung dan labanya kalau Fath menceritakan hal dan sebab sebenar kenapa Nasharudin tidak muncul di Kuala Krai dan Manik Urai. Usahlah melindungi sesuatu yang bersifat ianya berbau kerana lama kelamaan ia akan dihidu juga oleh orang ramai suatu hari nanti.
Apa salahnya Fatah menceritakan hakikat sebenarnya bahawa ketiadaan Nasharudin itu adalah kerana adalah atas kehendak Pas sendiri. Tidak timbul soal 'malu mata' dalam soal ini. Sebagai seorang pejuang Islam tidak berlaku itu kepada Nasharuddin saya rasakan.
Dari maklumat yang sampai ke telinga saya, ketiadaan Nasharudin itu adalah atas kehendak Pas Kelantan sendiri. Dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas pada 25 Jun telah memutuskan untuk tidak membenarkan Nasharudin hadir pada hari penamaan calon atau diharamkan menjejak kaki di Manik Urai hingga selesai pilihan raya kecil itu.
Bukankah Fatah sendiri atas sifatnya sebagai Pengarah JPN Kelantan, sebagai ketua Pas Kawasan Rantau Panjang dan merangkap sebagai besan kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat turut sama berada dalam mesyuarat berkenaan. Mustahil kalau Fatah tidak faham dengan arahan dan order yang ditetapkan dalam mesyuarat berkenaan.
Fatah perlu menjelaskan kesilapan kenyataan itu. Kenyataan Fatah itu bersifat cuba memburuk atau menambahkan lagi keburukan kepada Nasharudin. Sebagai parti mengaku mengamalkan prinsip Islam cara itu tidak baik. Fatah kena ralat kenyataan itu dan menceritakan hakikat sebenarnya. Janganlah menimbulkan kekeliruan sesama sendiri.
Tidak salah kalau Fatah memberi tahu apa yang diputuskan. Nik Aziz juga tidak akan marah, malah saya rasa Tok Guru itu suka kerana mesyuarat itu dipengerusikan olehnya sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan. Ahali-ahli Pas yang membenci Nasharudin juga akan suka dengan tindakan dan keputusan Pas Kelantan itu. Jadi kenapa harus bermain politik disebalik arahan dan keputusan itu?
Janganlah Pas juga hendak terus berpolitik sesama sendiri. Ahli yang cetek pengetahuan dan hanya mengharap maklumat dari cakap-cakap di bawah akan keliru dengan tindak tanduk dan sikap Fatah itu. Lebih teruk lagi ahli akan menyalahkan Nasharudin. Cara Fatah jelaskan itu seakan hendak memburukkan Nasharuddin. Ya kalau benci kepada Nasharudin kenapa harus diperpanjangkan.
Apakah situasi demikian tidak boleh disamakan dengan satu fitnah mentah-mentah kepada Nasharuddin. Semua orang beriman dengan Muhammad s.a.w. tahu hukum fitnah!
Saya percaya kalau tidak ada larangan itu Nasharudin akan muncul di Kuala Krai dan turut bertungkus lumus di Manik Urai. Tetapi kerana ada larangan demikian, beliau tentu sekali mendiamkan diri dan memerhati pilihan raya itu dari juah atau menerusi blog kerana menghormati larangan berkenaan.
Jadi di sini soal Nasharuddin tidak muncul di Manik Urai kerana malu mata itu tidak timbul. Saya juga difahamkan keputusan melarang Nasharudin itu disampaikan sendiri kepadanya. Pas Kelantan telah menghantar tiga wakil bagi memaklumkan perkara itu kepada Nasharuddin. Kenapa sampai tiga wakil, berat sangat kes ini?
Kalau dihantar seorang wakil pun sudah memadai. Atau kalau memaklumkan keputusan itu dengan telefon pun cukup. Nasharudin bukan seorang yang keras pedal dan sukar untuk diajar. Dia tahu di mana bumi dipijak dan di mana langit dijunjung. Nampaknya apa yang Pas Kelantan lakukan terhadap Nasharudin langsung tidak menghormati Nasharudin sebagai Timbalan Presiden Pas.
Pas Kelantan janganlah 'manggak' sangat. Jangan kita bermegah dengan kekuatan kita. Kalau Allah s.w.t. nak balikkan sesuatu itu cukup dia hanya mengatakan 'kun fayakun' saja, maka jadilah. Saya bimbang dengan pergolakan dan politiking di dalam Pas kini akhirnya menyebabkan Pas Kelantan dihadiahkan musibah tidak terhingga oleh Allah s.w.t. Dan kalau Pas sudah tidak suka kepada Nasharudin nyatakan kepadanya dan biarlah keputusan itu istiqamah. [jln pahang 10:45 am 08/07/09]

11 comments:
Ambo boleh baca niat demo.
Mereka buat kerja mereka, demo buat kerja demo.
Ambo oghe Bachok, ambo kenal tok wokil ambo.
Salam, Tuan MSO
Saya nak beri komen secara umum dalam kes 'manggak' ni.
Itulah bahana mengambil Islam sebagai ideologi dan bukannya Islam sebagai Carahidup Rahmatan lil-'Alamiin. Semua orang boleh mendakwa Rahmatan tetapi yang banyak berlaku adalah laknatan kerana pengaruh emosi dan sensasi yang tak terkawal.
Bawa banyak bersabar,
TokPakir
alhamdulillah, nanti siapa akan tahu siapa yang malu mata.... bagi yang tiada mata hati! macam politik umno juga, tak dapat tanduk, telinga dipulas! tak dapat nak gomo presiden, timbalan pun kena jadilah!!!! tentu abu iman ada hujah syarak! kata syukur harun, ideolog!!
orang terengganu kata tukang wat lolok!
kalau benar apa yang diucapkan Fatah, ini bermakna Pas Kelantan terutamanya Fatah tidak pandai menggunakan pendekatan psikologi dan tidak dapat menerima perbezaan pandangan. selamat berjaya di MU!
huhuhu besan sorang ni lah yang selalu buat kacau dalam pas negeri dan kawasan. masalahnya tok besan kpd besan ni buat dek je, ramai ahli-ahli pas tertipu ngan mainan politik besan ni.
Tuan, PAS adalah parti politik dan tidak akan bebas daripada isu-isu politik sama ada politik dalaman atau pun luaran.
Ustaz Nasha dihina dalam partinya sendiri. penghinaan terhadap dirinya itu telah melebihi yang sepatutnya.
seorang timbalan presiden...tidak dipandang oleh orang pAs sendiri. jadi apa gunanya beliau dilantik sebagai timbalan presiden jika jawatan yang ada itu adalah untuk dihina?
lebih baik menjadi pengasuh tok guru nik aziz kerana akan diangkat dan dijulang semahu-mahunya oleh orang pas.
beliau diupamakan seperti jatuh ditimpa tangga.
jika beliau sebagai orang kanan presiden boleh diperlakukan sedemikian oleh orang PAS, apa pula dengan orang2 lain yang berstatus ahli bawahaan?
maruah beliau dan hati beliau telah dirobek..kekecewaan yang tinggi berlaku dalam dirinya. karier politik beliau sudah tidak menentu.
walau pun tidak menghormati beliau, tok guru sepatutnya memanggil dan menasihati beliau secara senyap-senyap dan tidak melabelkan beliau pembawa sampah kepada pas.
sudah sampai masanya beliau berundur seketika dan berasa dari arena politik terutamanya daripada parti PAS.
semoga beliau dirahmati.
salam. teruk sangat ke ust. Nasha sampai diharamkan berpijak dibumi kelantan. kalau sikap begini terus diamalkan oleh PAS kelantan dan PAS keseluruhannyam, maka tunggulah akan saat kehancuran. Islam tetap akan berada diatas dan selama-lamanya akan diatas, cuma orang-orang yang tidak suka kepada islam sahaja yang akan di bolak-balikkan hati mereka untuk curiga kepada islam. Dalam kes ini, samada ust. ust Nasha yang akan tewas atau orang-orang yg tidak suka kepadanya yang akan tewas. wallahuaklam.
ya Allah, kata dah berbaik. Apa masih ada lagi sisa di dalam hati. Apakah ikhlas, peluk dan cium tempohari. Apakah adegan yang disaksikan mata, strategi politik semata-mata.
Wahai, ikhlasnya mana. Wahai, lihatlah semua, siapa yang emosi, siapa yang melenting, siapa yang pula yang berpolitik.Wahai, jangan hipokrit sesiapa, jangan manggak (setuju dengan MSO) sesiapa.
Bisingnya, tak membina, meruntuh lagi ada. Lebih baik, diam!
Ini yang dikatakan mereka ada yang adalam dalam Pas tiada adab ikhtilaf. Apa yang menjadi khilaf sepatutnya tidak sampai ke peringkat menghina apatah lagi melukakan hati.
Rukun bai'ah dalam tarbiyah hilang entah ke mana. Ingat lagi ke tidak tak pastilah.
Mereka tidak sedar, ijtihad siyasi ini bersifat murunah (fleksibel). Apa yang tetap ialah dasar. Namun ianya seperti dibuat faham tidak faham sahaja oleh sesetengah ahli dan pimpinan.
Sejak Ustaz Nasha dimaki hamun oleh pimpinan dan beberapa ahli. Saya sentiasa memikirkan dia. Adakah tindakan beliau selama ini melanggar dasar hinggakan boleh meleburkan PAS?
Saya tak pastilah PAS Kelantan melihat Ust Nasha bagaimana. Cuma saya boleh katakan dia seorang yang kuat sifat dengar dan taat. Bukan dari sifat yang suka buat kepala sendiri macam pimpinan lain.
Pimpinan lain tidak sedar yang sebenarnya perlu wala kepada Ustaz Nasha. Jika Presiden tiada maka dialah yang memangku.
Inilah pra syarat kemenangan Islam. Tapi sebahagiannya tak sedar. Malah dibakul sampahkan rukun bai'ah dan usul 20 yang menjadi rujukan asas dalam PAS.
salam
ambo setuju sgt dgn mso
tlglah org2 pas terutamanya pas kelantan
KURANGKAN POLITIKING
SAYA RINDU UNTUK MENDENGAR ORG MENYEBUT PAS SEBAGAI GERAKAN ISLAM berbanding kerapnya org menyebut pas sebagai parti politik sekarang!!!! terlalu jauh bezanya parti politik dgn gerakan islam walaupun kita tidak menolak politik sebagai satu cabang dakwah!!
sy harap saudara mso, tlg cetuskan ideah a ini. saya dah penat baca dan dengar kenyataan berbau politik (mcm umno). jangan sesekali mengulangi kesilapan umno yang menganggap rakyat ini mudah digulagulakan dgn kenyataan2 politik murahan.
ayoyo..
rencana ni "ibarat mengejutkan fitnah dari tidur" boleh memecah belahkan jemmah ni. MSO perlu kemukakan bukti bukan cakap dari sumber tepi longkang je.. harap jawatankuasa displin perlu displinkan MSO ni...
Post a Comment