Sikap Buruk Media Massa Malaysia
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (N UJ) katanya akan berjumpa dengan MB Kedah Azizan Razak untuk mendapat penjelasan berhubungan larangan kerajaan Kedah kepada beberapa media massa dariapa membuat liputan sidang DUN Kedah dua hari lepas. Larangan itu kerana media massa berkenaan dianggap biadap dan tidak bertanggungjawab dalam laporan mereka.
Tujuan NUJ itu ialah untuk mendapat penjelasan lanjut. Apa yang dilakukan NUJ itu baik untuk mendapat gambaran sebenarnya apa yang berlaku. Kalau dilihat dari sudut media arus persana yang dipamerkan kesalahan ialah Azizan Razak semata-mata.
Ramai yang tidak tahu hujung pengkal kenapa Azizan menjadi perungus dengan media massa terutamanya arus perdana yang menyeleweng fakta mengenai bantuan bajir. Sebagai MB tentulah Azizan marah dan 'murih' kerana memberi laporan yang tidak bertanggungjawab dan beretika.
Dan adalah haknya juga kalau beliau mengarahkan supaya pintu pagar bangunan SUK Kedah atau pintu Dewan Undangan Negeri dari dicerobohi oleh penyangat berlesen itu. Siapa yang tidak marah kalau orang memfitnah dan memburukkan kita tanpa fakta. Bukan bermakna wartawan yang memiliki pas media atau pas dari syarikat dimana mereka bekerja boleh melaporkan mengikut kehendak tuan mereka. Mereka perlu berpegang kepada prinsip kebebasan dan kebenaran dalam penyiaran.
Hendaknya NUJ bukan saja berjumpa dengan Azizan Razak untuk mendapat penjelasan dan menyiasat siapa yang salah. Tetapi NUJ juga harus berjumpa dengan pihak media yang dikatakan menyeleweng fakta dan menimbulkan kemarahan Azizan Razak. Misalnya cara RTM menonjolkan sikap peringus Azizan dengan mengulangi kata-kata Azizah tidak profesional, kejam dan tidak adil.
Kenapa ia dipusing berulang kali? Apa yang hendak ditonjolkan? Apakah wartawan RTM yang diherdik ataupun dikesali itu tidak bersalah? Apakah wartawan berkenaan sama suci dengan Zaid Ibrahim?
Saya percaya NUJ akan bersikap adil dan tidak akan memihak. NUJ diharap memperkatakan kebenaran dan tidak akan cuba menjadi alat ataupun perkakas kepada mana-mana pihak. Antara lain tujuan penubuhan dan peranan NUJ ialah untuk memastikan wartawan beretika sepanjang masa di samping membela nasib wartawan yang tertindas.
Nampaknya sikap melampau wartawan yang menjadi hamba kepada pihak tertentu makin berleluasa dan bermahaja lela. Ia bukan saja berlaku dari kalangan wartawan akhbar yang dikenal pasti menjadi lidah rasmi Umno tetapi agensi berita nasional yang selama ini diperakui akan nilai berita dan laporannya juga mula menunjukkan sikap mabuk.
Tenguk apa yang dilaporkan mengenai Husam Musa semalam, kononnya Exco Kelantan berkenaan membuat kenyataan Pas membuka pintu kepada Zaid Ibrahim. Sebaik melihat tajuk berita itu saya sudah merasakan ia ganjil dan pelik. Saya tidak fikir Husam secepat itu membuat panggilan dan seruan 'haji' kepada Zaid sebelum Zaid masih lagi mengenakan ikhram atau mamasang niat.
Ternyata hari ini Husam menafikan laporan agensi berkenaan. Kata Husam laporan itu hanya rekaan semata-mata dan bukan lahir dari lidahnya. Husam kesal dan marah dengan laporan itu. Beliau meminta agensi itu membuat pembetulan. Kalau agensi itu enggan membuat penjelasan Husam perlu bertindak termasuk menyaman agensi berkenaan.
Laporan sebegitu sengaja untuk merosakkan imej Husam. Pada tilikan saya ada niat untuk memburukkan Husam dan sekaligus memecah belahkan perpaduan dalam Pas.
Apa yang berlaku itu tentulah sungguh dikesalkan kerana ia berlaku atau dilakukan oleh sebuah egensi nasional. Kalau agensi nasional juga sanggup membuat berita dari laptop berskrin syaitan apalah dengan akhbar atau media yang jelas menjadi lidah parti.
Celakaan saya ini bukan saja kepada media arus persana yang menjadi lidah kepada Umno. Tetapi media lain yang bebas dan pro pembangkang juga harus berhati-hati. Anda kena jaga etika dan prinsip kebebasan berakhbar. Apa yang penting ialah melaporkan atas kebenaran dan natijah kebaikan bukan memecah belahkan.
Saya bimbang kalau media massa tidak menjadi etika masing-masing menyebabkan media massa di negara ini tidak akan dipercayai lagi. Rakyat akan menerima akhbar atau media massa tidak lebih daripada bacaan untuk menghambat bosan saja tetapi bukan untuk mengambil apa-apa iktibar atas peranan itu kerana mereka diragui. [wm.kl. 2:15 pm 16/11/10]
1 comment:
Tuan MSO
Suka saya memetik ayat tuan"menyebabkan media massa di negara ini tidak akan dipercayai lagi".
Saya telah tidak mempercayai media masa sejak 12 tahun lalu kerana sikap media yang hanya mementingkan dan menjaga bahu sebelah kanan yang mana bahu sebelah kiri tidak di pedulikan malahan dihina dan dianggap tidak berguna.Walhal tidak ada bahu kiri sudah dianggap satu anggota yang cacat.
Bersekongkol dengan berita-berita mengaibkan manusia yang belum pasti kebenaran.
Sentiasa mencari beritadan mensensasikan berita demi kepentingan tuan besar akhbar berkenaan. dan banyaklah kebencian saya media massa hari ini.Media yang tidak menambah ilmu dan membacanya tidak memberi faedah.
Post a Comment