Thursday, August 5, 2010

Sakit Hati Sakit Tubuh

Komuter Macam Kandang Babi...

PERUNTUKAN besar untuk membaiki sistem pengakutan awam di negara ini sejak zaman Abdullah Badawi menjadi perdana menteri membawa ke zaman Najib Razak tidak memberi kesan penambahbaikan sistem berkenaan. Runggutan demi runggutan masih kedengaran mengenai kelemahan sistem pengakutan awam kita, baik bas, teksi dan juga keretapi (komuter).

Bas berbau busuk, teksi pula macam jamban tahi kata menteri dan komuter pula macam kandang babi.

Apakah pengumuman peruntukan mencecah berbillion ringgit itu tidak sampai ke bawah? Duit itu hanya dikaut kontraktor kroni saja? Kalau melihat kepada rintihan dan runggutan nampak ada kebenaran itu. Atau pun peruntukan itu diumumkan saja, tetapi duit sebenarnya tidak ada. Kerajaan Malaysia hanyalah berangan-angan saja untuk muncul sebagai negara kelas pertama tetapi habuk pun tadak.

Dizaman Abdullah jadi PM, pembelian gerak keretapi diperolehi oleh syarikat milik anaknya, Scomi. Mana gerbak-gerabak yang moden dan canggih itu, belum pun kelihatan lagi. Dan ini zaman Najib, ada juga kroni sendiri yang akan mendapat tender membeli keretapi, bas ataupun kereta kebal.

Seorang penjenguk blog Merah Tinta bernama Amir Shah telah mengirimkan keluhan beliau mengenai teruknya perkhidmatan komuter dari Kuala Lumpur ke Klang. Rintihan dan cemuhan beliau ini turut sama dikirimkan kepada beberapa editor akhbar termasuk akhbar 'pendolor' - pemikul punggung, kerajaan UBN nombor satu, Utusan Malaysia. Saya tidak fikir cemuhan penuh emosi begitu akan disiarkan oleh akhbar berkenaan. Ia juga di cc kepada blog milik kroni Umno.

Disebabkan Amir Shah menyalinkan ke dalam email saya, saya beranggap beliau mahu saya ulas dan siarkan dalam blog ini. Maka dengan ini saya menyiarkan sepenuhnya untuk tatapan, pertimbangan serta tindak balas dari penjenguk sekalian, tanpa mengubah walaupun sepatah perkataan dan titik dan koma catatan beliau;


aduhai......ada lagi yg berperangai camnih...................kita dlm BDSMKL nih nak hepi2 bro.................

4 OGOS 2010: Tren komuter ke Pel. Klang dari stesen KL jam 6.15pm. Tren rosak di stesen Angkasapuri jam 6.30pm. Tanpa air-cond penumpang penuh sesak hampir 40 minit menunggu tren berikutnya.

Di Stesen Subang Jaya penumpang diturunkan lagi kerana komuter mengalami kerosakan . Tunggu lagi lebihkurang 30minit untuk tren berikutnya yang sudah sedia sendat dengan penumpang.
Inilah rutin perkhidmatan tren komuter - lewat, pembatalan masa mengikut jadual, penumpang penuh sesak macam babi dalam kandang - kerana tidak mengikut waktu yang dijadualkan dan terkadang air-cond tidak berfungsi.
Jawapan / alasan yang dikumandangkan oleh Keretapi Tanah M***** Berhad adalah : Kerosakan Teknikal & Kerosakan-kerosakan lain yang sewaktu dengannya.
Tetapi siapakah yang menguruskan TEKNIKAL ?.. lembu, tunggul kayu atau OKU ?
Fenomena bodoh ini telah berlarutan sejak bertahun-tahun, walaupun sudah dua PM turun padang cari belalang dan janji dalam beberapa bajet untuk mengatasi masalah pengangkutan awam tapi hampeh. Rakyat bukan lagi diutamakan tapi rakyat pengguna pengangkutan awam makin diperbodohkan.
Cara gaya pengurusan 'Keretapi Tanah (Me) layu Berhad @ Bodoh (KTMB)' kini mungkin sesuai untuk 1910 bukan tahun 2010. Tetapi percayalah perkhidmatan tren KTMB adalah terbaik berbanding dengan Bangladesh, Zimbabwe atau mungkin di Monggolia.
Tidak perlu saya mematuhi kesantunan bahasa yang beradab dalam tulisan ini, kerana tradisi KTMB adalah jenis makhluq pekak badak dan egois dengan masalah pengguna. Barangkali Lembaga (hantu) Pengurusan Tinggi, Sederhana & Rendah barangkali sinonym dengan sosok muka sembab, gemuk buncit seperti sang cukong yang hanya nyaman mengira untung. Dan bahasa yang tercatat di sini, adalah lebih baik dari kebahasaan ahli-ahli parlimen yang terdiri dari biawak-biawak dan juga katak-katak yang terlepas dan terlompat-lompat.
Tahniah Keretapi Tanah (M) layu Bodoh/Berhad kerana masih meneruskan tradisi ' MEMPERBODOHKAN PENUMPANG '

Alamak.. Rosmah Mansorlah. [wm.kl.9:45 am 05/08/10]

4 comments:

umminur said...

Assalamu'alaikum

Sepertimana puisi yang dinukilkan oleh Alfadhil Dr Mohd Asri dalam Minda Tajdid ......

menitis air mata apabila menghayati puisi tersebut .... apa lah nasib yang menimpa kita rakyat marhaen ... kalau yang berpendapatan tinggi mungkin kurang rasa kesannya tapi bagi kami yang berpendapatan sederhana dan mempunyai anak yang masih menuntut, memang terbeban

setiap kali PM baru, ada saja slogan yang indah2 dinukilkan .... tapi habuk pun takdak .... yang ada cuma (B)arang (N)aik

janji2 yang enak2 semasa pilihanraya untuk meraih undi tapi selepas pilihanraya akan ada terma-terma baru hanya untuk mengabui mata rakyat ....

dexidle said...

Hasil penjimatan subsidi minyak yg digembar-gemburkan untuk digunakan untuk penambahbaikan sistem pengangkutan awam berbilion RM (zaman pak lah)....hasil penambahbaikan yg aku nampak stakat nih hanyalah komuter yg ada pink koc saja.... hahahaha... syabas malaysia...

Putra 7 Gunung said...

apakah hari2 komuter ni rosak...kereta kita pun kdg2 pancit tayar tanpa kita duga...rosak pun bkn hari2..sabar lah sekali sekala...

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Bagi kami yang hari-hari menggunakan pengangkutan awam sebenarnya sudah tak larat nak tulis e-mail macam saudara tadi sebab perkara ini adalah perkara yang berlaku sejak saya mula kenal pengangkutan awam masa sekolah lagi. Kalau diperhati sebenarnya tahap atau mutu pengangkutan awam tak kira di Kuala Lumpur atau di Kuala Kerai, Petalain Jaya atau di Pendang sebenarnya sama saja. Kenderaan buruk, pemandu kurang ajar, penumpang sesak, tak ikut laluan (bagi bas), stesen master yang berlagak samsing dan berbagai lagi. Jadual perjalanan jangan tanyalah. Tambang first klas, Pak menteri kata tambang masih lebih murah dari negara-negara lain. Jadi bagi kami yang hari-hari naik pengangkautan awam kami kena sabar dan memang perkara ini mengajar kami erti sabar. Buat macam mana, komplin pun orang bukan nak dengar. Selagi menteri, ahli Parlimen, CEO, Bos-bos pengendali pengangkutan awam tak guna perkhidmatan tu mecam kita maka macam mana busuk niat dan hati mereka mencuri duit rakyat macam tulah sistem yang kita kena guna.

Apa pun, janganlah kaitkan dengan OKU, sedih saya. Untuk pengetahuan rumah saya tak seburuk macam dalam keratapi atau bas awam.