Thursday, July 23, 2009

Ulama Ikut Obama?

Isu Bakar Lilin Dan Memberi Sembah Hormat!


SAYA bersetuju sangat dengan pandangan sdr Ramli Abdul Halim, (Meli Kapak Jangak) yang mengatakan Pas bercanggah pendapat mengenai kelakuan bekas MB Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin yang hadir ke upacara mengingati kematian Teoh Beng
Hock dan turut menyalakan lilin dimanakah perbuatan itu dikatakan perbuatan yang perlu dijauhi.

Meli juga turut mempersoalkan dalam percanggahan ini, siapa lebih aula untuk dipatuhi kerana kesemua yang bercakap adalah pemimpin Pas. Biasanya pemimpin Pas adalah mukmin terpilih dan terbaik.

Bila bercanggah walaupun ianya dari segi khilas, namun boleh mengelirukan ahli-ahli bawahan yang tumpul akal. Ahli yang tumpul akal juga akan lebih mempercayai kata-kata yang keluar dari lidah idola mereka daripada kata-kata yang keluar dari lidah mereka yang fasih dan alim lainnya.

Inilah dunia politik. Saya sudah katakan, siapa memiliki kuasa, ada wang dan sanggup pula memberi wang atas nama kebajikan akan disayangi dan dipercayai. Kata-kata mereka akan diakui benar dan tepat.

Mereka juga dianggap bijak dan kesalahannya dilihat betul. Apa lagi kalau kelompok pengikut pemimpin berkenaan hidup dengan meminta-minta dan tidak yakin dengan janji Allah yang senantiasa mencukupi apa yang hambaNya tidak genap!

Kelompok ini akan bertegang leher memperdebat dan mempertahankan pandangan atau hukum dikeluarkan pemimpin mereka itu sebagai betul, sementara mengenepi dan mencerca yang lain sebagai kolot, ekstrem, fanatik, jumud, jahat dan sebagainya.

Bekas Naib Presiden Pas, Ustaz Husam bin Musa, telah mempertahankan tindakan Nizar Jamaluddin itu sebagai tidak menyalahi Islam. Katanya kehadiran Nizar ke upacara itu sebagai membantah atas apa yang berlaku, iaitu kematian misteri Teoh Beng Hock, pemuda Cina.

Seperti mana kata Meli mungkin Ustaz Husam berpandangan begitu kerana berpegang kepada sebuah hadith yang menyatakan Rasulullah s.a.w. berdiri sebagai menghormati ketika mayat Yahudi diusung. Rasulullah berbuat begitu kerana menghormati si Yahudi itu sebagai mahhluk Allah.

Saya bersetuju dengan pandangan dan pegangan Ustaz Husam kalau setakat itu. Tetapi soalnya apa yang dilakukan Nizar ialah menyalakan lilin dan mungkin mengangkat-angkat lilin seperti mana dilakukan pemimpin DAP lain. Tentunya kehadirian Nizar Jamaluddin itu tidak seperti mana respon Rasulullah yang hanya berdiri saja.

Betul soal aqidah dan keyakinan itu tertakhluk dalam hati sanubari seseorang. Ia bergantung kepada niat dan iktikad seseorang itu. Tetapi bagaimana pula pada pandangan zahir? Bolehlah kita telanjang di tengah khalayak ramai dengan memasang niat kita berada dalam bilik tersembunyi? Atau bolehlah kita mensedekah harta pencurian? Di sinilah gunanya Allah memberi akal kepada manusia agar bijaksana, menimbang yang haq dengan yang batil.


Adapun percanggahan pendapat dikalangan pemimpin Pas ini menurut Meli Kapak Janggak ialah apabila, Ketua Dewan Ulama, Harun Taib seakan tidak bersetuju dengan perbuatan Nizar Jamluddin itu. Harun berpegang kepada peraturan dan tatasusila didalam Islam yang melarang penganutnya melakukan perbuatan yang meragukan. Bagi Harun perbuatan Nizar itu tergolong dalam aksi-kasi meragukan dan ia perlu dijauhi.

Pas sendiri, jelas Harun Taib dalam kenyataanya kepada akhbar, ada menggariskan antara perbuatan-perbuatan yang meragu dan perlu dijauhi oleh ahli Pas. Seperti mana tanya Harun Taib, apakah Nizar tidak mengetahui akan garis panduan itu? Secara logiknya kalau Nizar sudah melanggar garis panduan parti maka tindakan perlu dibuat ke atasnya, sekurang-kurangnya teguran. Manakala kalau Nizar tidak tahu mungkin beliau boleh dimaafi.

Jika dibiarkan sedangkan ia ternyata salah ia dibimbangi akan menjadi ikutan. Lama kelamaan bila ramai pengikut mengikuti perbuatan yang dilarang itu menyebabkan ia akan diterima sebagai betul. Dalam politik selalunya majoriti dilihat sebagai benar dan menang. Jika ini berlaku ia boleh menjejaskan kesucian Pas sebagai parti berlandaskan Islam.

Di kala ini maka jadilah ahli Pas seperti ahli lain-lain parti. Kini sudah ada elemen dari segelintir ahli yang sangup memaki hamun, mencaci dan bertindak melanggari tatasusila serta adat-adat dalam agama.

Makanya Pas perlu membuat penjelasan mengenai percanggahan ini atau isu bakar lilin ini. Dan orang yang paling aulia dan layak ialah Mursydul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat memandangkan keramat hidupnya ada kepada beliau. Beliaulah patut membuka mulut membuat pandangan atau teguran atau menjelaskan perkara ini sebelum ia menjadi polemik meluas. Orang lain tidak boleh menjatuhkan apa-apa hukum kerana akan dianggap sebagai politik dan berkepentingan!

Sayangnya semalam bila ditanya oleh media Tok Guruku itu enggan memberikan fatwa, (maksudnya pandangan) berhubung perbuatan Nizar Jamaluddin itu. Alasan yang diberikan Nik Aziz kerana penjelasan itu diminta oleh Zambry Abdul Kadir, MB Perak.

Apa kena mengena permintaan Zambry dalam hal ini sehingga Tok Guruku tidak bersedia untuk mengulas dan mengupasnya? Kalaupun Zambry tidak meminta fatwa atau penjelasan berhubung perkara itu, sebagai Imam Besar Pas, Nik Aziz perlu mengambil tanggungjawab menjelaskannya bagi menyelesaikan kekeliruan yang timbul.

Sikap Nik Aziz itu menyebabkan wujud beberapa tafsiran lain. Apkah Nik Aziz mengelak untuk memberi fatwa mengenai perbuatan itu kerana penasihatnya sudah memberi penjelasan mengenai hal itu terlebih dulu yang mengatakan perbuatan Nizar itu tidak meyalahi agama. Begitukah?

Atau mungkin disebabkan pandangan Nik Aziz berbeza dengan pandangan penasihatnya itu menyebabkan beliau kena mendiamkan diri atau mencari alasan dari memperkatakannya kerana menghormati pandangan penasihatnya itu atau untuk tidak dikatakan beliau bercanggah dengan wazirnya?

Apakah tidak difikir oleh Tok Guruku bahawa langkah awal penasihat itu membuat penjelasan walaupun autoriti boleh dipertikaikan, sebagai hendak memerangkapnya? Selalunya penasihat akan memberi klu sebelum Nik Aziz mengeluarkan apa-apa kenyataan. Dalam bahasa lain menyediakan deraf untuk dibaca oleh Tok Guru.

Tidakkah tidak terfikir oleh Tok Guruku mungkin tindakan penasihat itu mempertahankan perbuatan Nizar itu sebagai tektiknya untuk melindungi dirinya juga. Sebelum ini penasihat ini turut sama membuat simbol hormat seperti dilakukan oleh pengikut Buddha kepada sami atau tokong mereka dengan meletakkan tangan didada, seakan menyembah. Jadi apabila Nizar juga telah melalukan perbuatan yang meragukan itu maka beliau kena sokong kerana aksi Nizar itu sekaligus membantunya.

Bagaimana pun saya yakin lambat laun Nik Aziz akan mengeluarkan fatwanya mengenai perkara ini. Dan saya juga yakin dia akan mencari simpang atau lubang bagaimana untuk menyelamatkan air muka penasihtanya itu, Nizar dan sekalian orang yang telah melakukan perbuatan yang boleh diragui seperti mana kata Harun Taib itu. Jika inilah yang akan berlaku lagi boleh dianggap bahawa ulama bersedia menuruti fatwa 'Obama'. [wm.kl. 2:30 pm 23/07/09]

12 comments:

subulus salam said...

Usah melakukan suatu perkara atau perbuatan apa pun yg tidak menyenangkan hati dan fikiran. Sebaliknya, kerjakanlah sesuatu yg mententeramkan hati iaitu YAKIN , kerana itu LEBIH SEJAHTERA SERTA LEBIH TERPELIHARA.
Yang halal itu jelas dan yg haram itu jelas. dan di antara keduanya ada perkara yg samar ( syubhah ). Soalnya nak ikut ke tak mau ikut? Imanlah sandarannya...

Haikal Sulaiman said...

Ibn Hajar al-Asqalani berkata:

"Rasulullah saw. sering meniru-niru ahli kitab untuk menarik simpati mereka dan apa yang dilakukannya itu berlawanan dengan perbuatan orang musyrik. Tatkala orang-orang musyrik banyak yang masuk Islam (di Madinah), sementara ahli kitab (banyak yang) tetap mempertahankan kekufurannya, maka Rasulullah saw. segera meninggalkan perbuatannya yang meniru-niru ahli kitab." (Fath al-Bâri, jld. X/361-362).

Pemikir Ore Kelate said...

Salam
Sedih juga bila wujud double standard dalam mengeluarkan hukum2 yg tidak menguntungkan. Dahulu keluar fatwa UMNO kafir sebb anggap politik suku agama suku, laju ajer diulas oleh alim ulama PAS, sbb benda itu menguntungkan mereka. Bila timbul satu2 isu yg kena pd batang hidung mereka, semua berdalih. Bayangkan bila mereka memerintah Malaysia, akan pasti keluar fatwa2 mcm bagi mengelirukan rakyat.
nizam

Tuan Khemah said...

Kerapkali sebelum solat Isya disurau atau selepas subuh digerai kopi,jika tiada kuliah "kami"akan berbual dan topik utama tentulah politik tanah air. (Kumpulan"kami"adalah ahli atau pun sekurang kurang pennyokong tegar PAS).
Polimik selalunya berkisar itu tak kena ini tak kena jika yang tak kena itu melibat mereka yang bukan terdiri daripada kalangan PAS.Karaoke kenduri haram,konsert 60an juga haram malah menyanyi juga haram.Tapi yang menghukum haram inilah juga berjaya mengulas dengan baik dimana dan bagaimana alunan 60an dilagukan,memperinci rentak karaoke malah menyimpan dalam telefon bimbit lagu lagu yang dihukum haram tadi.
Dan jika "kami" ini dambil kira sebagai seorang yang akan membantah perbuatan pemimpin seperti Nizar,bantahan itu hanya bantahan sekejab sahaja.Ia akan hilang ditelan jika ada isue "keburokan"terbaharu olih UBN.

EQUILIBRIUM said...

memang fatwa yg dikeluarkan oleh ulama dar pas mcm berbu politik. itu pandangan masing2. masalahnya fatwa yg dibuat oleh mufti/majlis fatwa pun org tak mau ikut.

mungkin lepas ni mufti boleh keluarkan fatwa sambut harijadi dgn bakar lilin/tiup lilin.

kalau pada saya sendiri memang tak setuju dgn cara nizar. mungkin inilah salah satu sbb kenapa mufti perak pernah berfatwa melarang menghadiri majlis perayaan agama/kaum lain seperti xmas, gong xifacai dan deepavali.

affandi said...

kadang2 mcm tulah semata2 nk tunjukan kita nie ada semangat pakatan maka sesetengah perkara itu di halalkn.susah juga aku nak komen sb yang buat tu bukan nya tak tahu agama tp semua pangkat ustaz...mcm aku nie bukan nya alim...so tnya je tok guru atau tuan mufti....??pelik!!!

risz said...

Salam..bagi saya pe yang berlaku skrg nie adlh propaganda umno/bn tuk melaga2kan penyokong pas..dan hasilnya telah berjaya..

bg kes ini sy berpendapat,bia la majlis fatwa yang memberi fatwa samada haram@halal..ia adlh yg terbaek.kte tnggu pe kata mjlis fatwa..

ini tidak sudah menghukum seseorg wpn blm tntu salah@tidak..mgkn tok guru xnak bg fatwanya selagi die tak bjmpa ngn nizar sndiri mndgr pnjelasan..mgkn kali ini tok guru berhati2 dlm memberi kenyataan agar tidak ada yang tersinggung nanti.mgkn tok guru telah sedar akan kesilapannya yg lalu..

sy jg brstuju ngn pndpat saudara bilamana ust harun taib mengatakan bahawa perbuatan yang meragukan perlu dijauhi.so kl nizar bslh dlm hal ini,hukum la die seadanya..sy rs nizar akan menerima dngn hati t'buka.

sy rasa langkah terbaik dlm hal ini biarlah majlis fatwa m'buat kptsn krna pelbagai pndpat tlh kuar.timb mufti kedah ckp x slh,ust harun taib ckp meragukan dan lps nie ape lg..arap mjlis fatwa buat fatwa secpt mgkn..

dan sy b'hrp mjlis fatwa bt fatwa mngenai penutupan aurat,penyembahan d tugu negara krna msyarakat kita msh rmai yg tidak faham..

assalamualaikum..

Ryzals said...

Assaalamualaikum MSO dan semua,
Sediah saya bile keadaan seperti ini berlaku. Saya terfikir bahawa apakah ini ujian Allah s.w.t terhadap PAS yang selama ini terdiri daripada alim ulama tersohor yang "masin" mulutnya?.

Satu persatu dugaan mendatang menguji kredibaliti dan integriti parti dan pemimpin serta pengikut. Makin lama makin tertonjol lurah sebenar, kata org Kelate making tu'ging punggong.
Hairannya ini tidak berlaku dahulu. Dahulu, secara konsisten PAS berhujah, bercakap dan berfatwa sehingga gerunannya menjangkaui wilayah. Tetapi kenapa sekarang...??? Apakah PAS telah terkena apa yang Nabi sabdakan yang maksudnya...jika berkawan dengan orang yang memakai haruman maka wangilah kita dan jika berkawan dengan tukang besi maka berbau busuklah kita.

Sdr MSO, saya mengharapkan agar ulasan sdr dibaca dan diteliti secara objektif dan berlapang dada oleh parti. Saya sedih dengan parti sekarang, saya sukakan keadaan dulu....biarlah rumah kita buruk berdindingkan buluh beratapkan rumbia asalkan kita bahagia ketawa dan bergurau daripada berumahkan marmar dan berhawa dingin tetapi...makin PANAS DAN LEMAS.
Ikhlas.

RuslyIsLam said...

slm Tuan MSO ...saya terpanggil untuk memberikan pendapat soal ini. Pertama pada saya perkara yang perlu clear, ialah YB Nizar tidak lagi terkeluar daripada Islam InsyaAllah. Sebab seperti kata Tuan MSO soal aqidah dan keyakinan itu tertakhluk dalam hati sanubari seseorang. Ia bergantung kepada niat dan iktikad seseorang itu.

Oleh itu kita tidak boleh menghukum Nizar itu terpesong..

Cuma saya lebih suka mengambil contoh yang ditunjukkan oleh Saidina Umar r.a selepas menawan Kota BaitulMaqdis. Ketika masuk waktu Zohor, beliau tidak bersolat di dalam gereja sekalipun dipelawa oleh paderi dan tidak menyalahi hukum pun sekiranya Umar dan bala tenteranya bersolat di dalam gereja.
Tetapi oleh kerana risau ia akan menjadi ikutan umat Islam maka Saidina Umar tidak bersolat di dalam gereja tersebut.

Beralih kepada isu Nizar, pada pandangan saya sepatutnya beliau sebagai salah seorang pemimpin tidak menonjolkan diri dalam situasi tersebut.

Pertama ia akan membuka lagi ruang musuh untuk menyerang PAS, kerana PAS perlu memelihara pandangan dan identiti mereka sebagai ahli PAS. Isu ini akan terus di jadikan terget oleh UMNO walaupun mereka telah membuat perkara yang lebih teruk lagi sebenarnya.

Kedua, ini memungkinkan lagi percanggahan di dalam parti, oleh yang demikian perkara-perkara ini perlu dielakkan supaya ia tidak menjadi masalah dalaman kelak. Seelok-eloknya Dewan Ulamak mengeluarkan panduan dan dibentangkan di dalam mesyuarat bagi menjaga perpaduan di dalam parti. Ahli dan pimpinan perlu dididik supaya bergerak dan bersuara mengikut ketetapan parti.

Ketiga, semakin kita merapati budaya dan agama bangsa-bangsa lain, seharusnya semakin kita menjaga perkara-perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan percanggahan. Bukan bermaksud kita menolak dakwah, tetapi nilai Islam pada diri perlu di jaga, apatah lagi sebagai pemimpin gerakan Islam.

Sebaik-baiknya perkara ini dibincangkan dan dibintangkan oleh Dewan Ulamak kepada jawatankuasa pusat.

::BeDuK:: said...

Salam Tn. MSO.Sebelum ini saya sekadar mengikuti perkembangan blog tn.Tahniah dan syabas kerana ketelusan dalam perjuangan.

Dunia semakin menghampiri usia penghujungnya.Justeru, ramai yang terkeliru dan jadi keliru. PAS kini semakin tersasar daripada asas perjuangannya.

Media baru dijadikan peperangan yg hebat dan medan menebarkan fitnah serta memburukkan orang lain demi kepentingan politik semata. Contohnya apabila berlainan nada dan irama maka akan ada yang menjadi mangsa. Membaca blog-blog pro-PR saya melihat mereka ini seolah-olah buta hatinya dan menulis sesuka hati tanpa memikirkan kesan ke atas apa yg ditulis. Fitnah dan perpecahan belaku kerana media baru digunakan tanpa batasan demi kepentingan politik semata. Lihatlah contoh di sini yang mn nama tn juga turut dibabitkan.

http://perisik-rakyat.com/2009/07/gas-kelantan-ahli-parlimen-kelantan.html

Jikalau perkara ini berterusan maka tunggulah kehancuran yg bakal menimpa tanahair tercinta ini. Nauzubillah!

Masterzizoul said...

من تشبه بقوم فهو منهم
khurafat tetap khurafat
yang disana x pala
x mengaji
yang kat sini pulak jadi macam tu
ulama siasah jangan bercakap ikut kepentingan. Ada yang dikatakan bid'ah ada yang dikatakan khurafat melanggar konsep tauhid uluhiah. hairan bin ajaib golongan ini.

R'zley theshoots said...

isu lilin ni kalau tk di selesai dgn berhemahakan lebih mengelirukan,apa sudah jadi dengan yang macam 'MENYEMBAH' ni pulak.......makin keliru,nasib tk menang tim.pres kalau tak makin haru lagi........kalau ust.Nasa yg buat aku rasa 'GEMPITA SATU MELAYA'