Umno Kelumpuhan Idea dan Semangat
Perhimpunan agung Umno ke 61 akan berakhir hari ini. Sore nanti ahli MT ketua-ketua sayap, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden akan membuat penggulungan. Menggulung segala perbincangan, cadangan, pandangan yang dibuat selama berhimpun tiga hari.
Padangan atau kritikan terhadap Umno akan diulas dan diberi respons. Acara penggulungan ini adalah acara terakhir sebelum tirai dilabuhkan dan perwakilan akan kembali ke tempat masing-masing untuk kembali hidup seperti sedia kala.
Pengulungan juga akan menjadi kesimpulan kepada perhimpunan berkenaan.
Tidak banyak perubahan yang berlaku dalam perhimpunan kali ini. Walaupun Najib Razak cuba menjaja model politik baru tetapi tidak banyak perwakilan yang mengulas atau memberi respon kepada pendekatan baru itu. Apakah perwakilan tidak faham dengan apa yang hendak diterapkan oleh Najib itu ataupun model politik baru itu hanya omong kosong saja.
Isu ekonomi, pendidikan dan agama masih berpusing kepada soal desakan dan cadangan. Bukan ada data dan fakta dikemukakan tentang pencapaian berhubung agenda bekenaan yang disaran dan dicadangkan sebelum ini.
Perbahasan, cakap-cakap sama seperti perhimpunan sebelum ini. Bagi mereka yang belum pernah menghadiri akan merasakan hebatnya perhimpunan itu. Apa lagi yang dibayar elaun kehadiran RM300 sehari akan memuji mengatakan persidangan itu sehebat persidangan PBB.
Tetapi yang sudah terbiasa akan merasakan kehambarannya dan membosankan. Gambar tula. Perhimpunan hanya mengulangi agenda yang sudah-sudah. Benarlah kata orang perhimpunan itu tidak lebih dari pesta atau kenduri parti yang diadakan sekali setahun saja.
Persidangan itu pula disorot menerusi berbagai-bagai saluran tv dan media. Ia menampakkan ianya meriah sekali. Keadaan ini tidak ubah seperti siaran festival filem ataupun pertandingan lagu-lagu popular saja. Formatnya sama, yang berubah hanya mereka yang dipilih menjadi pemenang. Maksudnya pembahas juga kebanyakan orang yang sama yang sudah dikenal pasti awal-awal yang mampu melambung pemimpin tertentu setinggi-tingginya.
Kalau festiva filem dan lagu, peserta akan tampil dengan pelbagai fesyen pakaian menghairahkan. Mereka akan menjadi perhatian penonton. Begitu jugalah dengan pererta atau pembahas kebanyakannya lebih cuba menampilkan tarikan fizikal dari idea dan karektor. Pantun, gurindam dan madah-madah lunak memuji pemimpin di atas pentas dan loket untuk mengkritik dan sanggup menelan air kumuhan dan kahak sendiri. Inilah jenis pemimpin dalam Umno.
Kalau diperhatikan sejak hari pertama para pembahas dalam apa juga isu menekan kepada nasib dan masa depan Umno. Rata-rata menggesa supaya ahli parti kembali bersatu. Meningkatkan gerak kerja untuk membangun parti. Rasa resah ahli itu seolah Umno seakan sudah tidak akan wujud lagi selepas ini. Atau kerajaaanya berusia 51 tahun akan hilang dalam pilihan raya ke 13 kelak. Terasa sekali akan kegerunan ini.
Sebab itulah Najib menekan yang Umno akan mempertahankan Putrjaya dengan apa saja. Kenyataan angkuh itu sebenarnya melindungi akan kebimbangan Umno dalam pilihan raya akan datang. Lagi kuat Umno cuba membela dirinya, bermakna lagi besar ketakutan Umno kepada masa depannya.
Keadaan Umno kini persis orang yang diserang penyakit kanser akan berusaha mencari apa saja penawar. Kalau disebut atau disuruh makan tahi anjing atau najis babi pun si pesakit ini akan makan tanpa mengira halal atau haram. Yang penting penyakit itu akan sembuh. Begitulah apa yang berlaku Umno yang dipamerkan dalam persidangan itu.
Usaha dan kebimbangan ini sudah lama. Lebih nyata selepas pilihan raya 2008. Soalnya kini apakah Umno akan berjaya memulihkan semangat dan mengembalikan sokongan? Ini yang menakut dan membimbangkan. Dari segi psikologis cara Umno terdesak melakukan apa saja kini menunjukkan parti itu benar-benar bermasalah. Mereka sudah dapat merasakan sokongan semakin pupus dan sudah tiada daya melakukan perubahan hingga terpaksa mengulangi usaha lewat.
Sebenarnya itulah hakikatnya. Kalau Umno masih ada harapan mereka tidak mempergiatkan tindakan mereka. Mereka tidak akan jadi gila menyerang musuh dengan apa juga senjata halal atau haram. Tetapi kerana kanser itu sudah masuk tahap ke empat maka Umno terpaksa berjuang bergalangkan jasad demi menjaga kuasanya.
Soalnya apakah ahli Umno terpanggil dengan segala seruan itu? Hanya ahli Umno saja yang mengetahuinya. Cuma kalau dipandukan kepada perhimpunan sebelum ini ia tidak banyak berbeza. Hasilnya balik asal juga. Umno hanya jadi semangat bila bertemu dalam pesta tetapi akan jadi kecut perut dan meragam bila bersendirian.
Keadaan Umno hari ini tidak boleh dikejutkan lagi kerana mereka sudah kelumpuahan idea dan semangat. Maka petang ini sama-sama mendengar jeritan histeria Najib yang mahu memastikan Umno terus berkuasa. [wm.kl. 1:00 t/hari 23/10/10]
1 comment:
UMNO ada SBnya sendiri dalam politik.Penyelidikan dan bancian sokongan rakyat kepada UMNO jelas menunjukkan UMNO semakin hampir dgn kuburnya sendiri.UMNO telah lama menggali kubur mereka.Mereka memang bersiap2 awal utk dimakamkan.Para 'mata-mata gelap' UMNO sudah lama membuat siasatan, mengkaji dan menilai tahap penerimaan dan sokongan rakyat kepada parti tersebut.Dari hasil yg diperolehi muttakhir ini,jelas menunjukkan kaum Cina, India malahan orang Melayu sendiri begitu berminat dan tertarik hati dengan ikatan pembangkang
Makanya,dalam suasana terdesak itu,UMNO mula bermain api.Apa maksud mereka akan mempertahankan Putrajaya walau dgn apa sahaja,apakah mereka akan main 'ilat' utk pertahankannya?apakah UMNO ingin mencetuskan pertumpahan darah dengan penegasan seperti itu?.Nampak sangat UMNO memang amat2 terdesak bila mengeluarkan ucapan "akan mempertahankan Putrajaya walau dgn apa sahaja".Ungkapan ini kalau dihayati betul2 amat menakutkan kerana UMNO mempunyai kemampuan ke arah itu, kerana UMNO sedia utk lakukan 'apa sahaja'.
Pihak terdesak, memang begitulah selalu.Mcm2 ugutan akan digunakan.Pada saya ini bukan ugutan tetapi signal yang penuh tersirat,jika UMNO di ambang kekalahan dan bakal menyerah Putrajaya dalam PRU13 nanti,maka tidak MUSTAHIL, perkataan 'apa sahaja' itu akan digunapakai.
PAS dan sekutunya perlu bersiap sedia agar 'apa sahaja' ini tidak berlaku dan rakyat bijak menghadapi helah dan permainan politik terdesak tersebut.Jgn ada lagi ruang '13 Mei' berulang semula.UMNO pula jgnlah cuba main 'kasar' jika benar rakyat menolak mereka dalam PRU akan datang,maka terimlah secara terbuka.Itu bermakna, giliran UMNO pula menjadi pembangkang,berpindah tempat duduk dalam parlimen.Dan jika UMNO ingin kekal di tempat mereka sekarang boleh,Pakatan Rakyat berikan sahaja yang penting UMNO dan sekutunya bukan lagi kerajaan Pusat.Pakatan Rakyat boleh duduk di tempat sekarang,tak penting itu semua asalkan Putrajaya milik Pakatan Rakyat.
Post a Comment