Wednesday, October 20, 2010

Ulasan Awal Pagi

Umno Tidak Perlu Halang Media

RASANYA bukan saja saya kurang faham dengan Umno yang melarang sesetengah media membuat liputan persidangannya tetapi orang lain juga. Menghairankan Umno sebuah parti terbesar dan menjadi tunggak pemerintahan negara ini, Seharusnya sikap tertutup ataupun gerun tidak tentu fasal sudah tidak timbul lagi. Umno perlu mengaruskan politik gentelman.

Parti itu harus terbuka dan bersikap profesional. Saya setuju dengan pandangan Najib Razak yang mengatakan media tidak boleh disekat. Katanya tidak perlu diadakan undang-undang untuk kawal media. Penyekatan media bukan penyelesaian terbaik.

Pandangan Najib itu disokong oleh Khairy Jamaluddin bila mana beliau akan memberi tahu Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor mengenai halangan kepada media tertentu daripada membuat liputan perhimpunan agung Umno.

Dalam hal ini Umno harus belajar daripada Pas. Pas membuka semua ruang muktamarnya kepada media tanpa mencurigainya, tanpa mengira apa idealisme media berkenaan. Walaupun satu masa Pas juga besikap on off dalam hal ini, tetapi akhirnya rasionaliti mengatasi kesempitan akal mereka. Nampaknya Pas lebih libreral dalam melayani media berbanding Umno. Apakah sikap ini menunjukkan Pas lebih yakin terbuka daripada Umno?

Media tidak boleh ditutup. Tutuplah serapat mana pintu pun ia boleh masuk. Kalau wartawan tidak dapat melihat sendiri apa yang berlaku mereka akan bertanya orang yang masuk atau berada dalam dewan. Kalau mereka tidak juga mendapat maklumat maka mereka akan membuat spekulasi dan analisis sendiri.

Keadaan inilah boleh memarahkan pihak yang menghalang akhbar itu, Bila mereka tidak boleh masuk mereka akan mereka cerita. Mereka akan menembak. Kalau kena ok, tak kena boleh memarahkan pihak berkenaan.

Sebaliknya kalau mereka dibenarkan masuk, mereka boleh menulis terhadap apa yang mereka lihat, dengar dan rasa dengan mata kepala mereka sendiri. Cuma dari sudut mana mereka hendak highlight itu terserah kepada agenda mereka. Selalunya media membawa aspirasi dan selera di mana mereka berkerja.

Misalnya kalau wartawan Harakah membuat liputan persidangan Umno tidak mungkin ia akan memberi laporan positif ia akan cuma mengnegatifkan juga. Begitu juga dengan Utusan dan Berita Harian mereka akan ogehkan juga untuk memberi persepsi buruk kepada Pas.

Tidak mengapa terserah kepada mereka sebab yang menghukum ialah pembaca. Jadi baik Pas atau Umno atau mana-mana parti politik bukalah seluasnya pintu kebebasan media mereka kepada semua. Apa hendak ditakutkan kalau kita benar, kebenaran tetap bersama kita dan kebatilan akan hanyut juga walaupun ia ditulis dalam bahasa paling cantik dengan tinta emas sekali pun. [wm.kl.7:30 am 20/10/10]

No comments: