Kontrektor Yang Bina Istana Negara Milik Kroni Umno
KETIKA Ibrahim Ali sedang bertarung dengan maut di Hospital Ampang Putri kerana melalui pembedahan jantung, Anwar Ibrahim berucap membahas ucapan belanja 2010 di Parlimen. Mungkin kalau Ibrahim ada di Dewan beliau dapat mendengar beberapa pendedahan menarik yang dibuat Anwar di mana memungkinkan beliau akan bersetuju dengan Anwar dalam beberapa perkara.
Salah satu didedahkan Anwar ialah mengenai misteri di sebalik pembinaan istana negara yang baru di mana banyak perkara-perkara diungkitkan Anwar menimbulkan tanda tanya dan keganjilan. Seolah ketelusan yang dijanjikan perdana menteri semuanya nihil kabne nihil belaka di sebalik projek raksasa berkenaan.
Misalnya dedah Anwar mulanya projek pembinaan istana negara itu berharga RM394.8 juta kemudian dinaikkan kepada RM649 juta. Manalala semasa kontrak itu diberikan pada Oktober 2008 ia dinaikkan kepada RM811 juta. Ini bermakna kenaikan kos projek itu sebanyak tiga kali.
Pembeian projek itu tanpa tander juga banyak melanggar syarat-syarat yang sepatutnya dipenuhi oleh kontrektor berkenaan. Tetapi kerana ianya milik kroni Umno semua syarat dan peraturan di langgar begitu saja.
Bukan itu saja yang mungkin memeningkan kepala rakyat berhubung dengan status syarikat yang memperolehi projek berkenaan iaitu Syarikat Mayamaju Sdn Bhd. Status syarikat ini meragukan. Menurut Anwar dari semakan dengan SSM syarikat berkenaan tidak pernah menjalankan perniagaan dan akaunnya domen. Ini menunjukkan syarikat berkenaan bukan syarikay berwibawa dan tidak layak menerima projek itu.
Syarikat itu juga tidak mempuyai sijik atau lesen daripada Pusat Khidmat Kontrektor (PKK) dan juga CIDB di mana lazimnya syarikat atau kontraktor seharusnya mempunyai lesen dari kedua agensi itu baru boleh ditawarkan projek apa lagi sebesar itu.
Paling pelik dan ganjil lagi projek berkenaan diberikan kontrak itu pada Oktober 2007 sedangkan ianya didaftarkan Ogos 2008? Rujukan syarikat berkenaan klik.
Syarikat itu adalah milik bekas bendahari Umno Merbok, Haji Man bin Mat.
Anwar akan menyambung perbahasann disebelah petang nanti apabila Dewan bersambung. Insyaallah saya akan menyorotnya. [wm.kl. 1:05 t/hari 18/10/10]
2 comments:
Bonus untuk kakitangan awam takde sbb takut defisit belanjawan.Rakyat diminta berhemah dlm berbelanja tetapi sikap kerajaan sepertimana yg berkait dgn pembinaan istana negara itu satu sikap yang wajar ditegur dan diragui. Kalau benar syarikat didaftar selepas hampir setahun kontrak ditandatangani itu merupakan satu kesalahan yang wajar diheret ke mahkamah.Dakwa dan hukum mereka yg terlibat.
Kesilapan dan sikap double standard seperti inilah yg akan membankrapkan negara.Dari sekitar 300 juta meningkat menjadi 800 juta kos pembinaan itu bukan satu kecil2 punya belanja..entahlah.Kerajaan masih tidak mahu berubah,masih ego dan bongkak dengan rakyat.Mereka sesuka hati berbelanja dan mengabaikan kuasa yg diberi rakyat..sudah makin hampir kejatuhan kuasa kerajaan rasanya cuma menunggu trumpet PRU13 dibunyikan sahaja..
Kempen politik di Galas dan Batu Sapi wajar dedahkan isu ini.Isu rumah menteri yg juta2 ringgit itu juga wajar dibongkar.Korek lagi sikap boros pemimpin yg melibatkan wang negara...biar rakyat lebih sedar sikap pura2 kerajaan@pemimpin yg sedang berkuasa.Mereka seperti tidak insaf dan belajar dari keputusan PRU12 yg lalu.Jgn ingat suasan tenang hari ini rakyat dianggap menyokong kerajaan kerana sebelum PRU12 dahulu juga suasananya hampir sama...namun rakyat bersuara bila sampai waktu utk mereka membuat keputusan.Tun Mahathir acap kali menegur kerajaan,mcm2 kritikan dan nasihat diberi namun nampaknya kata2 Tun M itu umpama nasihat seorang ayah kepadanya yg sedang lalok dengan dadah..langsung tidak diendahkan.
Kerajaan seperti sudah menempah 'pusara politik masing2' menjelang PRU13 akan datang.Mereka seperti tidak percaya dengan penolakan rakyat terhadap kerajaan yg ada jika masih terus dgn sikap sekarang..org kata,kalau mmg dah hampir nak mati, manusia itu akan berperangai pelik seperti buang tabiat,rasanya sikap buang tabiat ini sudah ada dalam diri pemimpin UMNO dan sekutunya..tidak berubah dan kekal dengan sikap degil mereka mentang2lah mereka berkuasa..takpe,kita tunggu dan lihat siapa yg akan tumbang dan 'lumpuh' selepas PRU13 nanti..
dato' raja azwane tu, kawan saya. dia adalah kroni kepada ytl group. share dia hanya 25%, 75% lagi dipegang oleh ytl dalam syarikat temokin berhad. yg dapat projek buat lebuhraya di seremban. anak menakan kepada sulatan negeri sembilan dan negeri perlis. dengar kata projek istana tu. raja perlis minta sebagai hadiah persaraan beliau. saya dan raja azwane pernah susah senang bersama pada awal tahun 1995-1997. sampai nak buka kompeni pun pinjam duit saya. org yg sangat kedekut. maklumat lanjut sila hubungi mustafa 0192237719. company secretary dia. en. mustafa nama dia. saya cukup menyampah dengan group ni, buat duit dari duit rakyat. meniaga tak pandai. ambil duit rakyat pandai.
Post a Comment