Bila Ghairah Untuk Memburukan Orang
MURAI tabik sebelah tangan kepada bloger bernama Hambali Abdul Latif kerana sedia mengaku kesilapan beliau yang salah lapor mengenai Dr Chandra Muzafar. Murai sempat membaca posting beliau itu dan telah mengerutkan kening beberapa kali tatkala membacanya. Murai tak percaya.
Murai tidak baca habis pun posting itu kerana Murai kurang senang dengan Dr Chandara yang Murai rasakan, sudah menjadi virus politik, bila dia masuk PKR kemudian meninggalkan dan melempar tahi kepada ketua PKR dari belakang. Sejak awal penglibatannya dalam politik Murai sudah merasakan ia satu kesilapan besar. Orang akademik tidak layak menyertai politik, sebaliknya hanya layak memberi teori dan formula dalam bilik kuliah saja di depan budak-budak.
Politik memerlukan kekuatan bukan saja mental tetapi fizikal juga. Kalau fizikal kita tidak dikuat ditambah pula rohani yang lemah, maka akan kecundanglah kita. Muzaffar yang terdidik nilai moral tinggi tidak akan tahan untuk bergelumang dengan politik yang tamadunnya kelah hutan rimba.
Kalau tidak silap Murai dalam posting yang telah ditarik itu, Hambali ada menulis atau memberi gambaran yang "Dr Chandra" itu anti Islam ataupun seolah sudah murtad. Itu yang Murai ingat. Murai terkedu membaca ayat itu dan sudah agak melampau dan tidak patut ditangani oleh penulis yang pernah menerima hadiah Rahim Kajai. Kerana setahu Murai bekas timbalan presiden parti Keadilan itu seorang muslim walaupun tidak tahu sejauh mana kewarakannya. Pendedahan dan ulasan itu mengenagtifkan moral Muzaffar.
Manakala sebagai penerima hadiah Rahim Kajai seharusnya penulisan Hambil berkualiti dan tidak boleh diragui apa lagi melakukan kesilapan besar seperti dalam posting berkenaan. Kalau begitu malulah panetia yang mengelolakan anugerah berprestaj berkenaan.
Orang yang dimaksudkan Hambali itu bukan Dr Chandra Muszafar bekas penysarah dan advisernya semasa di USM dulu. Tetapi Dr Chandra lain, Dr Chandra wakil Himpunan Penyokong Pas (DHPP).
Hambali telah pun menarik balik posting berkenaan. Begitulah yang kita mahu sikap yang ada kepada penulis atau bloger. Kalau mereka tersilap hendaklah mengaku dan pohon kemaafan. Dan dalam keadaan apa juga perlu mempertahankan fakta yang kita kemukakan. Iyalah atas dunia ini manusia mana tidak buat silap, bumi mana tidak ditimpa hujan. Kadang-kadang bumi yang dilindungi bumbung juga tertimpa hujan apabila bumbungnya bocor ataupun bumbungnya roboh disebabkan wujudnya elemen rasuah dalam pembinaanya.
Sesetengah penulis atau bloger - terutama bloger hantu jauh sekali hendak bertanggungjawab. Mereka akan menulis macam tok juara dikir barat saja, karang ikut sedap mulut. Atau penanya macam kaki laba-laba lotong yang mengarut membuat sarang untuk memerangkap mangsa tidak kira apa benda.
Murai berharap mata Hambli tidak saja cerah bila melihat isu yang ada kaitan dengan pembangkang. Jangan peka dan prihatin kepada isu yang boleh memburukkan pembangkan saja, tetapi silaulah juga kepada pihak kerajaan. Penulis profesional akan menulis berpandaukan etikanya bukan berapa pujian kita itu akan dibayar. Kita menulis berdasarkan prinsip berkata benarlah walaupun pahit dan bukan berpandukan kepada berapa banyak helain RM. Murai fikir Hambali bukan jenis itu...
Dalam menulis beliau kenalah chek dan semak terlebih dahulu berita atau maklumat yang diterima. Kena kaji apakah ia logik atau tidak dan apakah yang kita tulis itu menyebabkan orang itu dilihat sebagai jahat.
Sebagai bloger yang pernah jadi wartawan di surat khabar arus persanda sangat memalukan kalau fakta dalam tulisan tersasar jauh, apa lagi kalau fakta itu boleh menjatuhkan maruah dan merosakkan reputasi seseorang seperti mana kesalahan tertukar "Dr Chandra" itu. Murai percaya Dr Chandra Muszaffar tidak akan terasa hati dan marahkan Hambali kerana Hambali adalah anak muridnya.
Selalunya hati seorang guru tidak mudah terguris dengan kerenah dan sikap nakal muridnya. Guru adalah pendidik bukan pengadudomba. Paling-paling si guru itu akan menangis bersendirian kerana menerima perbuatan anak muridnya itu. Atas sifat manusia dan hubungan anak murid, kalaupun benar Dr Chandra itu Dr Chandra Muzaffar Hambali tidak sepatutnya menulis hal itu. Atas sikap sebagai anak murid beliau kena melindungi keaifannya.
Murai: Ada juga Hambali tulis mengenai Murai yang bukan saja tidak betul, tetapi berbau fitnah yang disengajakan untuk mengoyakkan ekor dan bulu-bulu Murai, Tak pa!
No comments:
Post a Comment