Ismail Omar, Aziz Yusuf & Hishamuddin
Perlu Letak Jawatan
Memerhati kepada kolaborasi pihak polis dengan BN khasnya Umno dalam mengagal dan menyekatkan desakan dan tuntutan rakyat agar membersihkan pilihan raya demi mensucikan demokrasi di negara ini menerusi himpunan Bersih: Duduk dan Bantah semalam sudah sampai masanya kalau Jabatan
Perkhidmatan
Awam mencadangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu membuat semakan untuk menilai
sejauh manakah relevannya perkataan Polis Di Raja Malaysia digunakan.
Ismail Omar |
Polis tidak boleh (haram) melanggar sumpah dan janji perkhidmatan mereka.
Mereka tidak boleh berpihak atau menjadi
agen yang boleh menerima upah atau tidak, kepada mana-mana puak dan juga
kumpulan. Hakikat ini termasuk juga polis tidak boleh menjadi ‘barua’ kepada mana-mana kumpulan siasah termasuk Umno serta mana-mana individu politik hatta
dia adalah seorang perdana menteri seperti Ha Najib Razak. Najib dan jawatan
perdana menteri dua perkara berbeza, begitu juga Umno dengan kerajaan dua
perkara berlainan.
Malangnya tanggungjawab dan amanah itu sudah mungkir dan
melencung jauh. Ia bukan amalan dan kewajiban lagi. Polis di Raja Malaysia bukan lagi menjaga hak
dan kepentingan serta keselamatan rakyat menurut prinsipnya, tetapi adalah
menjadi musuh apabila mereka sedia menjadi Pandir dan ‘kooli” kepada kumpulan
politik tertentu ataupun individu yang memiliki kuasa politik. Lebih dahsyat
dari itu polis menjadi samseng kepada orang dan segelintir puak tertentu.
Ramli Yusuf |
Dalam sepanjang hayat saya 52 tahun saya tidak pernah
dengar ada orang-orang besar polis mengambil tindakan berani meletakan jawatan lantaran
mengambil risiko dan tanggungjawab kerana bersubahat dengan mana-mana individu
politikus.
Yang ada dan berhenti dari jawatan itu kerana mati
ditembak dan mati dilanggar lori treler.
Sesuatu yang malang kerana sejarah ini tidak berlaku. Sudah
berapa banyak peristiwa dan tragedi hitam yang diragui kononnya ada penglibatan
polis dan penggunaan polis secara salah, tetapi ketua atau orang
bertanggungjawab itu tidak mengambil tanggungjawab meletak jawatan.
Peristiwa-peritiwa berdarah, comot dan maut yang dianggap ada
sangkut paut polis seperti Memali, peristiwa Ketua Polis Negara menumbuk Anwar
Ibrahim dalam lokap, peristiwa pembunuhan politikus Pas Abdul Samad Ahmad
Miangi, pengerudian terhadap Al Arqam, al Maunah dan macam-macam lagi semuanya boleh dipersoalkan
akan kredibiliti polis. Meskipun kejadian itu tidak berkait langsung dengan polis tetapi umum akan persoal tindakan polis.
Dan peristiwa semalam yang masih hangat di hidung dan
mata kita juga boleh dibahukan kepada polis.
Semua peristiwa itu ada kena mengena dengan penglibatan
dan kolaborasi polis dengan pihak
tertentu.
Beliau juga tidak perlu merasa sayang dengan keuntungan jawatan sebaliknya perlu menjaga maruah dan moralnya dulu sebagai anggota polis. Ismail akan meminta jawatankuasa disiplin polis membuat atau menmgambil tindakan ke atas anggota kecilnya yang melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan pasukan. Tetapi bagaimana dengan Ismail. Tindakan polis yang rakus dan bersalahan dengan tatacara manusia dan agama itu sebenarnya lebih teruk dari kesalahan anggota kecil menjatuhkan imej pasukan.
Jadi apabila tidak ada orang yang berani untuk menilai kesalahan moral polis itu maka Ismail selaku ketuanya perlu mengambil tindakan. Itulah tugas dan amanah seorang ketua.
Untuk mengetahui sejauh mana keterlanjuran anak buahnya beliau boleh menyiasat sendiri dengan menyaksikan laporan bebas dan juga rakaman video kekejaman dan kerakusan polis kepada orang awam. Bukalah blog dan Fb berlambak-lambak rakaman demikian. Ismail tidak boleh hanya melihat rakaman yang disediakan oleh anak buahnya saja, kerana sudah tentu anak buahnya akan menyediakan video yang baik untuk polis. Sebagai ketua yang adil Ismail kena tengok semua rakaman dan menerima semua pengaduan.
Usaha menyembuyikan kejadian sebenar termasuk kekejaman polis tidak ubah seperti cuba hendak menyembunyikan speaker yang bervoltan dan bervolume tinggi dalam guni. Ia sia-sia saja sebab bunyi itu akan dapat didengar oleh orang ramai. Bahkan bunyi itu kini sudah melangkau ke seantero dunia.
Persoalan juga timbul bagi saya apakah kejadian ini satu sabotaj? Ada kemungkinannya. Polis sengaja dibiarkan ganas ataupun disuntik pil ganas sebelum itu agar mereka boleh menjadi seperti anjing. Gunanya untuk memberi damge kepada Ismail.
Kemungkinan ini tidak boleh dinafikan begitu saja. Politiking, rebut kuasa jatuh menjatuh juga berlaku dalam pasukan polis. Nasib malang menimpa bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuf adalah bukti jelas dan sejarah paling busuk dan hanyir dalam pasukan polis.
Sehubungan itu juga Aziz Yusuf Pengerusi
SPR perlu juga melepas jawatan untuk memikul tanggungjawab apabila himpunan mencecah
250,000 itu. Himpunan Bersih itu diadakan berpunca dari kedegilan dan kebebalan beliau untuk tidak
menerima beberapa tuntutan Bersih. Pasti kalau SPR sedia menerima tuntutan itu himpunan seperti itu tidak akan berlaku.
Iya beliau adalah orang yang diminta oleh perdana meteri untuk
tidak memenuhi tuntutan rakyat demi Umno. Atau pun atas kedudukannya dia sebagai ahli Umno juga pasti dia
mahu berkhidmat kepada parti. Namun dia tidak sepatutnya menggunakan kedudukan
sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya bebas boleh bertindak demikian. Kalau Aziz hendak membela Umno beliau perlu bertanding jawatan tertinggi parti dan masa itu baru boleh dipulihkan Umno.
Abdul Aziz Yusuf |
Kalau Aziz ada maruah dia perlu melepas jawatan selepas
himpunan itu berjaya. Jika tidak dunia akan mempersoalkan dimanakah maruah
beliau sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas, adil, telus dari
segala penjawat jawatan lain. Implikasi dari Bersih itu sebenarnya sudah tidak ada guna Aziz terus memegang jawatan itu kerana beliau akan disumpah sepanjang jalan beliau menuju ke pejabat SPR. Kalau beliau ada integriti beliau kena melepas jawatan itu sesegera mungkin.
Selain dari Ismail Omar dan Aziz Yusuf seorang lagi perlu mengambil tanggung jawatan dan maruah
itu dia dimaksudkan itu Menteri Keselamatan
Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein. Hishamuddin juga perlu meletask jawatan. Dia kena bertanggungjawab sebagai seorang penguasa politik.
4 comments:
Asalamualaikum tuan Mso...Gambar di atas seperti satu fenomena saudara kita di Palestine yang dibelasah oleh tentera rejim zionis...rupa-rupanya tidak ini berlaku di Malaysia dan dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia.Tahap profesionalisme kepolisian telah jatuh dan bagaimana masyarakat sebagai `mata kedua" polis dlm membasmi bersama janayah dpt dilaksanakn jika tahap kebencian masyarakat pd polis wujud. ini lah bila berkerja mengikut kumpulan politik tertentu ataupun individu yang memiliki kuasa politik.
nak tahu oang tu, orang umno ka tidak tengok kat tengkok. kalau tengok maam aziz, memang dah sinonim dengan umno. tengkok depa lanjut sikit kat bawah. pasal bebal kot
Mereka2 ini perlu dihukum atas khianat mereka kepada rakyat.InsyaAllah akan sampai masanya mereka ini akan menerima balasan 'cash and carry'di atas perancangan jahat utk menegakkan kerjaan yg rasuah dan zalim terhadap rakyat. Anak cucu mereka juga akan menerima kutukan rakyat atas kerja jahat yang dilakukan oleh merka ini. Tunggulah saatnya.
Salam Tuan MSO,
Apabila membaca blog tuan saya dapat lihat pelbagai tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Namun untuk berlaku adil saya melayari juga web mereka yang menyokong kerajaan sedia ada maka kita akan melihat tindakan yang berbeza yang dilakukan oleh penyokong PR. Jadi sebagai kesimpulan mudah adalah seperti yang selalu diberitahu dalam kursus komunikasi iaitu sibuta dengan gajah. Bergantung pada bahagian mana yang mereka pegang maka dari situ mereka akan buat kesimpulan.
Maka timbul persoalan ,perkara ini tak akan terjadi jika perhimpunan itu tidak berlaku atau kerajaan bertindak rasional.
Saya suka membuat analogi sebagai seorang ayah (kerajaan) tidak mungkin kita akan beri semua yang anak kita minta. Ada had yang perlu diletakan.
Kerajaan juga tidak mungkin akan mempersetujui semua demand dengan berlakunya demo. Ini kerana ia akan meletakan dalam kepala orang jika nak sesuatu kita kena demo. Macam juga seorang bapa , walaupun anaknya menangis apa yang perlu diberi pun ada hadnya.
Post a Comment