Wednesday, April 11, 2012

Ulasan Isu

Jangan Persulitkan Untuk Beri Tauliah Untuk Us Azhar

Kalau tidak silap pendengaran dan tanggapan saya, isu kedatangan Ustaz Azhar Idrus ke Kelantan dikatakan dipersoalkan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) telah pun selesai. Azhar khabarnya dilarang untuk menyampaikan kuliah di masjid kerana tidak ada tauliah.

Semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu awal Mac lalu, beliau membayangkan rasa terima kasih kepada pihak tertentu kerana halangan untuk menyampaikan kuliah di Kelantan selesai.

Penyelesaian itu terbayang dalam kata-katanya berbunyi; "kalau tidak boleh di masjid kita berceramah di futsal. Tetapi Alhamdulilah nampak orang terima kita."

Beliau dilarang kerana tidak ada tauliah. Persoalan tauliah adalah subjektif. Saya membahas mengenai hal ini untuk apa tauliah sedangkan apa dilakukan Azhar itu untuk kebaikan umum. Ribuan anak muda dan remaja yang sebelum ini jarang mendengar syarahan agama mengerumui beliau. Bukankah itu satu perkembangan yang baik?

Sehubungan itu demi memenuhi kehendak para peminatnya serta misi dakwahnya, Azhar sedia untuk 'memohon' mendapatkan tauliah walaupun perbuatan itu tidak penting sebenarnya. Tetapi kerana peraturan dan amalan terpaksa juga Azhar memohonnya seperti juga ustaz dan guru-guru lain.

Mengembangkan agama Islam, memberi ilmu kepada umat Islam dan anak-anak mudah adalah tanggung semua individu apa lagi pihak berkuasa. Justeru tauliah tidak patut dijadikan birokrasi menyulitkan keadaan.

Saya katakan Azhar tidak perlu meminta tauliah tetapi Maik seharusnya mentaulihakna beliau sebagai seorang da'i. Rasanya dalam kontesk itu cara itu sebaik-baiknya.

Malangnya sehingga sekarang katanya tauliah itu masih belum diberi. Azhar sendiri sudah bersedia untuk menemui Maik bersabit urusan itu tetapi masih belum selesai. Ada soal-soal teknikal menghalang. Mulanya sudah ditetapkan syarat serta maksud pertemuan itu sekadar untuk berkenalan dan bukan diinterviu. Tetapi tarikh pertemuan itu diubah dan pertemuan itu juga bukan pertemuan biasa.

Kesulitan mendapatkan tauliah ini menyebabkan Azhar tidak boleh naik masjid di Kelantan.

Kalau kelewatan ini disebabkan kerenah birokrasi, pegawai Maik seharusnya tidak menyulitkan perkara ini. Apa lagi kalau pihak berkuasa ke atas Maik - Sultan Muhammad Ke V yang katanya diserahkan kepada Tengku Mahkota Kelantan sudah memberi green light kenapa harus disulitkan lagi. Saya bimbang permasalahan menimpa Azhar menjejaskan kemuliaan Tuankua Al Sultan dan juga Tengku Mahkota yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama.

Dalam pada itu Azhar pula sekiranya telah diberikan tauliah untuk menyampaikan syarahan dan kuliah di masjid hendaklah beliau menjaga tutur kata dan jangan sesekali membawa masuk unsur politik walaupun sekecil mana. Mislanya perkataan yang membawa konotasi kepada sindiran kepada pihak tertentu seperti JKKK, bulan dan dacing perlulah dihentikan.

Patah-patah perkataan ini sensitif kepada pihak tertentu. Saya rasa tanpa menyebut JKKK, bulan dan dacing pun beliau tetap mendapat perhatian dan diminati oleh anak-anak muda. Yang perlu disedari teknik penyampaian beliau yang popular dan selamba itu telah berjaya mendekatkan anak-anak muda ke laman masjid. [wm.kl.9:09pm 11/04/12]

3 comments:

akulah69 said...

salam, setuju dengan tuan. Untuk kepentingan ummah, Ust. Azhar perlu menjaga sensitiviti tertentu. Walau bulan dihatinya, orang sedia tahu. Tapi demi agama, biarlah beliau kelihatan tidak berpihak. Namun yang salah tetap ditegur, yang baik tetap ditegak.

Beliau mampu menarik belia. Akhir2 ini banyak (via You Tube) ustaz2 muda menyanggahi Ust Azhar, tetapi kaedah dan cara Ust. Azhar mampu menarik golongan yang tidak berminat pada ceramah agama pada suatu ketika dahulu.

Wassalam

Miz3 said...

salam,

pada saya, 'tauliah' adalah penting bagi sesebuah kerajaan memantau perjalanan dan penyebaran dakwah di setempat. kebijakan Tuan dalam mengupas isu ini di ucapkan alhamdulillah kerana dapat membuka mata pihak bertanggungjawab. Pihak majlis dan jabatan agama islam negeri harus bekerja lebih proaktif dan sifat 'beralah' Us. Azhar Idrus amat dikagumi dengan berusaha mendapatkan 'tauliah'. secara jujurnya dapat diperhatikan bahawa pegawai-pegawai dari jawatan atasan hingga bawahan di majlis dan jabatan agama islam negeri-negeri seluruh Malaysia boleh dikatakan MAKAN GAJI BUTA. amat dikesali.

Alami Homestay said...

saya setuju kalau Majlis Agama Islam Negeri MAIN mempunyai dan membuat pilihan samada seseorang itu diberi tauliah apabila memohon tauliah tersebut atau pihak MAIN sendiri mengiktiraf seseorang individu dgn menganugerahkan tauliah tanpa diminta.