Thursday, November 4, 2010

Titik Dan Koma Di Galas

BN Menang Dengan Majoriti lebih 1,000 Di Galas

Keputusan muktamad: BN 5,324 Pas 4,143 Majoriti 1,190. Undi Rosak 132 Peratus keluar mengundi 83%.

Keputusan tidak rasmi BN menang dengan majoriti lebih 1,000 undi di Galas. Kemenangan ini menyeronokkan Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan ini juga dikira ganjil dan pelik serta diluar perkiraan ahli Pas bawahan.

Bagaimana pun saya percaya kelalahan ini sudah pun dibaca oleh sesetengah pemimpin Pas sejak awal-awal lagi.

Saya akan menyediakan ulasan khas atas kekalahan Pas dan kemenangan BN - Tengku Razaleigh ini. Tunggulah menjelang tengah malam nanti. InsyaAllah.

Keputusan rasmi pilihan raya Batu Sapi.

Calon BN, Linda Tsen Tau 9,769
Calon SAPP Yong Teck Lee 2,031
Calon PKR Anshari Abdullah 3,414
Majoriti: 6,359.

4 comments:

tunjang-alam said...

Tuan MSO,isu tanah teroka rasanya memainkan peranan yg penting dlm menentukan undian di Galas,kerajaan negeri seharusnya lebih peka dan sensitif,jangan lagi tanah yg diusahakan rakyat diambil utk diberi kpd syarikat2 luar,percepatkan proses pengeluaran geran bagi tanah yg sudah dibayar jelas dan sedia menerima teguran jika ada kelemahan di dalam pentadbiran.

Unknown said...

Saya setuju dengan tuhjang alam..
Mungkin ini merupakan permulaan yang baik buat BN di Kelantan..

ANAFAKIR said...

Kekalahan di Galas menjadi satu isyarat untuk PAS bermuhasabah diri kerana mungkin apa yang diputuskan rakyat dalam PRK tersebut adalah teguran dan sinis tajam kepada PAS Kelantan khususnya.

Mungkin benar, isu ladang rakyat, isu tanah orang Asal, isu tanah kubur mereka dimusnahkan oleh pemaju atau kontraktor dengan kesedaran atau di luar kesedaran kerajaan PAS perlu diperbaiki segera. Rintihan dan keluhan masyarakat orang Asli perlu diambilberat.

PAS jangan suka berjanji meniru style UMNO dulu2..untuk tunaikan janji begitu berat.Berjanjilah jika mampu untuk tunaikan janji, bukan berjanji dengan perkara-perkara yang mustahil untuk dilunaskan.Jgn tiru budaya munafik UMNO-BN menabur janji macam2 sdgkan mereka berkeupayaan pun tidak tunaikan janji-janji mereka maka PAS dan pakatan pembangkang yang jauh dari mampu usahlah berjanji pelbagai perkara dengan rakyat.Ukur baju di badan sendiri...itu terbaik dan lebih mulia.

a.misni said...

Tuan, ini menunjukan pengundi di Galas dan Kelantan amnya inginkan pembangunan. Membangun bersama Islam jangan hanya dijadikan slogan atau kata-kata retorik yang sedap di dengar. Atasi segala masalah yang di hadapi rakyat.Terima kasih