Wednesday, November 10, 2010

Terbiar Atau Dibiar!

Ada Mangsa Banjir Yang Tersisih di Kedah

HARI ini seharian saya tinggalkan Kuala Lumpur. Tinggal politik dan tinggal amokan gila orang-orang politik yang hilang pedoman dan ditawan nafsu amarah mereka. Saya berihat jauh di Utara sana, ke Kedah untuk meninjau keadaan banjir. Banyak kisah ataupun cerita sedih pasca banjir yang masih tidak terungkap dan tersingkap.

Saya bertolak selepas Subuh dengan sdr Zulaimi, pengusaha kopi berkhaisat - Kopi Janda. Zurimi antara usahawan bumiputera yang gigih dan berjaya suka membantu orang miskin. Bukan saja di Malaysia, tetapi di Indonesia, Kemboja juga dia ikut membantu.

Bila sebut Zulaimi, saya teringat kepada Rusdhan Mustafa, ahli seumur hidup Pas dan bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno Rantau Panjang, yang cuba didiskriminasikan oleh Fatah Haroh. Rusdhan juga seorang deraman. Pantang ada duit ada-ada saja yang hendak dibantunya. Semasa tsunami melanda Aceh, 2004, gempa bumi di Yogyjakarta 2006 antara lokasi yang dituruni Rushdan untuk membantu mangsa malapetala itu. Selepas habis duit yang dibawa baru dia akan pulang ke tanah air. Itulah Rusdhan.

Saya tidak tahu ke mana Zulaimi hendak bawa dan nak tinjau di Kedah hari ini. Saya ikut saja. Bagi saya penting ke Kedah untuk melihat dengan mata kepala sendiri sehebat mana bencana banjir di negeri jelapang padi itu dan dirakam dengan camera saya sendiri. Bila pergi barulah tahu segala-galanya. Kisah sebenar di sebalik bencana alam itu dapat dihidu satu persatu.

Sepanjang lebuh raya di Jitra ke Kubang Pasu air banjir sudah kering. Sudah hampir 90% air sudah surut. Yang tinggal hanya kesan-kesan banjir, bendang yang bergelupas dan comot. Di beberapa kawasan dalam majlis daerah Jitra juga sudah bersih. Semacam tidak ada banjir yang melanda. Ini bermakna cekap juga Majlis Daerah Jitra dan Kubang Pasu khasnya dan pihak berkuasa PBT kerajaan Kedah membersih kotoran dan sisa akibat banjir dan juga membantu mangsa.

Khabarnya jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat perpindahan sudah berkurangan. Lewat petang ini jumlahnya sudah tinggal beberapa ribu saja. Harap menjelang esok semua mangsa akan pulang ke rumah masing-masing untuk menjalani kehidupan seperti biasa dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Walaupun kerajaan Kedah cuba membantu sedaya mungkin, tetapi ada juga dua tiga orang menteri yang mempertikaikan kononnya bantuan lewat dan tidak merata. Biasalah menteri Umno akan berkata demikian kerana Kedah negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat, Pas. Masa banjir di Johor empat tahun lepas, kumpulan baju merah keras (Unit Amal Malaysia) yang terawal datang membantu. Kerajaan Kelantan juga telah memperuntukan RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Kalau hendak ikut, Kelantan tidak payah membantu kerana Johor kaya. Tetapi bukan begitu, naluri keinsanan kerajaan Kelantan yang dipimpin Tok Guru Nik Aziz dengan slogan Membangun Bersama Islam cukup tinggi. Saya masih ingat bagaimana Exco Kanan Kelantan, Husam Musa pusing ke segenap daerah yang ditenggelami banjir di Johor dan menyampaikan bantuan sekadar termampu.

Sebaliknya masa Kelantan di landa banjir dua tahun kemudian, ataupun Kedah dilanda banjir hari ini tidak pula kedengaran kerajaan Johor menghantar bantuan. Yang ada orang dari Johor mengkritik mengenai kelambatan bantuan dan melihat usaha membantu mangsa banjir berjumlah puluhan ribu itu dengan mata 'juling'.

Biasalah bila melibatkan puluhan ribu mangsa, bantuan tidak lancar dan ada yang ketinggalan atau keciciran. Masalah terlepas pandang ini berlaku dalam musibah begitu. Apa lagi katanya berlaku pertindihan dalam mendaftar mangsa banjir. Ada pihak kerajaan Kedah dan ada pihak kerajaan Pusat.

Pihak Umno pula ligat mengutip barang di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kemudian melebelkan dengan lambang Umno atau dacing untuk dibahagikan kepada mangsa banjir. Mereka dikatakan mengaku barangan itu dari mereka, walhal ianya adalah milik kerajaan yang patut dibahagikan kepada semua mangsa tidak kira fahaman ideologi siasah. Apakah dalam keadaan matapetaka begitu juga hendak main politik? Hebat sungguh politik orang Melayu mengalahkan politik Barat.

Dalam tinjauan saya ke beberapa kawasan dilanda banjir seharian ini, terdapat mangsa di sebuah kampung tidak mendapat apa-apa bantuan. Kampung itu ialah kampung belakang Taman Bunga Raya, terletak dalam dearah Kubang Pasu. Di sini terdapat antara lapan hingga 10 keluarga mangsa banjir. Rumah mereka ditenggelami air hingga hapus kepala.

Keadaan kampung mereka semasa banjir sungguh azab. Katanya yang terkuat. Ada yang menyelamatkan diri keluar menerusi tingkat kerana air sudah memenuhi rumah. Paling tragis bagaimana bayi berusia enam bulan di bawa keluar menerusi bumbung rumah. Seorang nenek yang usur pula di bawa keluar menerusi jendea dengan bantuan bomba.

Semua peralat rumah rumah; periuk, dapur, peti sejuk, tv, pakaian, kerusi meja dan buku sekolah musnah. Timbunan batang yang cuba diselamatkan seperti tilam, bantal dan selimut serta kain baju masih berselerak belum dibersihkan. Menurut penduduk barangan tidak dapat diselamatkan kerana air naik begitu cepat, tambahan pula jam 3:00 pagi.

Malang bagi penduduk ini selepas pulang dari pusat pemindahan mereka belum menerima apa-apa bantuan dari mana-mana pihak. Memerhati kehidupan mereka saling tidak tumpah seperti mangsa tsunami di Aceh.

Ternyata mereka terbiar dan trsisih dari menerima sebarang batuan. Kenapa? Di manakah silapnya? Apakah kerana mereka miskin tidak seperti deratan rumah teres yang jaraknya tidak sampai 10 kaki? Sebegitu saya sampai mereka mengerumini saya untuk menceritakan mengenai malsaha dan kesulitan mereka dan memohon untuk mendapatkan bantuan. Mereka fikirkan saya pegawai mana-mana pihak yang datang untuk membanci bagi diberikan bantuan.

"Tolonglah saya, encik saya lapar...tidak ada apa yang hendak dimakan," begitulah keluh Esah hanafi, 64 tahun sayu. Beliau mendakwa sejak balik dari pusat pemindahan tidak ada apa-apa bantuan yang diterima dan makan ala kadar saja.

Katanya semasa di pusat perpindahan nama mereka dicatat dan disenaraikan, tetapi hingga kini setelah empat hari tiada apa-apa bantuan dihulurkan mana-mana pihak. Dia mengajak saya masuk ke dalam rumah untuk melihat sendiri keadaan rumah dan banyak barangan rumhanya musnah. Ternyata keadaanya sungguh mengharukan. Rata-rata penduduk berkenaan berkerja sendiri dan berpendapatan di bawah RM500 sebulan.

"Bantulah apa-apa pun kami terima," rintih Esah yang tinggal bersama enam anggota keluarga lain.

Perkara yang sama disuarakan oleh Ramli Ahmad, 60. Katanya sehingga hari ini tidak ada mana-mana pihak yang datang membawa apa-apa bantuan. Beliau yang berkerja sendiri dan sudah berusia sukar untuk memulakan kerja dalam keadaan sekarang. Rumahnya masih bersepak dan penuh dengan selut. Selera atau samangat untuk memulakan kerja pun hambar, katanya.

Seorang lagi mangsa banjir di kampung itu yang agak menyedihkan ialah Faizah Ibrahim 44, yang menghadapi banjir bersama enam orang anak-anaknya. Faizah yang dikatakan digantung tidak bertali oleh suaminya sejak lima tahun lalu, kebingungan dan sukar nuntuk meneruskan hidupnya seperti biasa. Trauma banjir masih menghantuinya.

Hampir seluruh barangan dirumhanya rosak teruk. Rumahnya adalah antara rumah yang paling dahsyat dilanda banjir. Paras air dalam rumahnya ketika banjir itu melebhi 10 kaki. Semua peralatan rumah termasuk buku sekolah dan pakaian anak-anak musnah dan rosak.

Bayangkan bagaimana beliau cemas dan panik semasa air naik untuk menyelamatkan anak-anaknya. Kudrat seorang wanita separuh abad untuk menyelamatkan anak-anak dalam keadaan gelap gulita. Tidak ada siapa membantu meneyelamatkan anak-anaknya kerena jiran lain juga sibuk untuk menyelamatkan diri dan keluarga masing-masing.

Tetapi ujarnya beliau bersyukur kerana tidak ada kejadian buruk berlaku. "Saya bersyukur kerana anak-anak selamat," ujarnya sayu.

Ketika saya menjenguk rumahnya beberapa orang jiran dan kakak iparnya sedang membersih lumpur dan selut di dalam rumah. Sebuah jentolak yang disewakan khas untuk oleh ahli Majlis Daerah Jitra, Abdul Basir sedang membersih di kawasan rumah Faizah.

Seperti mangsa lain juga Faizah sangat memerlukan batuan terutamana pakaian dan makanan. "Kalau hendak ikut keperluan semua perlu, tetapi paling terdesak ialah makanan dan pakaian sekolah anak-anak," katanya.

Saya dan Zurlaimi bercadang untuk meengujungi kampung itu sekali lagi pada Sabtu atau Ahad depan untuk membawa apa-apa bantuan yang diperlukan. Jadi kepada para penjenguk yang ingin menghulurkan derma atau menyumbang sebarang bantuan bolehlah ikut sama dengan menghubungi saya di email atau telefon. [wm.kl. 10:30 pm 10/11/10]


Meskipun ditinggal suami namun Faizah masih boleh tersenyum, menandakan dia bersykur kerana anak-anaknya selamat.

Inilah bayi berusia enam bulan yang diselamatkan menerusi bumbung rumah.

Ikut jendela inilah seorang nenek di bawa keluar oleh Bomba.

Sebahgian peralatan tidur Esah yang musnah.

Longokkan barangan rumah yang musnah masih belum dibuang.

Hampir semua peralatan rumah Ramli ini sudah rosak.

Esah merenung jauh ke depan mengenangkan nasibnya yang tidak terbela oleh sesiapa?

Jentolak yang disewa khas untuk membersihkan sampah sarap di Kampung belakang Taman Bunga Raya, kelihatan Bashir dan Zulaimi.

2 comments:

Hishamuddin said...

Salam...

saya simpati pada mangsa2 banjir di seluruh negara. Cuma saya nk lontarkan 1 cadangan samada pada kerajaan pusat atau negeri.

Apa salahnya SEBELUM musim tengkujuh nk datang kerajaan menyediakan tempat tinggal sementara bg penduduk yg rumah mereka berisiko tinggi di naiki air. Ibarat kata pepatah, "sediakan payung sebelum hujan". Kita pindahkan mereka ini awal2 lagi daripada menunggu air dah nak naik hapus kepala baru la nk bg bantuan. Kerajaan boleh keluarkan sedikit peruntukan utk menampung keperluan tempat tinggal dan penyimpanan barang2 berharga penduduk di satu tempat yang lebih selamat. Dengan Cara ini saya rase kerajaan lebih dpt jimatkan wang.

Sekarang ini, hal banjir pun masing2 nk politikkan. "Sudah terhantuk baru terngadah" Sepatutnya masing2 cari jalan macam mane nk kurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda di musim tengkujuh ini.

Wassalam

abu muaz said...

salam... sudahkah tuan maklumkan hal ini pada ketua tentera merah kedah @ malaysia.??