SATU masa dulu sekitar tahun 90-an seorang ahli parlimen bergelar ustaz meminta saya memohon maaf kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebabnya, kata bekas wakil rakyat itu kerana saya derhaka kepada Tok Guru. Saya dikatakan derhaka kerana mengkritik dan menegur sikap Tok Guru itu menerusi buku berjudul “Kesan dan Akibat – Pindaan Perlembagaan Kelantan.”
Apa yang saya kritik dalam buku itu ialah mengenai sikap Tok Guru itu yang bercakap berubah-rubah dan tidak konssten, meraban. Saya mengistilahkan sikap itu sebagai berdolak dalih.
Permintaan bekas ahli Parlimen itu dibuat menerusi seorang bekas kawan saya, (bukan orang itu tetapi orang lain).
Saya menjawab kepada orang yang menyampaikan permintaan bekas wakil rakyat berkenaan; Kenapa saya harus memohon maaf, dan bila saya derhaka kepada tok guru? Apakah kritikan kepada orang politik dianggap derhaka? Apakah konotasi derhaka sebenarnya?
Selepas itu saya bersemuka dengan bekas wakil rakyat berkenaan di parlimen. Saya bertanya beliau apakah istilah yang boleh saya pakai terhadap seseorang yang bercakap tidak betul dan merubah-rubah isi kata-katanya? Saya tidak mahu menanyai hukumnya, tetapi bertanya apakah sifat orang berkenaan.
Hari ini cakap begini esok cakap lain pula dan lusa menarik balik apa yang dicakapkan. Kata saya kepada bekas wakil rakyat itu kalau dalam bahasa Inggeris orang yang bercakap tidak tetap dan berubah-rubah dipanggil over laping. Atau dalam bahasa Kelantan dikatakan ‘belawak” (bohong). Manakala dalam bahasa Arabnya disebut munafik.
Orang munafik kalau menurut ustaz-ustaz otodoks di kampung-kampung bila mati nanti lidahnya akan dipotong ataupun disula dengan api neraka.
Saya bertanya kepada bekas wkail rakyat, bila Tok Guru Nik Aziz cakap begitu apakah istilah yang tepat untuk dipakai? Perkataan apakah yang tepat untuk dikiaskan? Dia tidak menjawab dan hanya diam saja seolah cuba menafikan yang dia ada mengatakan sesuatu kepada saya.
Dan saya merasakan tuduhan beliau ke atas saya derhaka kepada Tok Guru itu tidak betul.
Dan saya merasakan tuduhan beliau ke atas saya derhaka kepada Tok Guru itu tidak betul.
Tidak menurut sifat-sifat derhaka yang sebenarnya. Ia dibuat kerana rasa taksub dan teruja bekas wakil rakyat itu kepada Tok Guru berkenaan. Menegur sesuatu kesalahan seseorang bukan derhaka tetapi tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan bijaksana.
Moral kisah yang saya cuplikkan itu bagi menunjukkan bahawa perangai Nik Aziz bercakap tidak betul dan berputar-putar itu bukan baru berlaku. Ianya sudah lama diamalkan sebelum ini. Kalau orang mengatakan dia nyanyuk dengan cakap yang tidak istiqamah itu adalah tidak betul. Dia bukan nyanyuk tetapi itu mungkin tektik politiknya. Mungkin strateginya untuk jadi popular.
Mungkin Nik Aziz menerima pakai berbohong itu adalah sebagai strategi politik yang ampuh. Mungkin dia tahu hukumnya mengenai itu. Mungkin juga dia menerima pakai istilah bohong sunat yang diamalkan oleh para pengawal poligami! Ataupun berbohong itu adalah keistimewaan yang Pas berikan kepada orang yang memegang jawatan Mursyidul Am.
Sebab seseorang yang memegang jawatan Mursyidul Am tentulah mereka yang bertaraf ulama, suci, terhindar dari dosa besar dan dosa kecil. Mempunyai moral yang baik, akhlak yang baik dan saksyiah yang tinggi dan luhur. Makanya mereka yang memiliki kecemerlangan itu tidak mungkin mudah untuk ‘berjibah’ dengan dosa-dosa kecil dan dosa besar.
Justeru apabila Nik Aziz berdolak dalih atau berbohong dalam kes membabitkan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ia tidak menghairankan kerana itulah stail Tok Guru itu. Jika diperhatikan apa yang berlaku ke atas Nasharudin jelas Timbalan Presiden Pas itu menjadi mangsa stail politik Nik Aziz yang dibatasi susila Melayu dan Islam!
Hari ini beliau telah menjadikan Nasharudin sebagai bola politiknya. Dia boleh tendang ke mana saja dia suka. Sekejap dia suruh Nasharudin letak jawatan, keluar Pas dan menyertai Umno. Pada masa lain pula dia menafikan apa yang dihemburkan itu dan meminta maaf. Nik Aziz melihat semua itu hanya sebagai satu tektik saja tanpa merasai perasaan orang lain.
Serangan atau tendangan kepada Nasharudin tidak habis-habis. Terbaru dia meminta Nasharudin berkempen di Manik Urai pula. Sebelum ini dia yang melarang Nasharudin daripada hadir ke Manik Urai. Macam-macam alasan digunakan bagi menghalkan tindakan itu, kononnya untuk mengelakkan Nasharudin dari diboo.
Anihnya perbuatan Nik Aziz itu tidak dicela oleh orang Pas. Kedudunaya sebagai Menteri Besar Kelantan, sebagai Mursyidul Am dan panggil Tok Guru seolah-olah menghalalkan untuk dia melakukan itu semua. Orang Pas jadi 'malu mata' untuk menegur kesalahan Nik Aziz dan rela membiarkan dia larut dalam kesalahan yang dilakukan.
Apa yang dilakukan ke atas Nasharudin sebenarnya sesuatu yang teruk dan melampau. Ia tidak sepatutnya dilakukan oleh orang berjawatan Mursyidul Am. Kalau perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang terdesak dan gilakan kedudukan, ada kulihanya. Tetapi bila Nik Aziz sendiri turut sama bersikap sebagai orang pendendam ia memberi gambaran nilai saksyiah yang murni sudah tidak ada dalam Pas.
Kalaulah orang seperti Nik Aziz boleh bercakap bohong, bermain politik sesama sendiri, apalah lagi pemimpin lain yang cetek dan kewarakannya boleh dipertikaikan serta menerima bulat-bulat politik sekular, apalah hendak diharapkan kepada mereka untuk membawa kebenaran dan kemurnian dalam Pas.
Cara Nik Aziz layan Nasharudin seolah-olah Nashardin seorang ahli biasa Pas dan langsung tidak menghormati kepada kedudukan Nasharudin sebagai timbalan presiden yang dipilih oleh muktamar. Satu masa dia berpegang kepada keputusan muktamar, misalnya mengenai konsensus sokongan kepada Pakatan Rakyat yang dibuat dalam muktamar di Ipoh tetapi dalam masa lain dia sendiri memungkiri keputusan muktamar. Ada sikap double standard di sini.
Justeru itu kalau sekiranya Nasharudin terus merasa ‘malu mata’ untuk tidak turun ke Manik Urai walaupun Nik Aziz merayu dan mempelawanya janganlah marahkan kepada Nasharudin. Sebagai orang yang ada perasaan, hati, perut dan pedal Nasharudin juga harus membela dirinya sendiri yang sudah dicarik-carikan itu.
Elok juga kalau Nasharudin tidak duduk satu pentas dengan Nik Aziz di Manik Urai. Saya cukup bimbang kalau Nasharudin duduk sepentas nanti ia akan dieksplotasikan oleh orang tertentu untuk terus memburukkannya. Tidak mustahil kalau kehadiran itu kelak akan dipusing menjadi cerita lain pula kononnya Nasharudin yang menangis-nangis meminta untuk turun ke Manik Urai. Dalam politik apa saja boleh berlaku tidak ada apa yang mustahil. Jadi bagi mengelakan kecelakaan berlaku bertimpa-timpa Nasharudin kena bijak mentafsiran pelawaan itu.
Persoalanya apakah bila tiba-tiba Pas Kelantan teringat kepada Nasharudin menandakan Pas ada masalah di Manik Urai? Biasanya kalau manusia sudah sakit dan terhimpit mulalah dia meraban tidak tentu fasal. Waktu inilah baru dia teringat kepada waris waras yang selama ini dijauhinya. Dasar manusia! [d'kota kl 2:15 pm 10/07/09]
14 comments:
komen yang pedas tapi bermakna..hanya mso dan meli kapak jangak yang berani menegur kepimpinan...blog yang lain kebanyakkannya cakap terawang2, mendodoikan kebaikan pas sahaja,, sifat buruk semuanya didiamkan..
baguslah teruskan menegur, semua manusia tak lari dari kesalahan.. takkiralah dia ulama ke, pm ke mb ke..lebih2 lagi ahli politik...sama sahaja..
dan biasalah, menegur rakyat biasa impaknya ibarat gigitan semut jer,, tapi menegur public figura impaknya seperti terhmepas kereta dari gaung...begitulah adat penulis..
teruskan teguran membina...daripada pujian songsang
Assalamualaikum
Saya sangat bersetuju dengan Tuan haji, betapa Tok Guru Nik Aziz walaupun diberi jawatan Mursyidul Am, ia tidak sekali-kali menjadikan beliau lebih alim dan warak.
Saya katakan demikian atas sifat seorang ulama dan umarak, adalah amat janggal tutur kata yang terhambur dari mulut 'keramat' tok guru itu.
Kata-kata cacian dan nista terhadap lawan dan 'kawan yang seolah-olah lawan' sewajarnya hanya layak dituturkan oleh mereka yang jahil agama bukan dari lidah yang sentiasa basah dengan ayat suci.
salam MSO,
terima kasih atas komentar ini utk mengkritik tok guru. saya juga rasa marah yg sama..oh tok guruku, akibat ramai ahli PAS yg taksub kepada tok guru, maka semua yg dilakukan oleh tok guru seolah2 semua benar2 belaka!!
sedihnya :'(
Malang sekali apabila melihat parti yang jiwanya Islam kadang-kala bersikap kurang Islam dalam hal-hal tertentu. Jika ahli sendiri sanggup difitnah sedemikian rupa oleh orang-orang yang berkepentingan, apatah lagi lawan politik. Dalam hal ini Pas kena kembali ke jalan yang ditunjuk oleh Rasulullah, iaitu musyawarah apabila wujud perbezaan pendapat.
Kalau saya jadi Ustaz Nasaruddin yang telah dianggap membuat sampah dalam Pas, dihalau macam anjing kurap buruk kepala dari Bachok dan Pas, diusung guna tandu emas permata pun saya tak akan datang berkempen di Manek Urai kerana suruhan Tok Guru Nik Aziz.
Sebenarnya Pas akan kalah di manek Urai ekoran sikap dan tindak tanduk Tok Guru Nik Aziz sendiri. Menyuruh Ustaz Nasaruddin datang berkempen adalah suatu taktik untuk lepaskan diri. Bila kalah akan dikatakan kerana Ustaz Nasaruddin dan Tok Guru Haji Hadi datang berkempen, kalau keduanya tak datang Pas sepatutnya menang.
Kalau Ustaz Nasaruddin perlu datang juga, kena atas nama Timbalan Presiden, bukan kerana atas titah perintah Tok Guru Nik Aziz. Tetapi kalau tidak datang adalah lebih baik demi harga diri Ustaz Nasaruddin sendiri. - RAMLI ABDUL HALIM
alhamdulillah,
tegur menegur itu adalh tanggungjawab kita sebagai umat islam...tkperlu rasa janggal jika yg ditegur itu seorng tok guru...jika ada kepincangn yg dilakukannya..
siapalah kita berbanding TGNA. dalam menuduh orang munafik, adakah kita lebih baik dari TGNA. berhati hati lah... kami local kelantaneese lebih memahami TGNA dari tuan tuan dan puan puan semua.
Salam, keistimewaan Tok Guru kerana tokoh agamawan dan tokoh politik setanding Tun Mahathir yang banyak merapu dan mengarut akhir-akhir ini. Apakah petanda umur berbaki yang dilalui ini sebagai pedoman manusia mati meninggalkan nama atau belang?
Salam, Tok Guru dan TUn Mahathor banyak mengarut sebagai petanda usia di hujung senja. Apa tidaknya, mereka ni mengajar pengikut membenci pemimpin lain yang tidak sama gaya dan pendapat dengannya.
Sdr MSO, PAS memerintah Kelantan hampir 20 thn dah! Apa yang nak ditakutkan sangat dgn pilihanraya kecil M.Urai ini? Kalu sekarang baru sibuk nak rayu undi, nak tar jalan, nak bagi geran tanah, dll bermakna PAS tidak melaksanakan amanah dgn baik. Puluhan ribu duit yang dibelanja utk pilihanraya kecil ini seeloknya dibuat guna untuk membantu mana-mana sekolah pondok yang memerlukan bantuan. Ini lebih afdal kerana kalu kalah pun PAS masih perintah Kelantan. Membazir duit rakyat. Kalu kita betul, rakyat akan terus undi PAS. Jangan tiru macam UMNO, sebab mereka parti bermasaalah!
Terbaru pulak terdengar berita Kerajaan PAS Kelantan tidak ingin lagi mengurus Pondok Moden di Kandis, Bachok. Pusat pengajian ini dulunya dibina pada zaman UMNO perintah Kelantan, tetapi kini Kerajaan PAS tidak ingin menguruskan dan serahkan kpd pihak lain utk menguruskannya. Kalau Kerajaan Negeri pun tidak mampu, masakan pihak lain berupaya? Nampak sangat Kerajaan PAS suka berpolitik dari meneruskan amanah rakyat.
Tok Guru pernah berkata diawal pemerintahannya, jika dirinya diagongkan dan dipuja oleh penyokong2 PAS, maka beliau akan meletakkan jawatan kerana takut Allah akan mempersoalkan perkara ini.
Wassalam.
Memetik kata-kata Pemimpin PAS suatu masa dulu, Allah memanjangkan umur TDM adalah utk memberi peluang TDM melihat dan merasai kesilapan yg telah beliau buat. Bahkan dikatakan bila TDM semakin tuan maka beliau akan nyanyuk serta akan meramas tahi sendiri. Nampaknya dengan umur Nik Aziz yg jauh lebih muda dari TDM, beliau juga boleh dikatakan hampir nyanyuk, takbur serta tidak mencerminkan sikap seorang agamawan. Tak mustahil Nik aziz kelak dlm menghitung hari akan meramas tahinya sendiri.
Alhamdulillah, sehingga sekarang TDM dikurniakan tubuh badan yg sihat serta otak yang cergas.
Sdr MSO, saya ni orang Kelantan. saya amat menghormati dan menyayangi Ust.Nasha. Nak banding ketokohan beliau dgn majoriti YB2 PAS Kelantan dari segi kepetahan bersyarah dan akademik, beliau lebih berwibawa.
Kpd Ust. Nasha, majoriti kawan-kawan saya menyanjung kebolehan ustaz. Yang tidak menerima cara ustaz Nasha berpolitik, hanyalah mereka yang mempunyai kepentingan diri!
Jamil...jamil
Tun dah nyanyok
Salam Tuan Haji,
Harapnya menjadi ikhtibar buat semua. Mengidolakan seorang ulamak umpama mengasihi nabi. Mengkritik dgn ikhlas tandanya menyayangi. Harap tuan selalu dlm limpahan rahmat ilahi. Sekadar berkongsi sedih saya dgn tuan haji. Alangkah manis kalu teguran ikhlas tuan haji disampaikan terus ketelinga YAB tok guru. Bukan di pos maya dangan bahasa yg kasar. Semua tahu keakraban tuan haji dgn beliau. Gunalah saluran tu sebaiknya. Semoga rumpun islam terus subur.
Wallahualam..
Post a Comment