Wednesday, August 24, 2011

Sebelum Terawih

Pengakuan Che Rosli Lynas Tidak Bahaya,
Pas Jangan Mudah Melatah

Ya Allim: MALAM ini media pengampu kerajaan cuba menghuraikan isu 'kilang nuklear' (Lynas) di Gabeng Pahang yang mengeluarkan nadir bumi sebagai tidak mendatang bahaya sekaligus pendedahan sebelum ini yang diriuh randahkan adalah tidak benar.

Penemuan atau pengesahan itu dari dua pakar nukler tidak mengejutkan sangat. Sememangnya tugas mereka untuk memberi penjelasan atas apa yang didakwa kerena isu berkenaan menakutkan banyak orang khasnya penduduk di Pahang. Dengan ilmu dan kepakaran yang ada kepada mereka sesungguhnya menjadi kewajiban mereka mengulas dan menjelas duduk perkara sebenar tentangnya.

Penafian itu tidak sedikit pun mengejutkan malahan ia menggembira banyak pihak. Rakyat yang sebelum ini terasa terancam dengan pembinaan kilang beribu pejabat di Australia itu juga boleh menarik nafas lega.

Tetapi penglibatan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat (foto) dari Pas dalam penjelasan itu sesuatu yang mengejutkan dan menjadi kemusykilan. Penampilan Che Rosli bersama Prof Tarmizi yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan Pakatan Rakyat yang telah menonjolkan Lynas sebagai isu sebelum ini. Pengesahan dari mereka berdua Lynas tidak berbahaya juga tidak menguntungkan politik Pakatan Rakyat.

Bagi Termizi tidak menjadi masalah sebab beliau 'bukan' ahli parti mana-mana dan bukan berkedudukan seperti Che Rosli. Tarmizi berbeza dengan Rosli yang merupakan ahli Pas dan ahli Parlimen. Tindakan ikhlas dan profesional Che Rosli itu akan memberi impak kepada Pas dan Pakatan Rakyat khasnya.

Sepatutnya Che Rosli tidak terlibat memberi penjelassan dalam media penjilat buntut kerajaan apa lagi sedia tampil di skren tv. Kalau pun beliau kesal dengan perbuatan pemanipulasian kilang berkenaan oleh ahli Parlimen Kuatan, Fauziah Salleh, Che Rosli sepatutnya mendiamkan diri saja. Itu lebih baik. Dalam Islam ada kaedah kalau kita tidak bersetuju dengan sesuatu kita mendimkan diri saja - memulau dalam hati.

Sebagai seorang ahli nuklear kita tahu beliau perlu memberi nasihat dan pandangan serta bercakap jujur. Beliau kena patuh kepada etika dan profesyenya. Tetapi beliau sebagai ahli politik dan MP Pas, seharusnya beliau juga melihat akan kedudukan dan peranannya. Benar Che Rosli bercakap atas kapasitinya sebagai ahli nukler tetapi beliau juga perlu insaf dan berkata benar, tetapi dari moral politiknya sikap itu tidak relevan.

Walaupun Dr Rosli pergi atas kapasitinya sebagai ahli nuklear tetapi dia juga perlu sedar dia anggota sebuah parti politik yang terdedah kepada pengeksploitasi isu yang memberi kesan buruk kepada parti. Di dalam dompetnya selain dari ada kad ahli nuklear dompatnya juga tentu ada kad keahlian Pas dan MP.

Dari segi disiplin parti apa dilakukan Che Rosli itu sudah boleh dianggap bersalah. Pas boleh memberi teguran atas perbuatan Che Rosli itu. Sebagai ahli Pas dan ahli Parlimen beliau kena mengutamakan parti daripada kepentingan-kepentingan atau profesyen yang lain. Beliau masih boleh terlibat dalam membuat pengesahan itu tetapi bukan secara terbuka yang memberi kesan langsung kepada partinya.

Saya rasakan penampilan Che Rosli itu akan mencetuskan isu dalam Pas. Sudah tentu ada pemimpin Pas yang tidak senang dengan tindakan Rosli itu akan memberi komen negatif dan bakal memburukkan keadaan. Bagaimana pun saya nak sebut dan ingatkan di sini agar pemimpin Pas tidak mudah melatah dengan apa yang berlaku. Mereka perlu memahami apakah hujung jatuh dan motif tersirat maka Che Rosli disuluh oleh kamera TV3 malam ini.

Pas tidak perlu menmgambil apa-apa tindakan kepada Che Rosli. Kalau Pas mengambil tindakan itulah yang ditunggu-tunggu oleh pihak UBN dan juga media. Mereka akan cuba memainkan isu itu kononnya ada perpecahan dalam Pas. Ada pertelingkahan pendapat dalam Pas.

Manakala motif pendedahan TV3 mengenai Lynas itu perlu dibaca dengan bijak dan jauh. Orang Pas kena membaca kilau dalam kilat. Apabila pendedahan itu mengaitkan di antara pimpinan tertinggi PKR dan juga ahli Parlimen Kuatan Fauziah Salleh dengan Che Rosli dari Pas, ia tidak ada tujuan lain melainkan ingin memecahkan hubungan Pas dengan PKR. Mereka ingin meretakkan perpaduan dan keakraban Pas dan PKR menjelang pilihan raya umum.

Apa yang diharap disebalik pendedahan yang mengaitkan kedua wakil rakyat berbeza parti itu ialah hendak tonjolkan bahawa PKR dan Pas sudah tidak ada persefahaman lagi. Bahawa isu yang dibawa oleh PKR tidak lagi mendapat sokongan Pas. Itulah persepsi yang hendak dipamirkan dan disumbatkan ke dalam minda umum.

Sekali lagi diingatkan penampilan Che Rosli tadi jangan ada sesiapa yang memberi komen. Hormatlah pandangan Che Rosli itu sebagai pandangan seorang pakar nuklear negara dan bukan dari ahli Pas atau ahli Parlimen. Saya yakin ada keikhlasan Che Rosli dalam penegasannya itu sekurang-kurangnya beliau masih menghormati ilmu yang ada kepadanya daripada kedudukan politik yang baru dikecapi tahun 2008. Itulah saya katakan akademis tidak sesuai jadi politician sekular. [wm.kl.8:28 pm 25/08/11]

21 comments:

Unknown said...

Senang mengenal ikan di air yang jernih bukan?

juan montoya said...

komen Che Rosli brkaitan isu Lynas mmg mmberi kredit kpda UBN. meletak kan tengkuk parti sndiri tuk disembelih oleh media2 UBN. sdang kan jika Che Rosli tak brsuara dri dulu dan skarang pun projek Lynas tetap berjalan.

Che Rosli dilihat jujur dlam kepakaran nya, dan dia dah kata tak kesah ape pun berlaku slepas ini jika diambil tindakan oleh PAS sbb dia mnyatakan yg benar kata nya
(isu Lynas). walau pun komen Che Rosli tu di lihat sudah agak lewat.

sekali lagi PAS diuji oleh pemimpin mereka sndiri yg mnyerang parti dari lidah rasmi lawan.

Masyarakat akan bertnya dan keliru.
Jika PAS sndiri mmpunyai PAKAR dlam isu trsebut, ahli parlimen plak tu. KENAPA sejak awal PAS tidak memain kan peranan mmberi PENERANGAN kpda masyarakat ? tetapi meminta PAKAR mreka itu brdiam diri dan mmbiarkan Fuziah Salleh dari PKR shaja yg brsuara menghentam Lynas ? masyarakat akan meragui keikhlasan PAS ...
KEBAJIKAN RAKYAT atau
KEPENTINGAN POLITIK

tapi bagi aku. isu ni tidak akan mgubah undi aku tuk PR.

Faizal R said...

Sorry kurang setuju dengan politik simpan kuku. Beliau cukup professional untuk memberi komen dalam bidang beliau, walaupun ahli PAS ttp value professionalisma itu kadangkala lebih penting, kalau beliau tidak bersuara org tidak akan kenal siapa beliau. Sesiapa pun boleh bersuara. Tindakbalas susulan itu yg rakyat akan nilai. PKR juga pernah begini, DAP juga biasa begini. Retorik yg nampak merugikan ttp sbnrnya lebih menguntungkan utk jangka masa panjang.

salehs said...

wah....YB kawasan saye tuh...

mafizah said...

nak laksanakan kebenaran dan hak pun salah...sampai bile nak tabur fitnah dan pembohongan kepada rakyat....

Anonymous said...

kalau pendapat yang diberikan oleh YB tu benar & selaras dengan pengetahuan dia, saya tak fikir dia bersalah dalam menyampaikan pendapat dia tu.

Cukup-cukuplah dengan politik hipokrit. Janganlah semata-mata takut akan kesan terhadap parti politik, kebenaran disembunyikan. Saya menolak fahaman sebegini.

BN dibenci kerana banyak membelit dan menipu rakyat. Jangan pula Pakatan Rakyat menerima nasib yang sama, akibat perangai yang serupa

wutever said...

semua benda nk dipolitikkan.yg sah2 ada kepakaran disuruh diam.yg dok menyalak 2 x tahulah apa background dia.senang2 ja nk bg persepsi buruk pd kerajaan..yg betul ttp betul, begitu juga yg batil.tahniah MP Hulu Langat

ibnmustaffa said...

Hamba sedang mengkaji apa yg sebenarnya tuan MSO hendak perkatakan. Kerana selama ini, artikel tuan ada banyak kiasan dan tidak straight forward.

Tuan selalu menasihati ahli politik tidak hipokrit, tetapi dlm hal ini, apabila ada ahli politik yang bercakap benar atas kapasiti profesionalnya, tuan menasihati agar dia itu endiamkan diri.

Pasti ada udang disebalik mee artikel tuan ini..

radin fatihah husna said...

1) saya sokong ayat yang paling akhir... "ahli akademis kurang sesuai dengan politik sekular"

2)Isunya bukan kerana menyembunyikan kebenaran... tetapi menjawab dalam lidah rasmi pihak lawan... itu kesalahan utama, lebih lagi yang berlawanan dengan dasar parti.

3) Disiplin dalam berorganisasi; apabila ada tidak persetujuan atas apa perkara yang tidak melibatkan syariat, unwritten rule untuk mempersoalkannya dan mendapatkan penjelasan secara dalaman. Common sense..

4) Kerja sama PR akan dicabar. Itu standard... Hanya menunjukkan P/raya memang semakin dekat! tanda-tanda lain memang semakin jelas.

KALAM JAUHARI said...

Adakah ini bermakna beliau perlu menyorokkan kebenaran? Itulah masalah politik di Malaysia, sanggup berbohong janji menang. Jika PAS memperjuangkan Islam ia haruslah berpaksi kepada prinsip bukan kepada kemenangan semata-mata. Kalau UMNO adalah pembohong besar, PAS tidak perlu jadi UMNO. PAS akan lebih dihormati jika ia berpaksikan kebenaran.

otaklunyai said...

Nanti masa logi yg nak dibina ni meletop, prof2 banggang ni dah mampos masuk kubur... hanya anak2 kita yg menanggung akibatnya... jadi wahai melayu2 gunakanlah otak... perku sangat ke logi tu nak dibina... dah tak da sumber lain lagi ke.. kalau kat m'sia ni usah kata logi... bangunan baru buat belum sampai setahun pun runtuh ranap...

ore mache said...

Teruskan etika begini YB, jika lebih ramai pengamal politik seperti ini, makin subur politik demokrasi tulen di bumi malaysia.Jom kita tinggalkan politik hipokrit, selamat datang politik fakta...

mohd sayuti omar said...

Assamualaikum semua penjenguk yg budiman. Pengakuan Dr Che Rosli mengenai kedudukan Lynas nampaknya jadi perhatian dan pro kontra terhadap sikap yg diambilnya.

Saya melepaskan semua komen selagi masih beradab untuk tatapan dan difikir oleh semua. Harapan komen itu akan memberi manfaat dan membawa berakat kepada semua.

Cuma saya nak jelaskan mengenai komen seorang penjenguk yang menduga catatan saya ini ada ada undang di sebalik mee.

Saya jelaskan secara prinsip yg mementingkan kebenaran dan fakta saya sokong dengan sikap Dr Che Rosli itu. Benar tetap benar. Sama dengan cara Dr Hasan Ali dalam isu gereja, benar tetap benar.

Kita alu-alukan politik gentleman... kerana itu lah prinsip sebenar Pas.

Iya, bukan semua isu perlu dipolitikan termasuk agama. Mana juga parti harus berusaha membangun negara dan rakyat. Itulah tanggung jawab dan amanah. Kalau Lynas tak ada kepentingan lain dan bahaya sampingan ia perlu disokong.
Tak ada guna ianya dipolitize kerana merugikan semua.

Cuma apa yg dimusykilkan ialah cara pengakuan atau penglibatan Dr Che Rosli lakukan itu dalam media yang selama ini dicurigai oleh oposisi seperti juga apa dibuat oleh Hassan Ali dalam Utusan mengenai gereja. Itu saja isu yang patut diberi pandangan bukan soal Lynas perlu dipertikaikan lagi.

Pada hemat saya ia tidak bijaksana berbuat begitu. Rasanya UBN tidak memerlukan pakar dari Pas pun untuk mengesahkan kedudukan Lynas. Tetapi kalau ada ahli Pas sedia untuk memberi sijil halalnya itu yang diharapkan. UBN akan dapat dividen politik (pinjam istilah Mat Zain Abdullah).

Seperkara lain.. ini boleh disiasat, ada kemungkinan Dr Che Rosli mungkin dilantik menjadi nasihat kepada syarikat Lyanas Malaysia SB. Memandangkan kepakaran yg beliau miliki tidak mustahil. Kalau ini berlaku ia bukan kesalahan, boleh saja. Itu hak Dr Che Rosli sebagai memiliki kepakaran itu.

Tetapi seeloknya .. Che Rosli kalau benar begitu tidak menerima perlantikan itu dalam situasi dan kedudukannya kini kerana politik Pas dan Malaysia belum sampai ke peringkat piawaian atau standard politik dunia. Mungkin Dr Rosli perlu menejelaskan lagi apa sebab kerelaan yg dibuat itu untuk menghuraikan kekustan di kalangan ahli yg cetek mengenai kebijaksanaan politik.

walau'alam.

Hamidon Hamid said...

MSO..kebenaran itu lebih penting dari kepartian...jangan letakkan parti itu lebih tinggi dari kebenaran...kerana kebenaran itu adalah intipati Islam(jangan dok laungkan kebajikan saja sebagai Islam-jangan jadi Assobiyah dalam berkata benar)..jangan kita sanggup jadi pembohong atau syaitan bisu demi menjaga puak-puak sendiri-demi survival politik bukannya kesejahteraan manusia sejagat..tabik buat Dr. Rosli..

Pakcik Botak said...

beliau berhak untuk menyatakan pendirian mengenai Lynas kerana setiap orang mempunyai pendapat sendiri.kita menghormati pandangan selaga ia tidak melanggar norma dan adab tatasusila. kepelbagaian pendapat adalah perkara yang baik. Isu Lynas adalah berkisar kepada pengalaman yang telah dialami oleh sesetengah penduduk Bukit Merah yang telah mengalami penderitaan. itu yang wajar dipertimbangkan oleh pemerintah. penduduk Kuantan dan sekitarnya juga harus diberikan penerangan dan berikan mereka peluang pertimbangan bagi menyatakan pendirian. sudah tentu di barat referendum akan digunakan sama ada bersetuju atau tidak mengenai sesuatu perkara yang besar seperti ini. Dan di Malaysia referendumnya dipancarkan melalui PRU akan datang; di Parliman Kuantan,Indera Mahkota, Paya Besar hatta di Kemaman, Terengganu

checkmate said...

salam tuan.

Jika perlukan tenaga pakar dalam ekonomi...
sudah lama UMNOBN jemput Anwar dan pemimpin pakatan lain bincang tentang soal ekonomi bersama...
(Budjet 2010 lalu) tp di TOLAK...

Jika perlukan tenga pakar dalam menangani isu Pilihanraya...

Sudah lama ambiga di layan dgn profesional...Jwtn KUasa Khas Pilihanraya.. seperti melepaskan batuk ditangga apabila UMNOBN mengumumkan pilihanraya akan diadakan bila2 masa...

inikan pula isu LYNAS...
masih lg pemimpin PR mengharapkan profesionalisme dr UMNOBN...

betapa mudahnya dimainkan UMNOBN..

Mamat Ali said...

Cuba check betul-betul kenapa Dr. Che Rosli beriya-iya benar sokong sangat projek tu...siapa yang buat EIA report, RIA...consultant mana yang terlibat...Agak-agaknya YB. Dr. Che Rosli keluarkan kenyataan yang sama ke tak jika kalau Loji tu dibuat disebelah rumahnya di Bandar Baru Bangi.... berbanding dengan kami yang tinggal & berkerja kurang dari 2 km dari loji tu... pokoknya standard apa yang dipakai untuk high risk plant macam Lynas dibina kurang dari 5km radius dari penempatan penduduk terdekat di Sg. Ular, Balok Makmur dan Balok Perdana. Saya pun boleh buat ulasan panjang lebar juga kalau mahu sbb. dah berbelas tahun terlibat dengan "high risk plant" secara live dalam plant cuma tak ada title Dr atau Prof je kat depan yang kebanyakannya digelar Pakar kerana buat kajian di "U".Saya sokong penjelasan yang dibuat oleh Sdr. Zul dari Lajnah Alam Sekitar, PAS Pusat.

Unknown said...

maaf cakap, dr rosli yg saya kenali bukan seorang politician dan ketidaksukaan dia pada PKR agak tebal.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Kalau suasana begini dapat berlaku dalam PAS dan diterima sebagai satu budaya untuk masa akan datang dengan meletakkan tindakan MP Hulu Langat ini sebagai permulaan, sesungguhnya ia adalah suatu perkembangan politik ke arah sebuah politik yang matang dan PAS jika menerimanyanya telah berjaya mendahului masa.

Tindakan Y.B. itu bukanlah suatu tindakan yang melanggar prinsip Islam walau pun ia mungkin bertentangan dengan dasar dan keputusan parti. Perkara seperti ini adalah lumrah di U.K dan Amerika Syarikat di mana perdebatan sesama parti dalam isu nasional sering berlaku. Adalah suatu yang tidak menghairankan di kongeres Amerika Syarikat usul parti pemerintah di kalahkan oleh ahli senat partinya sendiri.

Sebenarnya apa yang berlaku ini boleh membuka ruang perdebatan yang lebih intelektual sesama ahli PAS dan PR yang memungkinkan boleh membawa kepada kefahaman orang ramai atas isu yang sebenar.

Projek ini telah pun bermula dan pihak yang berkepentingan sudah pasti tidak akan undur lagi dengan keputusan mereka seperti projek-projek yang lain termasuk pembinaan menara warisan. Jadi, sewajarnya PAS tidak mengambil isu ini sehingga ke tahap yang boleh menjejaskan kredibiliti PAS sebagai parti yang demokratik tanpa menggadaikan prinsip perjuangan.

Mamat Ali said...

Salam Pak MSO...

Saya nak tambah sikit lagi...kita boleh anggap Dr. Che Rosli sebagai pakar nuklear...tapi dia bukannya pakar dalam process safety, engineering, environmental, waste management, occupational health, transport & distribution safety…. Ulasan yang menyatakan Loji Lynas adalah selamat hanya bedasarkan pertimbangan kadar pendedahan radioaktif yang minimum semata-mata adalah hujah yang dangkal…. Dr Che Rosli & Pak MSO harus ingat… lebih banyak “silent expert” dalam bidang dinyatakan diatas yang membantah loji tersebut dan banyak membantu BADAR dan YB Fauziah dalam memperjuangkan isu ini….. hasilnya sila Pak MSO baya betul-betul laporan IAEA, 11 cadangan penambahbaikan itu adalah sebahagian yang dituntut oleh kami yang membantah loji tersebut….Tahniah YB Fauziah. Salah satunya adalah kelemahan EIA & RIA report…. Cuba tanya Dr. Che Rosli siapa yang terlibat dalam penyediaan EIA & RIA report.

Kedudukan loji tersebut juga menjadi persoalan kerana terletak di “upstream of wind direction”, yang mana yang paling teruknya kalau berlaku “unwanted release of failure of vent scrubber”, yang keluar bukannya angin Pak MSO oiii…tapi gas beracun H2S, SO2, SO3 yang boleh menyebabkan hujan asid… yang paling bangang nya Kuarters dan Pengkalan APMM serta cluster industri sawit terletak di downstream of wind direction kira-kira 1km sahaja. Kalau nak ulas panjang lagi… tak termasuk HAZOP study, safety, protection & interlock system (SIL2 or SIL3)…

Saya cadangkan pihak BADAR buat jemputan kepada Dr. Che Rosli dan buat professional discussion di Masjid Balok Makmor atau pon Pusat Tarbiyyah Balok..

Bagi saya usahkan loji Lynas…. Malah kalau Loji Indah Water dibina disebelah rumah Dr Che Rosli atau Pak MSO, saya gerenti dia & Pak MSO akan bising…. Jangan perkecilkan Hak Kami.

Jangan pandang rendah & perbodohkan kami penduduk Balok dan Sungai Ular…. hanya dengan title Dr…di depan nama dan dianggap pakar. Kalau kita Dr. Sakit Puan, jangan cerita pasal penyakit Jantung… :)

1Crony said...

Salam hormat Tuan Hj MSO. Saya sebagai penduduk di kawasan berhampiran Gebeng Kuantan amat menyokong penuh pendapat Mamat Ali 9:21 yang saya kira membuahkan jawapan yang amat bernas dan jelas. Cuma saya nak menambah sikit darihal Dr Che Rosli Che Mat ini bercerita tentang nuklear, boleh diumpamakan penjaga zoo di Malaysia nak mengaku dan bercerita tentang habitat Singa di Afrika. Sedangkan jumpa singa pun kat Zoo negara aje. Cukuplah sekadar mengaji dan lulus, selepas itu dianugerahkan Pakar bla...bla...bla.