Friday, October 22, 2010

Catatan Dari Galas

Doktor Calon Pas Di Galas

MALAM tadi bertempat di Dataran Ilmu di perkarangan masjid Tengku Mohammad Faris Petra Gua Musang dengan dinaungi ribuan malaikat di langit dan di bumi (pinjam istilah Nik Aziz ketika merujuk kepada kemenangan cemerlang Pas tahun 1990) telah berlangsung ceramah perdana sempena menyambut genap 20 tahun kerajaan Pas Kelantan dibawah kepimpinasn ulama dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar.

Dianggarkan lebih 5,000 hadir. Pada majlis itu juga diumumkan calon Pas untuk pilihan raya kecil Galas 4 Nomvembe depan. Seperti mana diduga awal-awal Dr Zulkefli Mohamad, 44 sekali lagi diberi kepercayaan oleh Pas untuk berhadapan dengan Tengku Razaleigh dan Umno di pilihan raya kecil itu.

Zulkefli anak bekas wakil rakyat Pas kawasan Guchil, Mohamad Awang Kecil berkelulusan seorang doktor. Beliau kini mempunyai sebuah klinik yang beroperasi di Ciku. Zulkefli sebelum ini pernah diamanahkan Pas bertanding di kerusi parlimen menentang Tengku Razaleigh sebanyak dua kali, kedua-duanya tewas.

Pengumuman Zulkefli yang juga pemangku Pas Gua Musang dibuat oleh Nik Aziz kira-kita jam 11:50 malam. Turut sama hadir dan berada di pentas semasa pengumuman itu dibuat ialah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim, Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.

Dua Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man juga turut sama hadir selain daripada kepimpinan Pas Negeri Kelantan termasuk Pengarah pilihan raya berkenaan Abdul Halim Abdul Rahman.

Dalam ucapan ringkas selepas diumumkan sebagai calon beliau menyatakan terima kasih atas kepercayaan parti memilihnya dan menyifatkan pemilihan itu sebagai satu amanah. "Saya tidak minta untuk menjadi calon tetapi parti memilih saya sedia memikul amanah sebaik-baiknya," ujarnya penuh tawaduk. Beliau berharap semoga semua pihak khasnya Pakatan Rakyat akan memberi sokongan penuh kepadanya.

Sebelum pengumuman, ceramah perdana disampaikan oleh Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim. Menyaksikan kepada sambutan malam tadi tambah menyakinkan bahawa Pas tidak menghadapi sebarang masalah menghadapi pilihan raya berkenaan. Keadaaan Pas Kelantan kini juga semakin kompat.

Hakikat ini diakui pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman. Semasa sambil berjalan keluar setelah majlis selesai, beliau memeberi tahu keadaan di Galas lebih linang berbanding dengan Manik Urai dulu. "Ini petanda baik Pas boleh membuat lonjakan," katanya.

Bagaimana pun ukuran sebenar dari segi kekuatan massa akan dapat disaksikan apabila Umno akan mulai memasuki ke kawasan pilihan raya selepas perhimpunan agung Umno. Umno dijangka akan membuat pengumuman calonnya pada 25 Oktober seharu sebelum penamaan calon. Sehingga ini UBN seolah-olah membiarkan Pas menunjukkan dulu kekuatan mereka.

Apabila UBN sudah memasuki kawasan di situlah nanti dapat dibuat perhitungan apakah pilihan raya Galas merupakan pertandingan sengit ataupun sebaliknya. Kehadiran ramai dalam majlis malam tadi secara realatifnya bukan ukuran kekuatan Pas sebenarnya kerana hampir separuh yang hadir adalah penyokong luar Galas termasuk dari Kota Bharu, Merapoh dan Terangganu. Namun ditinjau dari semangat Pas sudah merasakan mereka sudah mendahului Umno setapak di Galas.

Berikut disertakan beberapa kepingan gambar sekitar majlis semalam yang sempat saya rakamkan dari jauh sambil duduk. Maaflah kalau gambar kurang berkualiti. Saya percaya gambar malam tadi dapat diikuti dari Fb dan blog rakan-rakan lain. [wm.kl.11:00 am 22/10/10]

Zulkefli tampil memberi ucapan ringkas sebaik diumumkan sebagai calon.

Nasharuddin dan Anwar mengiringi Nik Aziz untuk mengumumkan calon.

Nasharuddin, Nik Aziz bersama Abdul Hadi dan Anwar menjinjing tangan
bersama calon Zulkefli.

Sebahagian orang ramai yang memenuhi Medan Ilmu untuk mengikuti ceramah perdana dan pengumuman calon.

Kaum muslimat juga tidak ketinggalan untuk mengikuti pengumuman calon.

No comments: