Friday, November 12, 2010

Selepas Subuh

Iktisar Keberangan Dua Menteri Besar

DALAM tempoh tidak sampai sebulan dunia dikejutkan dengan telatah MB dari kerajaan Pakatan Rakyat (Pas) yang menunjukkan kemarahan mereka yang tidak dapat dibendung. Menjelang hari mengundi di Galas dua minggu lepas, MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat menahan sabar bila berdepan dengan kerenah seorang manusia yang tidak 'betul setesen' menggasaknya bagaikan babi hutan terkejutkan lori balak.

Puncanya ialah kerana orang berkenaan marah dengan pendekatan dan pendirian politik Nik Aziz yang bersahabat dengan DAP. Orang itu mengherdik Nik Aziz tidak mahu bersalam dengannya kerana menganggap Nik Aziz kafir kerana bersahabat dengan DAP. Katanya dia tidak akan memaafi dan bersalaman dengan Nik Aziz selagi Nik Aziz tidak beraubat.

Entah Nik Aziz pula diusik syaitan sesat mana ikut sama mengherdik, individu berkenaan. Gara-gara itu berlakulah pertengkaran mulut yang sengit. Sampai terkeluar perkataan yang zalim dari mulut mereka bergelar ulama itu, apabila keduanya mengatakan "mu mampus dulu". Memalukan kejadian itu pula berlaku di rumah orang yng mereka kunjungi. Kalau kejadian itu berlaku di dalam Gua Musang mungkin boleh dimaafkan. Musang juga terkejut kalau mendengar keduanya bertengkar.

Dalam pertengakaran itu individu berkenaan boleh diberikan tujuh bintang kerana terus meringus macam babi hutan dikacau. Manakala Nik Aziz setakat 2 setengah bintang saja. Bagaimana pun Nik Aziz dapat menenangkan dirinya dan duduk dengan tenang. Kejadian itu memalukan.

Semalam pula giliran MB Kedah Azizan Razak menunjukkan marah dan bengkengnya. Ia berlaku terhadap wartawan RTM yang disifatkan sebagai pembohong dalam membuat liputan bantuan banjir di Kedah. Azizan Razak naik angin dengan laporan RTM yang dianggap sebagai pembohong mengatakan kerajaan Kedah tidak membantu mangsa banjir. Gara-gara marah itu Azizan Razak meninggalkan rostrum daripada meneruskan sidang akhbarnya.

Bukan pertama kali media pro kerajaan memutar belitkan berita mengenai negeri Kedah. Tetapi Azizan dapat bersabar. Kali ini nampaknya beliau kehilangan sabar. Mungkin puter belit RTM itu lebih dahsyat dari puter belit ular sawa yang memerangkap mangsanya.

Saya tidak mahu komen apa-apa atas dua kejadian itu. Cuma apa yang hendak dikatakan di sini, dan juga sedikit peringatan para pemimpin Pakatan Rakyat tidak payah berbuat baik kepada media pro pembangkang. Tindakan itu sia-sia sahaja. Selamanya kalau RTM, Utusan atau Berita Harian atau TV3 mereka tidak akan berpihak kepada kerajaan Pakatan. Bukankah mereka telah disifatkan sebagai komponen BN? Jadi sebagai komponen mereka tidak akan membantu Pakatan sampai ke hari khiamat, kecualilah Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Namun malangnya pemimpin Pakatan termasuk peringkat negeri Kedah dan Kelantan kadang-kadang tidak sedarkan diri. Mereka terus melayan media berkenaan bagaikan anak emas. Mereka tidak pernah serit dengan perminan jahat media pro pembangkang. Kalau mereka membuat kenyataan akhbar tidak sah kalau media itu tidak dipanggil.

Merujakan lagi mereka berikan segala kemudahan yang dikehendaki dan dilayan penuh kemesraan dan budi tinggi. Dalam layanan itu mereka lupa mereka adalah sebahagian daripada musuhnya. Paling meneydihkan lagi media pro pembangkang yang selama ini berjuang atau membela kerajaan Pakatan tidak pun mendapat layan seistimewa itu. Keadaan inilah menyebabkan pertugas media pro pembangkang kadang-kadang terkilan dan terkedu hati.

Macam Azizan Razak itu sering kali bertanya atau bersikap acuh tidak acuh kepada media pro pembangkang. Kalau ada wartawan surat khabar nyamuk yang selama ini membela pembangkang, susah dia nak layan. Macam-macam soalan yang ditanya. Tetapi kalau media pro kerajaan (RTM dan TV3 atau Astro Awani) tayang kamera di depannya belum suruh bercakap sudah bercakap.

Nah.. sekarang apa yang diperolehi hasil dari sikap berbaik sangka dan melayan media pro kerajaan bagaikan anak emas itu. Apa yang terjadi (pertengkaran) Azizan dengan wartawan RTM itu menunjukkan hakikat yang sebenarnya. Itulah balasan yang RTM berikan kepada Azizan atas perangai mesra mesia berat sebelah diamalkan MB Kedah itu.

Justeru kepada Azizan dan pemimpin Pakatan yang lain sedar dan insaflah bahawa betapa baik bagaimana sekalipun media pro kerajaan, mereka tidak akan ikhlas dengan anda. Mereka akan tetap menyuntik jarum jahatnya dan melepaskan anak syaitan di kaki anda untuk merosakan reputasi anda. Manakala betapa pun media pro Pakatan mengkritik anda, mendedahkan kemungkaran dan sebagainya ia masih lagi atas nawaitu hendak memperbetulkan anda kerana mereka simpati dan menyokong anda.

Kesimpulan berilah kepercayaan 100% kepada media pro pembangkang walaupun mereka tidak popular, tidak glamour ataupun tidak mempunyai jangkauan siaran yang sampai kelangit ke tujuh dan ke bumi ke tujuh. Dan kalau Pakatan melancarkan kempen boikot media pro kerajaan, boikot betul-betul jangan buat separuh jalan. Dalam pada itu kembang dan atau beri sokongan padu untuk mempertingkatkan keupayaan media pro pembangkang. Selepas makan pulut hendaklah basuh mulut! [wm.kl. 7: 05 am 12/11/10]
Post a Comment