Sunday, October 17, 2010

Panggilan Pulau

Semoga Allah Selamatkan Ibrahim Ali

SEPERTI mana yang dilaporkan dalam beberapa protal berita dan juga media, esok Presiden Perkasa, Ibrahim Ali akan menjalani pembedahaan jantung di hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sejak kelmarin setelah mengadu sakit dada. Selepas pemeriksaan dijalankan doktor mencadangkan agar beliau membuat pembedahaan segera.

Semalam hanya keluarga terdekat dan kawan rapat saja dilaporkan dibenar untuk menemui beliau. Keadaan itu boleh difahamkan keadaan Ibrahim serius dan memerlukan penjagaan rapi.

Hari ini bekas PM, Mahatahir Mohamad dan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilaporkan menziarahi Ibrahim dihospital. Kehadiran Mahathir tidak mengejutkan kerana Mahathir rapat dengan Ibrahim dan hubungan mereka lebih daripada seorang politician sebalinya sebagai anak dengan bapa.

Sebaliknya bila Khairy juga menziarahi ia mengejutkan. Di sini menunjukkan ketua pemuda berkenaan mempunyai ehsan dan sifat perikemanusiaan yang tinggi. Kalau itu juga boleh disifatkan politik ianya satu politik ada kelas. Kedatangan Khairy sudah tentu menyenangkan Ibrahim dalam saat-saat beliau terlantar begitu. Sepatutnya bukan Khairy saja yang wajar menziarahi Ibrahim tetapi Najib dan pemimpin Umno yang rata-rata kawan baik Ibrahim juga perlu menjenguknya.

Saya tidak hairan kalau Ibrahim terus dikunjungi rakan dan kawan. Dia seorang yang mesra kawan dan sanggup berkobrankan untuk kawan-kawannya. Dia juga seorang pemurah dan suka membantu kawan. Malahan ramai kawan-kawan disekelilingnya mencari atau menumpang makan daripadanya.

Ibrahim juga seorang yang prihatin kepada manusia lain. Semasa saya rapat dengannya dan berjalan ke serata tempat dalam usaha untuk mendekatkan beliau dengan rakyat khasnya orang Pas, Ibrahim akan meziarahi sesiapa saja yang diketahuinya sakit. Bagi tahu saja kepadanya beliau akan menziarahi tidak kira diceruk mana orang itu terlantar. Khabarkah kepadanya mengenai masalah kewangan anak-anak untuk ke sekolah atau universiti akan dikirimkannya menerusi bank.

Saya ingat bekas MB Johor, Othman Saat dan bekas Adun Perak yang sakit bertahun-tahun tidak siapa mempedulikannya. Tetapi Ibrahim satu hari kebetulan ke Johor Bharu mengambil kesempatan untuk menziarahi Othman Saat. Kunjungan beliau itu saya laporkan dalam Siasah membuka mata banyak pihak. Manakala beliau sanggup ke Perak semata-mata untuk meziarahi bekas Adun berkenaan yang sakit. Semasa bertemu Adun berkenaan sudah pun tidak mengenalinya.

Atas kebaikan dan sikap beliau yang satu ini saya merayu kepada semua penjengok blog saya agar mendoakan untuk kesejahtraan Ibrahim. Sama-sama kita mendoakan kepada Allah biarlah pembedahan jatungnya besok berjalan lancar tanpa sebarang implikasi sampingan.

Kita lupa sekejap rasa tidak senang kita kepada beliau dan kita buang kejengkilan itu. Kita anggap itu adalah firah manusia yang lemah. Mudah-mudahan selepas beliau selamat menjalani pembedahan nanti diberikan Allah kekuatan dan ksihatan untuk beliau meneruskan perjuangannya. Kita juga mendoakan agar perjuangan yang sedang beliau layar kini biarlah diterima dan menepati tuntutan Allah s.w.t. [wm.kl. 6:00 pm 17/10/10]
Post a Comment