Timbalan Menteri Kahwin Curi,
Setiuasaha Kahwin Lari
ISLAM menghalalkan perkahwinan. Islam membenarkan lelaki yang 'berkuasa kuda' untuk mengahwani wanita yang disukainya seramai empat orang dalam satu masa. Syarat utama selain memiliki kuasa kuda campur 'kuasa memberang' lelaki berkenaan juga hendaklah berlaku adil dari segi rohani dan jasmi. Adil dan berkeupayaan dalam memberi nafkah zahir dan batin.
Ramai orang salah sangka bak kuasa kuda campur memerang ini. Orang kira orang perut buncit dan kuat menghisap cerut sukar memiliki kuasa kuda! Tidak..
Perkahwinan dalam Islam adat ada-adatnya. Ada peraturan khusus yang harus dituruti. Begitu juga dengan adat resam Melayu ada adat-adatnya. Misalnya bapa perempuan hendaklah diberi tahu. Dan kalau di lelaki itu sudah beristeri, adalah afdal memberi tahu kepada isteri pertama, atau kedua atau ketiga. Ini bagi mengelakkan berlaku perang di kemudian hari, angin bertukar menjadi ribut di hujung senja.
Dalam adat Melayu, diharusnya mengadakan majlis walimas - kenduri meraikan penggantin baru. Falsafah mengadakan kenduri ialah untuk mengistyahrkan kepada umum bahawa si anu dan si anu merupakan suami isteri. Ini bagi mengelak kejadian masuk dapur orang ataupun perempuan mempunyai dua atau tiga suami dalam satu masa.
Sebelum banjir gelombang pertama melanda Kelantan baru-baru ini, sudah kecur berita seorang timbalan menteri telah berkahwin secara senyap. Khabarnya si perempuan itu berasal dari Pasir Mas Kelantan. Usianya di bawah 28 tahun. Berkulit kuning langsat dan rambut perang, panjang hingga ke paras bahu. Ada lesung pipit. Kasut kegemarannya warna biru air laut.
Kenapa ia menjadi kecur dan heboh kerana perkahwinan itu tidak ikut syarat dan peraturan serta adat istiadat Melayu.
Saksi dan wali diperoelehi. Tetapi perkahwinan itu dibuat di luar mukim. Perkahwinan di luar qariah tanpa memberi tahu dan mendapat kebenaran bertulis imam qariahnya, salah dan boleh didenda atau pun dipenjara. Kita tidak mahu kejadian yang menimpa bekas Speaker Kelantan tidak lama dulu, akan berulang dan melanda timbalan menteri ini. Bekas speaker itu didenda kerana berkahwin di Kemboja dan tidak mendaftarkan di Persekutan Tanah Melayu.
Perkahwinan timbalan menteri berkenaan juga katanya tidak diretui oleh isteri pertama. Malahan isteri pertama katanya masih belum mengetahui sampai ke hari ini. Sudah terlatas di telinganya, namun belum ada bukti-bukti dan saksi yang sah. Dalam keadaan antara percaya dengan tidak. (Mungkin tidak ada yang tergamak untuk memberi tahunya kerana isteri pertama dikatakan ada lemah jantung).
Isteri timbalan menteri berkenaan duduk di Kuala Lumpur. Dia jarang pulang ke kampung mengikut suaminya. Cerlak inilah diambil oleh timbalan menteri berkenaan untuk membuka satu lagi cawangan bagi menyimpan mani dan moneynya. Timbalan menteri ini katanya mempunyai banyak money dan juga mani.
Al kisah, setiausaha sulit kepada timbalan menteri berkenaan juga katanya ikut sama berkahwin. Perkahwinan setiausaha sulitnya lagi dahsyat. Ia merupakan perkahwinan yang ketiga. Isterinya itu seorang ketua wanita Umno. Tidak mengapa, kalau setiausaha sulit berkahwin dan pilihannya ketua wanita atau puteri. Tetapi apa yang tidak sedap didengar ialah, perkahwinan ini berlaku setelah rumah tangga ketua wanita Umno berkenaan runtuh atau sengaja diruntuhkan. Ertinya perkahwinan setiausaha sulit itu atas piung-puing kerutuhan sebuah masjid. Oh....
Suaminya menceraikan ketua wanita berkenaan kerana telah menghidu hubungan dan skandal di antara ketua wanita berkenaan dengan setiausaha timbalan menteri itu. Maksudnya sebelum berkahwin sudah ada sandiwara asramaradana. Demikian riwayat yang sampai ke telinga ini.
Tidak mengapa, khahwinlah selagi anda memiliki kuasa kuda dan kuasa memerang. Tidak mengapa. Lagipun rakyat negara ini belum sampai 70 juta seperti mana diimpikan Dr Mahathir Mohamad. Bagaimana pun syarat-syarat perkahwinan dan peraturannya hendaklah dituruti. Jangan pakai cara cowboy kerana ia memalukan apa lagi anda adalah orang ternama dan sedikit sebanyak menjadi pemimpin rakyat. Kita tidak mahu kalau anak cowboy lahir dari perkahwinan itu nanti.
Kita berharap kedua mereka itu, timbalan menteri dan setiausaha sulit itu akan mengadakan kenduri walimas mereka dalam kadar segera. Kalau boleh biarlah sempena hari raja korban yang akan menjelang sehari dua ini. Tidak elok kalau tiba-tiba gambar mereka 'bersanding' dikeluar dan dipaparkan dalam blog sebelum rakyat dan isteri masing-masing mengetahuinya.
Tidaklah suka sangat kita memberi kejutan kepada isteri kedua mereka itu menerusi blog ini dengan menyiarkan wajah madu mereka yang ternyata lebih manis dan menawan dari mereka yang bergelar isteri tua. Saiz isteri muda timbalan menteri itu separuh dari saiz isteri pertama. [wm.kl. 7:44 am 12/11/10]
No comments:
Post a Comment