Monday, October 11, 2010

Cerita Pagi

Balada Mustapa Mohamed Dan Sang Kurian

BERLAINAN betul nada dan irama percakapan Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamed dalam menghadapi pilihan raya kecil Galas 4 November depan. Katanya Umno tidak akan mengadakan projek segera di Gua Musang. (Bermakna sebelum ini Umno melakukan kejelekan itu?). Bolehkah dipercayai kata-kata itu? Ayat-ayat cinta yang samalah pernah diucapkan oleh Perdana Menteri, Mohd Najib Razak berkali-kali dan berkali-kali sebelum ini.

Sampai berjebok (berbueh) mulut Najib berjanji yang Umno tidak akan mengadakan projek mee segera pada pilihan raya kecil untuk mempengaruhi dan me'ngencung' rakyat. Kononnya Umno akan menghadapi pilihan raya dalam keadaan telus dan penuh kejantanan yang memiliki syawat sehebat memberang.

Tetapi bila berlaku saja pilihan raya kecil maka berbillion projek segera diumumkan. Sampai angkanya sukar untuk ditulis. Semua menteri baik yang ada duit atau tidak, ikut sama membuat pengumuman. Ingatkah kita semua apa yang dijanjikan di Hulu Selangor, di Bagan Pinang, di Kuala Terengganu, di Bukit Gantang dan paling akhir di di Sibu? Sekiranya BN menunaikan semua apa yang dijanjikan itu kalau ianya melibatkan projek pembangunan rakyat, semua rakyat sudah memiliki rumah besar. Kerana setiap kali pilihan raya maka janji untuk baiki rumah rakyatlah yang diutamakan.

"Kita akan membina rumah rakyat, kita mahu rakyat hidup dalam keadaan selesa. Maka kerajaan dengan ini meluluskan sebanyak bla... bla..," begitulah kata Perdana Menteri kemudian disambut rakyat dengan tepukan gemuruh macam tahi kerbau jatuh ke bumi, pek..pek... pekkk... bunyinya.

Kalau janji itu hendak mengadakan jambatan, maka sudah terbentanglah jambatan emas dan perak di kawasan pilihan raya berkenaan. Tetapi tampaknya selepas berlalu pilihan raya, semua janji itu tinggal tidak janji. Kalaupun ia sempat didirikan hanya papan tanda tercegak macam hantu laksana batu nisan sebuah pembohongan. Berbagai alasan pula akan diberikan untuk tidak melaksanakannya. Soal teknikal, kontrektor lambat dan sebagainya.

Apabila Mustapa kata Umno tidak akan tawar projek, kalau boleh dipercayakan pun ialah kerana kerajaan tidak ada wang untuk ditaburkan kepada rakyat dalam pilhan raya Galas nanti. Mungkin apa yang belaku di Manik Urai memberi beban kepada Mustapa. Mungkin selepas pilihan raya Manik Urai dulu beliau didatangi berbondong-bondong kontrektor dari Kelantan yang datang meminta wang untuk melaksanakan projek berkenaan sehingga menyerabutkan otaknya.

Beberapa projek yang dijanjikan masih belum siapa sampai kini. Berbagai alasan mula diberikan. Sesetengah papan tanda yang didirikan sudah pun lusuh dan dimakan anai-anai. Sudah pasti segala projek itu tidak akan menjadi kenyataan dalam tempoh seminggu dua ini kerana Mustapa bukan Puteri Balkis atau memilik lampu Aladin.

Mengenangkan Mustapa menghadapi janji-janji Umno di Manik Urai itu samalah dengan tingkah laku Sang Kurian, watak dalam sebuah langeda Tangkuban Perahu di Bandung, Indonesia. Si Sang Kurian ini ingin berkahwin dengan seorang puteri bernama Dayang Sumbi. Dia tidak mengetahui yang Dayang Sumbi adalah ibunya sendiri. Sang Kurian sangat tergila-gilakan Dayang Sumbi sehingga ingin mengahwininya. Kegilaan itu meresahkan si ibu itu. Demi mengelak akan berlaku kecelakaan si anak berkahwin dengan ibu, maka Dayang Sumbi membuat satu helah.

Kata Dayang Sumbi, "duhai Sang Kurian... kalau kamu mahu kahwinkan aku kamu kena mematahui satu syarat".

"Apakah syarat itu duhai puteri?" tanya Sang Kurian penuh kegembiraan dan yakin akan dapat memenuhi syarat itu.

"Kau kena siapkan sebuah perahu besar untuk dijadikan pelamin perkahwinan kita. Kau siapkan dalam masa satu malam saja. Ertinya kalau kau membinanya malam ini ianya perlu disiapkan sebelum kokok ayam pertama pada diri hari esok", demikian jelas Dayang Sumbi akan syaratnya.

Sang Kurian merasa senang dengan syarat itu dan menyetujuinya. Tetapi diingat lagi oleh Dayang Sumbi agar Sang Kurian tidak kecewa kelak. "Ingat perahu itu harus siap menjelang kokok ayam pertama?

Sebaik menerima syarat itu Sang Kurian lalu memanggil segala macam sahabatnya didalam rimba untuk membantunya mempersiapkan perahu itu. Didapatinya sepohon kayu yang besar dan eluk untuk tujuannya. Semua sahabatnya dari rimba turun dan membina perahu berkenaan.

Bermula selepas Maghrib hingga menjelang tengah malam Sang Kurian bersama sahabatnya membina tanpa mempedulikan makan dan minum. Atas kegigihan itu menjelang dini hari akhirnya perahu itu hampir siap. Melihat keadaan itu Dayang Sumbi jadi resah. Fikirnya pasti perahu itu akan siap dan beliau terpaksa melaksanakan janjinya. Demi mengelakkan keaiban berlaku Dayang Sumbi menggunakan akalnya dengan mengambil berkodi-kodi lembar kain putih dan ditabir di sebelah Timur. Tatkala ayam jantan melihat lembar putih itu mereka semua berkokok kerana menduga hari sudah dini.

Begitu mendengar kokokan itu Sang Kurian dan semua kawan-kawannya menghentikan segala kerjanya. Fahamlah dia bahawa dia gagal untuk menyiapkan perahu itu pada masa yang ditetapkan. Dia sungguh kesal dan kecewa bercampur marah. Harapannya untuk mengahwini Dayang Sumbi termunsah sudah. Dan kerana terlalu marah akhirnya dia menyepak perahu yang dalam proses pembinaan itu sekuat hatinya.

Perahu itu melayang dan jatuh ke sebuah lembah. Kononnya gunung Tangkuban Perahu yang kini menjadi salah satu destinasi pelancongan di Bandung itu adalah dogengannya dari kisah Sang Kurian dan Dayang Sumbi. Pada tahun 1830 gunung berkenaan meletup dan membina kawah besar di tengah-tengahnya yang pada hari ini masih wujud dan aktif mengeluarkan sulfar dan belerang.

Begitu jugakah dengan Mustapa Mohamed dan Umno? Dalam pilihan raya kecil Manik Urai dulu mereka berjanji dengan rakyat membina projek duniawi. Sebanyak empat projek bernilai RM10.4 juta dijanjikan. Projek itu ialah membaiki rumah rakyat miskin (RM1.5 juga), membinaan jambatan Manikk Urai (RM8 juta) Gelenggang sukan di kampung Manjur (RM300 ribu) dan masjid Temaler (RM600 ribu).

Pilihan raya Galas akan berlangusng dalam seminggu dua lagi. Tidak mungkin Mustapa dan Umno dapat menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh terdekat.

Dan sekiranya Mustapa dan Umno tidak terlebih dahulu menyiapkan projek di Manik Urai maka mereka tidak mampu untuk berjanji projek di Galas. Sama-sama kita tenguk akan nasib Mustapa di Galas nanti. Sudah tentu kalau dia tidak dapat menyiapkan projek itu pengundi Galas akan menedangnya dan Umno seperti Sang Kurian menendang perahu perkahwinannya kerana kecewa dan marah atas kebodohannya sendiri. Sesungguh pengundi Galas juga sama bijak dan sama pandai dengan Dayang Sumbi yang sudah tahu akan dosa dan perangai jelek Umno. Guana Mat...dah makan ke. Mat mana, Mat Maslan lah.. [wm.kl. 6:00 am 11/10/10]

3 comments:

ahmadnafiah said...

Salam. Tuan MSO, Pembesar umno kebanyakan nya tidak boleh dipercayai apa yang mereka cakap,Inilah pertama kali saya dengar pembesar umno kata tidak ada projek mee segera, hai ameh sungguh kali ini,itu tanda-tanda mereka akan kecundang lagi. sekian terima kaseh.

zeme said...

Salam Tuan Hj MSO,

Semalam sekitar jam 10 malam semasa berada di balai berlepas Airport KB menanti pesawat AirAsia kelihatan juga Tok Pa berserta Tok Awang Adek di dalam balai berlepas untuk menuju ke KL.

Apa yang diperhatikan, kelihatan penumpang yang menanti di balai berlepas rata-rata anak Kelantan tidak berapa menghiraukan atau buat-buat tidak hirau dengan kehadiran Tok Pa dan Tok Awang Adek, mungkin sudah patah hati dengan kepimpinan beliau. Hanya dua tiga kerat yang kelihatan bertegur sapa.

Ini secara tidak langsung memberikan signal anak-anak Kelantan mungkin telah mula berpatah hati.

Wasalam.

bat8 said...

Tuan MSO,

1. Kalu jenih tokleh pegang butir, memang selamanya takleh nak buat kecek caro.

2.Tok 4 awal-awal lagi dah nakmain ilak dalam PRK Galas ni.

Dari janji-janji semasa PRK ManekUrai dulu, demo dah rancang awal-awallagi hanya nak buat projek baiki rumah dengan kos RM 1.5Juta je.yang lain demo nak ilak, toksey buat .tetapi puak tu tak sangka pulak DUN Galas yang duduk sebelah pun kena buat PRK jugok. terjerat demo....

Sebab terjerat dengan niat tak comey tulah, maka tok 4 kena buat silap mata tak dok statement tak dok projek mee segera.

3.Disinilah UMNO Kelantan dan UMNO(Baru) selalu silap. mereka masih ingat rakyatkita sekarang ini masih jakun seperti tahun 50an lagi. hanya puak demoje yang cerdik.

4. bagi sesiapa yang tahu pasalperlaksanaan projek, akan ketawa dengan alasan tok 4 mengapa jembatan dimanek urai masih belum dibuat lagi.

Ambo agak rekabentuk jembatan manek urai ini begitu kompleks dan hebat mengalahkan jembatan kedua pulau pinang walaupun harganya hanya RM 8 juta!

bat8