Piala Malaysia: Kenapa Memberi Bekas Kepada Sultan?
DUA orang besar KAFA, Presiden Annuar Musa dan Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim ketika mengulas megenai kemenangan Kelantan menggondol piala Malaysia, mereka mengatakan piala itu adalah hadiah kepada Sultan Mohamad Ke V bersempena dengan pemashyuran baginda.
Kata mereka piala itu akan dibawa terus ke istana Kelantan untuk di persembahkan kepada Sultan. Semua rakyat bersetuju dan berbesar hati atas cadangan berkenaan. Cadangan itu menandakan kasih sekalian rakyat kepada Tuanku Sultan yang berhamba diri dengan rakyat itu.
Sebagai sultan yang baru dimashyurkan molek benarlah piala kemenangan itu dihadiahkan kepada baginda. Baginda tentu gembira dan berbesar hati atas kejayaan pasukan negerinya itu.
Walaupun baginda tidak berkehendak demikian, tetapi persembahan itu adalah sebaik-baik persembahan. Apa lagi itulah pertama kali Kelantan dapat membawa balik piala keagungan bolasepak negara ini. Selepas sultan memegang dan melihatnya, barulah ia dipamerkan kepada rakyat jelata dan para pembesar yang lainnya. Pembesar yang perlu diutamakan ialah Tok Guru Nik Aziz selalu MB Kelantan.
Itu yang sepatutnya berlaku. Bagaimana pun agak malang dan mendukacitakan sedikit. Apa yang dihasratkan oleh Annuar Musa itu tidak menjadi kenyataan. Rancangan awal telah tersasar dan melencung. Hasrat murni untuk membawa terus piala itu ke istana Kelantan bagi dikongsikan kegembiraan dengan sultan batal, arahnya bertukar haluan. Piala itu sebaliknya di bawa ke Galas terlebih dahulu kemudian baru akan dipersembahkan kepada sultan. Dalam kata mudah diserahkan kepada Orang Asli dulu baru diberikan kepada Sultan.
Memang rakyat Gua Musang juga berhak untuk melihat dan memegang piala berkenaan. Penduduk Galas juga ramai yang ke stadium termasuk Orang Alis. Tetapi dirasakan tidak kena kalau piala itu di bawa ke Galas kemudian baru hendak diserahkan kepada Sultan Mohamamd Ke V. Apakah tindakan itu seumpama memberi bekas kepada sultan?
Memberi sesuatu yang buruk atau bekas kepada sultan satu penghinaan dalam tamadun Melayu. Ia mengaibkan sultan, seolah-olah sultan di belakangkan dan orang lain diutamakan. Walaupun mungkin Annuar tidak berniat begitu tetapi apa yang berlaku memberi gambaran bahawa Sultan di belakangnya apabila ianya dibawa sesudah piala itu diusung dan digosok oleh orang lain.
Sepatutnya bawa piala itu ke istana dan persembahkan dulu kepada sultan kemudian baru di bawa ke Gua Musang. Para pemain bola terus ke Gua Musang dari Kuala Lumpur. Tetapi piala itu bawa dengan kapal terbang. Selepas ia dipersembahkan kepada Tuanku barulah ia dibawa ke Gua Musang. Itu sepatutnya berlaku demikian.
Apabila piala itu dibawa ke Gua Musang, dijulang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, digosok oleh Mustapa Mohamad dan juga calon Galas, Abdul Aziz Yusuf baru ia hendak dipersembahkan kepada sultan, perbuatan sesuatu yang menghinakan. Ia seperti memberi bekas kepada Tuanku. Kalau piala itu ibarat kek, ianya sudah disentuh dan sudah menjadi 'lembek lotek' dan sudah basi baru diberikan kepada sultan. Apakah dalam minda mereka sultan layak menerima benda basi?
Dalam adat dan budaya Melayu sultan diutamakan sebagai tanda kasih dan sayang kepada baginda. Sesuai dengan kedudukannya juga sultan berhak menerima pemberian dan persembahan begitu. Jarang orang memberi sesuatu yang huduh atau bekas kepada sultan. Kalau ikut riwayat atau kisah sultan-sultan zaman dahulu pemberian bekas kepada baginda menyebabkan orang itu dianggap sebagai penderhaka dan dihalau dari mendiam negeri berkenaan.
Ingatkah kisah Sultan Mahmod mangkat di Julang? Baginda sangat murka apabila buah nangka yang dipersembahkan kepadanya telah diambil seulas untuk diberi kepada wanita mengandung. Apa jadi dengan wanita berkenaan? Walaupun Sultan Mahmod akhirnya dibunuh ketika berada di atas tandu, tetapi salahnya dalam hal ini ialah orang yang memberi buah nangka kepada perempuan yang mengandung itu. Beliau tidak menjunjung adat ke bawah duli dan sanggup melakukan penghinaan kepada sultan. Natijah dari perbuatan tidak beradat itu menyebabkan timbul celaka kepada orang lain dan juga sultan.
Kalau diamat-amati apa dilakukan Annuar dan Mustapa Mohamad itu samalah dengan apa dilakukan oleh pemberian buah nangka kepada perempuan mengandung itu. Membawa piala itu ke Galas tidak menjadi kesalahan. Kalau piala itu berhenti setakat itu tidak mengapa. Tetapi kalau selepas itu dibawa ke istana untuk dipersembahkan kepada sultan, maka piala itu jadi seperti buah nangka yang telah diusik itu.
Umum tahu niat Annuar ialah untuk menggembira hati rakyat di Galas. Niatnya sama dengan pemberian seulas nangka itu kepada perempuan mengandung. Tetapi dalam niat yang suci itu perbuatan itu menyalahi adat dan tatabudaya Melayu dengan raja. Di sinilah salahnya kalau Annuar cuba menjadikan piala itu sebagai bahan kempen di Galas. Niat itu sudah lari dan tujuannnya juga sudah tidak kena.
Tetapi jika ditilik kepada sejarah hidup Annuar pula, perbuatan itu tidak pelik kerana sebelum ini pun beliau pernah menabalkan Sultan di bawah pokok ketapang. Sultan Annuar ialah Sultan Shahrul Nizam... !
Sukan adalah sukan yang tidak boleh dicampur aduk dengan sebarang unsur. Ia sesuatu yang murni. Sokongan rakyat Kelantan kepada pasukan Kelantan kerana mereka sokong atas semangat kesukananya. Tetapi Annuar jangan cuba menangguk di air keruh untuk mengambil sokongan rakyat itu untuk kepentingan politik dan partinya. Beliau tidak bolek gilap karat politiknya dengan politiknya dengan bola sepak. Bolasepak bukan brasor.
Kata Annuar Najib Razak banyak membantu Kafa. Saya tidak percaya kalau Najib Razak membantu pasukan Kelantan seperti mana Annuar dakwa itu. Kata-kata itu hanya untuk menjustifikasikan kenapa jersi Kelantan pakai 1 Malaysia saja. Meletakkan 1 Malaysia di jersi adalah helah Annuar untuk membodek hati Rosmah dan Najib sahaja. Yang membantu bolasepak Kelantan ialah kerajaan Kelantan bukannya Najib Razak. Annuar tidak perlu tusuk kalau dakwaan itu benar. Sebut berapa jumlah yang Najib berikan kepada Kafa?
Annuar ada cita-cita lain di sebalik pujian kepada Najib itu. Hubungan diplomatiknya dengan Najib tidak berapa sihat. Jadi beliau akan menggunakan apa saja kesempatan untuk memulihkan hubungan itu. Bolasepak adalah salah satu caranya. Tindakan itu umpama menembak burung dengan sebutir peluru. Di samping ingin menjalinkan semula hubungan diplomatik politik dengan Najib beliau mengharapkan Najib meluluskan pembinaan stadium di Kelantan.
Sepak terajang politik Annuar ini kena difahami.. Rakyat Kelantan jangan mudah tersimpul dalam manipulasi Annuar. Orang politik tetap licik dan lincah kandatipun di mana saja mereka bertapak.
Saya tidak tahu apakah Sultan Muhamad menerima perkenan untuk dibawa piala itu ke Istana. Kalau diambil kira atas kecacatan itu sukar untuk baginda menrimanya. Tetapi atas kerendahan budi baginda mungkin baginda akan memberi perkenan. Makanya dilain hari diingat kepada Annuar dan rakyat lain jangan memberi bekas kepada sultan kerana itu mengaibkan. Iya... mengaibkan. Kalau bijak batalkan saja hasrat untuk membawa piala itu kepada sultan agar sultan tidak menerima barang yang sudah menjadi bekas. [wm.kl.7:00 am 02/11/10]
6 comments:
lebih bijak sultan tolak saje pelawaan utk bawa piala itu ke istana
salam...
Sy setuju dengan Saudara MSO, semalam saya hadir di KTC ( Insyallah... gambar saya akan emailkan untuk saudara ). Macam pesta UMNO. Majlis Anjuran UMNO KB, baca doa dosebut orang UMNO, jemputan semuanya UMNO. Ada le... tercongak, Bos MPKB .. seorang aje. Sy rasa Anuar ni cuba bermain dengan perasaan majoriti rakyat Kelantan. Mrk ketandusan idea, lalu kesempatan ini digunakan.
Masa azan maghrib berkemundang, Anuar ni masih berucap melawan azan tadi. Entahlah... mungkin anuar lupa yang semua ini adalah hasil doa jutaan rakyat Kelantan dan bukannya atas usahanya sahaja
Insyaallah.. saya akan email dan saudara bolehlah tengok siapa VIP di atas pentas. Semuanya BIRU PEKAT punya orang, celaka betul anuar musa
Sepertinya annuar musa menganggap pasukan bola Kelantan adalah pasukan bola umno dan kemenangan Kelantan merampas Piala Malaysia adalah jasa umno. Tak sepatutnya begitu. Tapi apa nak dikata, orang tak tahu malu dan tak tahu harga diri, begitulah kelakuannya.
itukah Melayu yg penuh adab kesopanan.saya setuju amat sangat dgn MSo dlm hal ini.Pemimpin UMNO ada yang sudah hilang kesopanan dan kesusilaannya.Sudah acap kali terjadi.kekadang dtg berkunjung tak hormat tuan rumah.
Assalamualaikum,
Saya pun sangat bersetuju sekiranya Tuanku Sultan Muhamad menolak saja hasrat pihak berkenaan (yang mungkin tidak ikhlas itu) untuk membawa piala tersebut untuk dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Muhamad. Biar mereka ini kenal siapa Tuanku Sultan Muhamad; belajar menjadi hamba rakyat yang tahu adab, lebih-lebih lagi dengan Tuanku Sultan Muhamad V. Allahu Akbar.
merah seperti mercedes yg dipenjara disebuah bungalow....:)
Post a Comment