Friday, July 31, 2009

Belasungkawa


Adun Pas Permatang Pasir Meninggal

ADUN N 11 Permatang Pasir, Pulau Pinang, Hamdan Abdul Rahman, 60 (foto) telah kembali ke Rahmatullah di Institiut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini, demikian menurut dua SMS yang mengkhabarkan berita itu kepada saya.

Jenazah akan dibawa ke pulang ke kawasannya dan dijangka dikebumikan lewat petang ini.

Dalam pilihan raya lalu Hamdah berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon UBN Ahmad Sahar Shuib.

Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun tahun 1999. Tahun 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal Pas dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.

Allahyarham meninggalkan seoang isteri dan enam orang anak. Al Fatihah. [wm.kl. 9:50 am 31/07/09]

1 comment:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat!

Pada mulanya saya baca pengkalan pasir PMas,tapi 2 kali baca rupa rupanya permatang pasir PP, kematian dipagi hari jumaat dikatakan satu petanda amat baik bagi setiap orang muslim kerana akan dilepaskan dari seksaan azab kubur,moga moga itulah harapan kita saemua......alfatihah,amim !