Thursday, November 4, 2010

Selingan Istimewa

Mengenali Wajah Sebenar Mohd Noor Idris
Menerusi Debat Lakonan Bikinan Umno


MENEJLANG pilihan raya umum ke 12 dua tahun lalu UBN telah melancarkan satu projek untuk menjatuhkan maruah Pas dan menimbulkan kebencian umum kepada parti Islam itu. Projek berkenaan ialah satu sandiwara debat kononnya di antara Umno dengan Pas yang menghuraikan isu kafir mengkafir.

Debat berkenaan dirakam secara tertutup di Jakim dan disebarkan kepada umum. Tujuan ialah untuk memberi penjelasan mengenai tuduhan (Takfir) oleh Pas terhadap Umno yang menuduhkan Umno kafir. Debat itu dipengerusi oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Penasihat Agama Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

Debat itu dilakonkan dua kumpulan, satu kumpulan Pas dan satu kumpulan Umno yang juga terdiri dari mereka yang murtad dari perjuangan Pas. Mereka yang menjadi ahli panel mewakili Pas ialah bekas Pesuruhjaya Pas Terangganu, Haji Ghazali, bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas Malaysia, Wan Ismail Wan Ahmad, bekas aktivis Pas yang cuba menjadikan Pas sebagai gerakan ekstrimis, Omar Khalid dan bekas ahli Pas Mohd Noor Idris. (Mohd Noor Idris ini adalah orang berkopiah merah di tengah yang menghina dan menggasak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika Mursyidul Am Pas itu mengunjungi rumah bekas Adun Galas, Omar Mohamad dua tiga hari lalu seperti mana dimuatakan dalam you-tube).

Sementara di pihak Umno pula terdiri dari bekas calon Pas DUN di To Uban, Pasir Mas Mustapa Taib yang kini Pegawai Khas (Agama) Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed dan seorang lagi bekas Naib Presiden Pas Nakhaei Ahmad.

Di dalam debat ini Mohd Noor kononnya menjadi ahli Pas. Beliau mendedahkan bagaimana tindak tanduk Pas mengkafirkan orang Umno dan menganggap negara ini bukan negara Islam. Apa yang disuarakan oleh Mohd Noor itu merupakan pandangan dan pegangan beliau ketika berada di dalam Pas. (Sedutan debat di dalam you tube di atas)

Apa yang terluah menerusi debat ini, orang mengetahui siapa sebenarnya yang mengkafikran Umno dan kini cuba pula mengkafirkan Pas selepas mereka keluar dari Pas. Saya tidak mahu membuat kesimpulan tetapi penjenguk dapat menilai sendiri segala tindak tanduk oportunis mereka.

Walaupun tujuan debat itu mendedahkan akan kebobrokan Pas, tetapi ia secara tidak langsung menyerlahkan sikap ahli panel berkenaan terutama orang berkopiah merah di tengah.

VCD debat berkenaan yang mengandungi tiga keping diedar secara percuma sebagai propaganda Umno untuk memburukkan Pas. Kepada sesiapa yang belum mendengarnya dan ingin memilikinya boleh menghubungi saya menerusi email. Iklan VCD itu akan dikeluarkan nanti dan sedikit bayaran urusan pengiriman akan dikenakan. [**** 10:50 am 04/11/10]

No comments: