Tuesday, July 14, 2009

Langsung Dari Manik Urai

Muktamad Pas Menang Hanya 65 Undi

[kemaskini 9: 15 malam] Baru sekejap tadi Pengurus pilihan raya kecil DUN Manik Urai mengumumkan Mohd Fauzi Abdullah calon Pas sah memenangi pilihan raya berkenaan. Fauzi mendapat 5,348 manakala calon BN, Tuan Azmi Tun Mat mendapat 5,282 undi.

Majoriti ialah 65 undi.

Sebanyak 115 kertas undi yang ditolak. Manakala peratus keluar mengundi ialah 87% kira-kira 10,746.

Keputusan ini menunjukkan undi Pas merosot sebanyak 398 undi manakala undi BN meningkat sebanyak 889 undi.

Pas Menang Hanya 65 Undi

[kemas kini 7:50 malam] Sejarah kekalahan Pas dalam pilihan raya umum DUN Manik Urai dengan majoriti tipis 53 undi nampaknya berulang hari ini apabila UBN pula kalah dengan majoriti tipis sebanyak 65 undi.

Jelas kemenangan tipis Pas ini memberi kejutan besar kepada penyokong Pas yang menduga dan yakin mereka akan memperolehi majoriti lebih daripada dicapai Ismail Yaacob dalam pilihan umum 2008.

Apapun Pas tetap juga menang kerana menurut demokrasi sesiapa menang dengan majoriti satu undi dikira menang.


[kemaskini 7:45 malam] Pengiraan undi untuk semula peti-peti undi di sembilan pusat pengundian dikira semula apabila berlaku perbezaan kecil undi Pas dengan UBN. Dalam perkiraan pertama Pas dikatakan menang dengan majoriti tipis, kurang 100 undi dan ini menyebabkan pihak UBN meminta agar dikira semula.

Misalnya untuk satu peti undi persilisihan hanya belas-belas saja.

Ekoran ini kemungkinan keputusan rasmi pilihan raya kecil N41 Manik Urai sedikit lambat diumumkan.

UBN khabarnya mengharap sesuatu yang ajaib berlaku di sebalik pengiraan semula itu manakala Pas dikatakan dalam keadaan cemas dan sedikit tertekan.

Apa-apa pun mungkin boleh berlaku. Situasi kini menolak sama sekali andaian awal di pihak Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri (JPN) yang memberi maklumat kepada media kononnya Pas menang dengan majoriti 1,700 undi. Bersambung...

Pas Menang Tipis?

Laporan tidak rasmi selepas hampir ke semua peti undi di sembilan pusat pengundian dibuka menunjukkan Pas menang tipis. Majoriti kemenangan Pas jauh lebih rendah daripada sasaran 2,000 undi seperti mana disasarkan Pas.

Angka itu juga dikatakan jauh lebih rendah daripada majoriti yang dilapor oleh beberapa protal berita dan juga laporan liar menerusi SMS mengatakan Pas menang sehingga 1,700 undi.

Kemenangan tipis ini sudah tentu mengejutkan Pas dan ianya memberi semangat kepada UBN.
Bersambung.. [*** 7:15 pm 14/07/09]

3 comments:

Salleh - Putrajaya said...

Dengan keputusan (yang telah dijangkakan) ini...,

1. Saya khuatir dengan beberapa pemimpin yang mungkin menyalahkan sesetengah pihak yang lain.

2. Saya khuatir pertelagahan yang telah reda sebelum ini hangat semula.

3. Saya berpendapat pemimpin sepatutnya redha dengan keputusan rakyat serta memperbaiki kelemahan berdasarkan keputusan post moterm yang mungkin akan ditubuhkan selepas ini.

4. Janganlah ada pula yang cuba menangguk di air keruh demi memandangkan keuntungan politik peribadi semata-mata.

denaihati said...

wahai pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS teruskan kesombongan tuan-tuan semuga PR13 akan menang besar ...adakah itu akhlak Rasulullah????

Anonymous said...

saya post komen ni bukan nak panaskan keadaan cuma satu saja nak kata,

sebab PAS dapat MAJORITI YANG SANGAT KECIL?

1)cakap lebih buat kurang
2)rakyat mula bosan dengan janji janji sahaja.

bagi saya siapa menang tak kisah yang penting jalankan tanggungjawab.bila dah janji tu tepati le.jangan masa kempem janji ini janji itu tetapi bila dah menang,nak jumpa pun payah.kalau nak terus kekal menang,tunaikan janji.kalau tak tunai janji,ITU DOSA.

fikir fikirkan dan renung renungkan.rakyat bukan nak janji tapi bukti.kalau cuma tahu beri janji,saya pasti selepas ini anda mungkin cuma dapat 0.

kalau parti kuat sekalipun tetapi wakil cuma tahu cakap kosong dan berjanji,tak akan kemana.

sekian......