Analisa dan Prediction Awal
UBN Menang Bawah 700 Undi Di Galas?
PERKEMBANGAN terbaru dan juga dari permerhatian dari berbagai sudut, ternyata Pas berat untuk menggalas harapan bagi mengekalkan kerusi Dun Galas. Ternyata penampilan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya memberi masalah kepada Pas. Walaupun pengaruh dan populariti Tengku Razaleigh sudah merosot berbanding dulu, namun nostalgia mengenai kehebatannya di Galas kubu kuatnya itu masih terasa.
Paling jelas sekali ialah bagaimana Tengku Razaleigh menguasai Tok Batin-Tok Batin Orang Asli. Undi Orang Asli yang kuncup sebelum ini kini meloncat hampir 100% kepada beliau. Orang Asli mempercayai semula kepada janji Tengku Razaleigh yang meletakkan calonnya Abdul Aziz Yusuf sebagai 'kuli' baru Tengku Razaleigh di Galas.
Dipercayai pada pilihan raya hari ini UBN menguasai undi Orang Asli melebih 90%. Ini bermakna Pas sekali lagi kalah teruk di kesemua peti undi di kawasan Orang Asli. Perlu diingat Pas tidak pernah menang di satu peti undi pun di kawasan Orang Asli.
Begitu juga dengan orang Melayu khususnya golongan muda yang sebelum ini tidak begitu mengingati Tengku Razaleigh tetapi kini mereka kembali mengingatinya semula. Mungkin kerana menyedari pilihan raya ini penting hanya bagi Tengku Razaleigh maka mereka berubah dan sedia mengorbankan Pas.
Pengundi dari saluran 1 - orang tua masih banyak mengenang dan malu mata dengan Tngku Razaleigh.
Adalah dipercayai Pas sukar untuk meraih sokongan undi Melayu lebih dari 50% undi, dan ini menyukarkan Pas untuk menang.
Apa yang mengejutkan keputusan bakal diumumkan kira-kira tiga jam lagi ialah mengenai undi orang Cina. Sebelum ini semua orang optimis, Cina akan memberi undi kepada Melayu. Menurut sumber bilik gerakan UBN di Bukit Cekati pengundi Cina beralih angin sejak 48 jam lalu. Sebelum ini pemerhati mengira Pas akan berjaya menguasai undi Cina hingga 85%.
Mulanya dikira undi Cina akan menimbus undi Orang Asli sehingga 50 hingga 60%. Kegagalan undi Cina menimbus undi Orang Asli ini menyebabkan Pas menghadapai kesusutan undi sekitar 600 hingga 700 undi. Kegagalan Pas meraih undi Cina melebih 80% ini juga memberi naas kepada parti berkenaan.
Saya membuat perkiraan mudah untuk melihat bagaimana keputusan pilihan raya Galas nanti sekiranya momentun dan dapatan di atas tadi benar dan tidak berubah selepas pukul 4:00 petang.
Sekiranya peratus mengundi keluar sekitar 80% ini bermakna kira-kira 9,000 orang pemilih keluar mengundi. Eceran daripaa itu saya mengira Pas mendapat undi Melayu bawah 48% undi atau sebanyak 3,400 manakala undi untuk UBN 3,700 undi. Undi Cina Pas dijangka akan mendapat sekitar 70% undi atau di bawah 68% undi atau 1,600 undi paling tinggi, manakala UBN pula mendapat 500 undi. Sekiranya berlaku peralihan angin ini bermakna UBN dapat meriah undi Cina hampir 800 undi.
Bagi undi Orang Asli Pas dijangka dapat raih paling tinggi 10% undi iaitu kira-kira 150 undi berbanding dengan UBN bakal menerima 1,650 undi.
Untuk undi Orang India Pas akan meraih sebanyak 20% undi atau 20 undi manakala UBN akan memperolehi sebanyak 80 undi.
Jumlah keseluruhannya undi Pas sebanyak 4,200 undi manakala UBN dijangka memperolehi sebanyak 4,800 undi. Ini bermakna UBN akan menang selesa sekitar 600 undi hampir menyamai majoriti yang diperolehi Che Hashim Sulaima dalam tahun 2008, 646. Majoriti di bawah 1,000 ini tidak akan memberi erti banyak kepada Tengku Razaleigh yang mengharapkan undi untuk UBN akan berganjak hampir dua kali ganda, iaitu atas 1,000 undi.
Anagka ataupun dapatan ini berdasarkan pengamatan dan maklumat terperinchi mengenai jumlah pengundi dan peratusnya masih belum dikeluarkan. Perkiraan ini berdasarkan permerhatian dan dikira peratus mengundi 80% sahaja. Angka ramalan ini akan berubah sekiranya peratus keluar mengundi berganjak dari apa yang diramalkan itu dan juga kalau berita mengatakan pengundi Cina berubah angin itu benar. [0*** 4:15 pm 04/11/10]
No comments:
Post a Comment