Sunday, October 17, 2010

Panggilan Pulau

Semoga Allah Selamatkan Ibrahim Ali

SEPERTI mana yang dilaporkan dalam beberapa protal berita dan juga media, esok Presiden Perkasa, Ibrahim Ali akan menjalani pembedahaan jantung di hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sejak kelmarin setelah mengadu sakit dada. Selepas pemeriksaan dijalankan doktor mencadangkan agar beliau membuat pembedahaan segera.

Semalam hanya keluarga terdekat dan kawan rapat saja dilaporkan dibenar untuk menemui beliau. Keadaan itu boleh difahamkan keadaan Ibrahim serius dan memerlukan penjagaan rapi.

Hari ini bekas PM, Mahatahir Mohamad dan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilaporkan menziarahi Ibrahim dihospital. Kehadiran Mahathir tidak mengejutkan kerana Mahathir rapat dengan Ibrahim dan hubungan mereka lebih daripada seorang politician sebalinya sebagai anak dengan bapa.

Sebaliknya bila Khairy juga menziarahi ia mengejutkan. Di sini menunjukkan ketua pemuda berkenaan mempunyai ehsan dan sifat perikemanusiaan yang tinggi. Kalau itu juga boleh disifatkan politik ianya satu politik ada kelas. Kedatangan Khairy sudah tentu menyenangkan Ibrahim dalam saat-saat beliau terlantar begitu. Sepatutnya bukan Khairy saja yang wajar menziarahi Ibrahim tetapi Najib dan pemimpin Umno yang rata-rata kawan baik Ibrahim juga perlu menjenguknya.

Saya tidak hairan kalau Ibrahim terus dikunjungi rakan dan kawan. Dia seorang yang mesra kawan dan sanggup berkobrankan untuk kawan-kawannya. Dia juga seorang pemurah dan suka membantu kawan. Malahan ramai kawan-kawan disekelilingnya mencari atau menumpang makan daripadanya.

Ibrahim juga seorang yang prihatin kepada manusia lain. Semasa saya rapat dengannya dan berjalan ke serata tempat dalam usaha untuk mendekatkan beliau dengan rakyat khasnya orang Pas, Ibrahim akan meziarahi sesiapa saja yang diketahuinya sakit. Bagi tahu saja kepadanya beliau akan menziarahi tidak kira diceruk mana orang itu terlantar. Khabarkah kepadanya mengenai masalah kewangan anak-anak untuk ke sekolah atau universiti akan dikirimkannya menerusi bank.

Saya ingat bekas MB Johor, Othman Saat dan bekas Adun Perak yang sakit bertahun-tahun tidak siapa mempedulikannya. Tetapi Ibrahim satu hari kebetulan ke Johor Bharu mengambil kesempatan untuk menziarahi Othman Saat. Kunjungan beliau itu saya laporkan dalam Siasah membuka mata banyak pihak. Manakala beliau sanggup ke Perak semata-mata untuk meziarahi bekas Adun berkenaan yang sakit. Semasa bertemu Adun berkenaan sudah pun tidak mengenalinya.

Atas kebaikan dan sikap beliau yang satu ini saya merayu kepada semua penjengok blog saya agar mendoakan untuk kesejahtraan Ibrahim. Sama-sama kita mendoakan kepada Allah biarlah pembedahan jatungnya besok berjalan lancar tanpa sebarang implikasi sampingan.

Kita lupa sekejap rasa tidak senang kita kepada beliau dan kita buang kejengkilan itu. Kita anggap itu adalah firah manusia yang lemah. Mudah-mudahan selepas beliau selamat menjalani pembedahan nanti diberikan Allah kekuatan dan ksihatan untuk beliau meneruskan perjuangannya. Kita juga mendoakan agar perjuangan yang sedang beliau layar kini biarlah diterima dan menepati tuntutan Allah s.w.t. [wm.kl. 6:00 pm 17/10/10]

5 comments:

ahmadyani said...

Sebagai manusia yang punya hati dan perasaan, kita patut mendoakan Ibrahim Ali agar selamat dalam pembedahannya

john said...

Setuju..jangan dilawan musuh ketika mereka dalam keadaan tidak sihat..tidak adil! semoga beliau sembuh dan insaf ataupun kembali seperti mana sebelumnya dan kita akan sreang semula...

Unknown said...

salam mso,
maki hamun inchek berahim masih segar dalam ingatan..dan seandainya jika wad lebih baik dari beliau diluar maka eloklah beliau lebih lama didalam sana sekurang kurangnya beliau tidak mampu membuat dosa dengan memaki hamun orang lain sesuka hati dengan mulut celuparnya..lagi lla dalam wad lagi baik..gunakanlah masa yang ada untuk mendekatkan diri pada Allah...bertaubat banyak2..yang pasti amanah saya melalui undi beliau khianati...padang mashar penentunya

Salleh - Putrajaya said...

Kita berjuang, berhujjah, memberikan pandangan, bertegang leher dan lain-lain dengan kepercayaan bahawa kita betul, Allah meredhai kita, tindakan dan kepercayaan kita adalah lebih tepat.

Begitu juga En. Ibrahim ini, dia percaya bahawa selama ini dia berjuang, berhujjah dan bertegang leher dengan kepercayaan bahawa dia betul dan di jalan yang benar.

Diantara kedua-dua perbezaan pendapat ini, ketahuilah bahawa hanya Allah sahajalah yang lebih mengetahui.

Jika begitu, disebalik kita nampak tegas dengan pendirian masing-masing, kekalkanlah juga hubungan baik sesama manusia kerana Hanya Allah Yang Maha Mengetahui perjuangan siapakah yang diterimaNya.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Tuan,
Sebetulnya dalam politik kepartian baik PAS, UMNO mahupun mana2 parti sekalipun, tiada yang betul2 CUCI daripada noda dosa seperti pembohongan, penyelewengan, cah keting sesama sendiri atau apa sahaja. Itulah RELAITINYA.
Jadi apabila ada seorang dua pemain politik yg berada dalam keadaan seperti Sdr. Brahim dan yg lain2, maka mendoakan akan kesembuhan dalah yg paling molek sekali. SYABAS tuan MSO. Sekali lagi tuan berjaya meletakkan keperluaan keadaan melebihi dokma kebencian. Itukah nilai ketinggian budi. p/S : Tn, Mat Maslan ada melawat Sdr. Brahim tak hehehhehe