Kekalahan Galas: Bedahsiasat Pas Perlu Jujur
KEJUJURAN dan keikhlasan penting dalam politik, bahkan dalam apa-apa juga. Kita tahu, tidak ada keikhlasan dan kejujuran sepenuhnya dalam politik. Atas prinsip politik itu ditunjangi rukun 4C, maka ia terdedahkan kepada penyelewengan dan ketidaktepatan menerusi apa dinamakan strategi ataupun muslihat.
Tetapi hendaknya fitnah itu tidak digunakan dan diamalkan untuk melindungi nanah dan barah di dalam diri. Jika ia digunakan nescaya diri akan merana. Demikian apa diharapkan dengan postmortem - bedah siasat ataupun kaji selidik dan pencarian sebab-sebab kenapa Pas kalah teruk di Galas tempoh hari.
Saya sudah membaca analisa dihidangkan oleh Setiausaha JPN Kelantan, Wan Nik Wan Yusuf berhubung dengan kekalahan Pas di Galas. Beliau nampaknya lebih percaya (suka) kepada statistik daripada menerima senario ke seluruhan pilihan raya berkenaan. Ulasan dan kajian Wan Nik itu berkisar atas kertas sahaja dengan melupai aspek lain yang penting misalnya soal semangat dan kesunguhan Pas menghadapi pilihan raya berkenaan. Tegasnya Wan Nik tidak cuba atau enggan menyelongkari apakah yang terjadi di balik tabir pilihan raya itu.
Menanrik dan logik statistik yang dikemukakan oleh Wan Nik. Ada sebab-sebab yang nyata dan jelas yang kemudian boleh diatasi di masa akan datang. Antara sebab atau punca kekalahan Pas menurutnya, kerana kegagalan Pas mendaftar pengundi baru dalam tempoh selepas 2008, berbanding denga keupayaan BN mendapat seramai 1,000.
Mengenai kemerosotan undi Orang Alis pula katanya disebabkan pengawalan ketat ke atas Orang Asli oleh UBN yang menggunakan berbagai agensi termsuk JOA, Tentera dan juga Rela.
Lain-lain alasan diberikan Wan Nik yang juga Setiausaha Politik MB Kelantan ialah mengenai calon. Menurutnya kemenangan Pas tahun 2008 kerana hemah dan pendekatan Che Hashim Sulaima (Allahyarham) dengan rakyat. Memahami ini bahawa Wan Nik menolak kekuatan (meganetik) Zulkfeli Mohamad tidak seberapa. Soalanya kenapa diambil juga Zulkefli apakah Pas sudah 'kasik' calon di Gua Musang?
Dapatan dihurai Wan Nik tidak boleh dinafi. Tetapi malang sedikit beliau tidak melihat aspek lain misalnya mengenai kesungguhan dan kelamahan Pas dalam menghadapi pilihan raya berkenaan. Beliau tidak ulas mengenai kelainan dan perbezaan pilihan raya Galas dengan pilihan raya kecil lain sebelum ini. Perkara paling jelas dan ketara dan menjadi sebutan ialah mengenai kelemahan jentera pilihan raya. Kenapa Wan Nik tidak menyorot hal ini?
Apakah kerana ia melibatkan skuad yang dibawa pengawalan beliau bersama pengarah, penasihat dan pengarah operasi (Tiga Abdul) maka beliau terlupa? Inilah kejujuran yang saya harapkan untuk mendapat kesimpulan yang benar dan tepat. Melupai hal-hal penting seperti ini samalah Pas cuba menipu diri sendiri dan diri ahli yang tulus. Sangat malang kalau Wan Nik juga bersubahat dengan Tiga Abdul?
Menjelang 24 jam hari mengundi, segala macam poster dan sebaran masih bertimbun di pos-pos Pas. Ia tidak disedari. Setengah petugas membawa balik untuk dijadikan pembungkus nasi berlauk. Kenapa ini berlaku. Ini menunujukkan tidak ada pemantauan dari bilik gerakan atau bilik gerakan alpa untuk menubuhkan jawatan kuasa pemantau.
Faktor kerajaan pusat yang mengunakan segala kemudahan bukan hujah lagi. Ia sudah satu kewajiban BN setiap kali pilihan raya tiba. Menangisi mengenai tindakan ini sia-sia saja. Kalau menangis sampai tumpah air mata darah pun ia tidak dapat atasi. Penyalahgunaan kuasa dan perogolan demokrasi oleh UBN itu sudah terbiasa dan mangli. Pas juga kalau suatu hari menjadi kerajaan akan mengeksploi segala kemudahan itu, cuma bezanya seidkit sahaja. Jadi faktor kerajaan Pusat bukan alasan konkrit lagi.
Wan Nik kena perkemaskan ulasan dan bedah siasat ringkas itu menjangkau hal-hal di luar kepompong yang JPN nampak. Jangan cuba mengulas untuk mempertahankan wibawa JPN. Pada saya dengan mengalami dua kali kekalahan (Manik Urai dan Galas) sudah wajar kalau JPN dirombak dan buang orang lama. JPN harus menyedari kelemahan diri sendiri.
Harus disedari tektikal dan strategi politik kini sudah banyak berubah. Pas atau bentuk kempen, pengendalian jentera pilihan raya juga perlu diubah atau melakukan anjakan. Kempen secara melancarkan propaganda bodoh seperti Pas yakin akan mnang besar dan sebagainya sudah tidak laku lagi. Pengundian juga semakin hari semakin bijak. Perkara yang kena difikirkan janganlah Pas meletakkan pengarah pilihan raya atau mereka bertanggungjawab menggerak operasi mereka yang lebih bodoh dari pengundi yang kertas undi mereka ditolak.
JPN bukan saja harus melihat kepada statistik dan hal-hal fizikal tetapi juga soal spritual dan semangat. Dalam pilihan raya Galas itu apakan kajian sikap bagi menentukan peratus pengundi dibuat sama berhubung dengan semangat? Kajian juga perlu dibuat sejauh mana semangat dan selera Pas itu sendiri mahu menang di Galas. Ia bukan saja dari kalangan ahli dan penyokong bawahan tetapi yang penting dari kalangan pemimpin sendiri.
Kalau kajian ini dibuat dan pimimpin sendiri nampaknya tidak berapa minat, kenapa diteruskan juga pilihan raya itu. Kalau setakat formaliti dan hendak jaga maruah Pas rasanya baik dilupakan saja kerana ia menyusahkan banyak orang dan banyak pihak. Wang juga tidak habis.
Mungkin apsek dalaman ini Wan Nik tidak tahu sangat? Bagaimana pun menjadi tugas dan tanggungjawab pihaknya membuat penyelidikan dan mencari rahsia ini bagi mendapatkan jawaban yang tuntas. Adalah diharap semoga elemen sebotaj ini akan dijadikan sebahagian daripada kesimpulan kekalahan Pas dalam bedah siasat nanti.
Saya mengatakan ini kerana ia terlatas (tersapa) di telinga saya kononya Pas tidak mahu menang pada pilihan raya kecil berkenaan. Pas menyertainya sebagai satu keperluan memenuhi syarat demokrasi saja dan untuk menjaga maruah daripada Pas dikatakan mengaku kalah sebelum berjuang. Ini bukan cerita yang dikarai tetapi dari mulut orang kuat Pas sendiri yang menjadi sendi dan nafas kepada organisasi siasah berkenaan. Siapa?
Jika Wan Nik atau sesiapa berminat ingin mengetahuinya boleh menghubungi saya. Saya tidak akan mendedahkan di sini kerana melibatkan maruah diri seseorang. Apa yang saya dengar dari tuturnya sendiri sungguh menyedihkan. Bagaimana ahli dan penyokong Pas dipermainkan begitu saja demi sebuah agenda peribadinya. Saya mengira ianya peribadi sebab tidak semua pemimpin Pas khasnya Biro Politik mengetahui agenda ini.
Dan atas pemakluman orang itu juga saya yakin Wan Nik tahu apa yang berpagar di dalam pilihan raya Galas itu. [wm.kl.9:30 am 09/11/10]
1 comment:
Assalamu alaikum tuan. Andai kata ada lagi pilihanraya kecil di Kelantan apakah perkara yang dah berlaku dua kali akan berulang buat kali ketiga?
Bagi saya Allah tahu apa yang dikata oleh orang itu dan rasanya kami serahkan orang itu kepada Allah kerana mempermainkan ahli-ahli dan penyokong PAS. Memang ada rasa nak tahu siapa tapi biarlah Allah sahaja yang memberitahunya kepada umum.
Post a Comment