Wednesday, October 13, 2010

Berita Panas

Sultan Mohamed Ke V Tarik Gelaran Dato' Dari Ibrahim Ali

[kemaskini] BERITA yang menjadi bualan hangat di Pasir Mas khasnya dan di seluruh negeri Kelantan hingga ke Galas hari ini ialah penarikan balik gelaran Dato' yang dianugerkan kepada Ibrahim Ali oleh Sultan Kelantan. Penarikan balik itu dibuat oleh Sultan Mohamad Ke V. Perkara ini diumumkan dalam satu kenyataan rengkas oleh Pejabat Sultan dan dipetik beberapa blog dan protal berita.

Dari konteks Kelantan Ibrahim tidak lagi bergelar Dato'. Jadi mulai hari ini bolehlah ramai-ramai panggil Inchek saja, seperti mana saya panggil sebelum ini, Inchek Ibrahim. Saya sudah memanggil Ibrahim sebagai Inchek Ibrahim sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimana pun di luar Kuala Lumpur Inchek Ibrahim boleh lagi dipanggil Datuk. Saya faham dia masih ada dua gelaran Datuk, satu dari Melaka dan satu lagi dari Selangor. Datuk dari Melaka adalah terawal diterimanya tetapi beliau jarang menggunakan Datuk itu kerana nilainya dikata rendah berbanding Dato' Kelantan.

Datuk dari Melaka diterima semasa Rahim Tamby Chik menjadi Ketua Menteri Melaka.

Menganihkan juga penarikan gelaran Dato' ini kerana Inche Ibrahim yang juga Presiden kepada sebuah NGO dikatakan sangat memperjuangkan institusi raja-raja dan Melayu. Dalam pada itu Jumaat lepas beliau dilaporkan telah mengunjungi bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota.

Adalah dipercayai 300 peratus kunjungan Inchek Ibrahim itu tidak ada sangkut paut dengan tragedi luka hari ini. Tetapi dipercayai ada kes lain yang lebih besar. Apa dia? [wm.kl.11:00 am 13/10/10]

3 comments:

JAMILKUCING said...

memang elok pun sdr mso. patut org cam ni di sumbat je dalam penjara. pemecahbelah rakyat malaysia.

azman said...

Assalamualaikum mso

Jamil kucing jelah yg add...

Mso mmg dengki khianatkan sesama manusia ni?, kenapa? sebab tak sealiran ye?

Ape salahnya kita bersetuju untuk tidak bersetuju?. Jangan lain dimulut lain dihati.

Martoiriat said...

Salam MSO..
Anugerah gelaran Datuk ke, Datuk seri ke, Tan Tun ke... semuanya tidak ada kualiti pada hari ini. Siapa yang ada pulus atau kaki bodek atau pandai melobi, anugerah dan gelaran itu pasti dapat.
Contohnya orang-orang politik yang baru setahun jagung, dah dapat gelaran itu.
Kepada Berahim.. akurlah tarikan anugerah itu.. dah dasar pengkhianat, talam dua muka.. padam dengan muka..