Thursday, November 4, 2010

Pilihanraya Kecil Galas

Proses Pengiraan Undi Di Galas Sedang Berlangsung

BN Sudah Atas Pas

7:00 pm -
BN terus meninggalkan Pas dengan memperolehi 2,834 manakala Pas 2,270. Majoriti 564 undi.

6: 50 pm - Jumlah pengira undi dibeberapa pusat pengundian sudah pun hampir selesai. Sesetengahnya sudah pun diketahui. Setakat ini calon BN, Abdul Aziz Yusuf 2,396 memperolehi undi manakala calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad mendapat 2,186 undi. Kelebihan sebanyak 210 undi. Sementara itu para bertugas Pas sudah ramai meninggalkan bandar Gua Musang menuju ke detinasi masing-masing.

5: 50 pm
- Berbagai spekulasi mengenai keptusan di Galas. Beberapa pemerhati Pas yang menghubungi berbelah bahagi. Ada yang yakin Pas menang dan ada yang sudah mengaku kalah dan sudah meninggalkan bandar Gua Musang.

Di pihak Umno pula walaupun yakin menang tetapi belum berani mengesahkan. Setakat ini mereka yakin BN menmang sekitar 300 undi. Angka ini juga sama dengan peramal dari pemerhati Pas.

Seorang Adun Pas pula memberi tahun mereka dapat 200 undi Orang Asli dan semua saluran di kawasan bukan Orang Asli meningkat kepada Pas. keputusan rasmi juga belum ada. Menurutnya pekerja Umno sedang mengumpul gambar Najib. Saya percaya mereka akan membawa ke Dewan Sivi ke tempat penjumlahan undi.

Media yaqng berkubu di Pusat Media pula rata-rata yakin UBN akan memang.


5: 20 pm - Semua 12 pusat pengundian di Galas telah ditutup tepat jam 5:00 petang, Menurut SPR, peratus keluar mengundi sebanyak 76%. Angka ini belum dicampur dengan peratus keluar mengundi di empat pusat pengundian di kawasan Orang Asli. Bagaimana pun pihak SPR yakin peratus akan melebuhi 80%.

Peratus keluar mengundi pada tahun ialah 80.89. Waktu ini pengiraan undi di pusat pengundi sedang rancak dilakukan. Kurang sejam lagi keptusan tidak rasmi dijangka diketahui. [*** 5:20 pm 04/11/10]

2 comments:

ahmadyani said...

Siapapun yang menang di Galas dan siapa juga yang menang di Batu Sapi, walau dia bukan sokongan kita, kita patut ucapkan tahniah. Saya percaya inilah sikap orang yang berjiwa BESAR

JBS said...

Betul kata si Ahmad Yani tu. Kita bukan hanya kena berjiwa besar, berbini besar, berumah besar, berkereta besar, mempunyai wang yang besar, merasuah besar, menipu besar malah korupsi pun kena besar. Semua kena besar, biar roh kita sahaja yang kecil. Tahniah juga kepada Israel (Zionis) kerana berjaya membunuh ramai rakyat Palestin (bangsa Rasullullah). Tahniahlah ya, kerana Israel (Zionis) ini pun berjiwa besar, macam kita kan?