Calo-Calo Umno Semakin Mengganas
Mereka Mahu Tumbangkan Tiang Seri AnwarTidak dapat siapa menafikan 'calo-calo' Umno pandai dan kreatif dalam mencipta isu dan menyerang oknum-oknum politik tertentu. Bagi parti politik yang mengguna pakai teori matlamat menghalalkan cara (Machiavelli) mereka sanggup memperalatkan dan menerima nasihat dari sesiapa saja dan berbuat kejahatan lebih dari syatan laknatullah lakukan.
Dalam hal ini syaitan lebih profesional kerana kejahatannya bersyarat dan dia berikrar untuk melakukannya sehingga hari kiamat. Berlain dengan para calo-calo Umno demi sesuap nasi mereka boleh mengkhiantai janji dan kencing kawan sendiri dan berkerja ke arah kejahatan sepanjang masa, hatta ketika dalam tidur.
Azmin mengunjungi ibunya, bila masa beliau abaikan ibu? |
Jika dada mereka di bedah dan hatinya diambil, dimasukkan ke dalam microscop, nescaya akan dapat melihat istana iblis yang terbina indah dan teguh dalam hati mereka. Hanya mereka yang kering iman dan tidak takutkan Allah sahaja sanggup melakukan apa saja kedurjanaan hatta membunuh sesama sendiri.
Keyakinan para calo Umno ini kepada tektik 'pembunuhan watak' begitu tinggi sekali. Mereka mempecayai tektik dan strategi sangat ampuh untuk menguburkan seseorang tokoh yang mendominasi sesuatu perjuangan. Walhal sudah ada bukti dan contoh dari Allah kehebatan mereka (syaitan) itu hanya dongengan sahaja, tetapi mereka terus mengguna tektik itu.
Orang atau parti seperti ini tidak ada integriti langsung. Tidak yakin kepada akal dan hati sebaliknya yakin kepada arahan syaitan. Mereka tidak sanggup lagi untuk berlawan dengan minda tetapi memilih jalan kasar bermain dengan fizikal. Dalam dunia siber hari ini, saat orang mengejar intelektual mereka yang msih menggunakan fizikal dan berfikir secara jahat sudah tidak layak berada dalam dunia melinium ini. Orang menggunakan kejahatan untuk mencapai hajat, dialah sejahat-sejahat manusia yang sedikitpun tidak terkena tempias ketamadunan manusia.
Mereka ini lebih jahat daripada lembu suami Sharizat. Nescaya kalau lembu diberikan sedikit akal mereka tidak lagi akan menggunakan fizikal untuk berlawan satu dengan lain sebaliknya akan memilih perundingan untuk sama-sama mendapat rezeki dan menjaga padang ragut hijau.
Mereka yang tergamak membuat fitnah, melakukan kejahatan dan memperalatkan apa saja dan siapa saja demi kepentingan politik tanpa mengira apakah ianya bermoral atau berdosa adalah golongan yang sesat dalam terang. Sesungguhnya manusia seperti ini patut dijadikan makanan budaya dan harimau pelihara. Mungkina juga buaya dan harimau pun tidak lalu untuk membaham mereka kerana terlalu busuk.
Semua helah, kejahatan dan kebusukan dilakukan untuk membunuh karektor pemimpin Pakatan Rakyat. Satu demi satu secara berterusan calo-calo ini bekerja kepada tuannya (Umno) dengan sedikit upahan duniawi. Bukan saja Anwar Ibrahim, tetapi Nik Abdul Aziz, Haji Hadi Awang, Lim Guang Eng, Karpal Singh, Dr Wan Azizah hatta Ambiga turut dikhianatinya. Mereka langsung tidak ada budi dan ehsan serta perikemanusiaan.
Terbaru calo yang terdiri dari golongan 'tapar mulut berair' ini sekali lagi cuba membunuh karektor Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan mengheret ibu Azmin sebagai modalnya.
Sebelum ini sudah bermacam-macam golongan ini menyerang Azmin. Bermula dengan Azmin seorang suami yang dayus kononnya menyerahkan Shamsidar (isterinya) kepada Anwar sampai mendapat anak, memiliki saham ratusan juta, orang yang mempersendakan Raja-Raja Melayu, dan kini membawa pula ibu Azmin untuk mengnhancurkan timbalan presiden PKR itu.
Sedih kerana sesetengah yang memegang watak calo itu adalah mereka yang pernah makan di tangan Azmin. Hidup mereka pernah dibantu Azmin. Seringgit dua Azmin hulurkan kepada mereka untuk mengembungkan perut yang kosong kemasukan angin. Tetapi mereka melupai segala budi itu kerana mendapat upah sesen dua menerusi jawatan kecil, sekecil pion oleh Umno.
Mungkin beberapa bentuk serangan peribadi lain boleh dimaafi. Ia masih wajar dilakukan oleh pengamal politik sekular yang 'jenuh' dengan pembohongan, penipuan dan munafik. Tetapi kalau soal peribadi melibatkan orang tua bernama ibu ia sudah keterlaluan. Perbuatan itu lebih jahat dari Israel Yahudi dan Mahathir, bahkan dari syaitan. Syaitan pun ada rehat dalam melakukan kerja-kerja yang sudah dijanjikannya. Syaitan lebih prof dari Umno.
Tidak tahu hendak dibandingkan dengan apa lagi si calo dan Umno ini bila mereka tergamak mengheret ibu Azmin untuk dijadikan modal politiknya. Kalau sekali pun benar berlaku demikian - seperti diakui ibu Azmin, apa lagi tidak, tetapi sebagai sebuah media dikawal oleh orang Islam tidak wajar menyiarkannya. Media beretika perlu menjaga aib seseorang yang terkena dengan pendedahan yang berunsur dendam dan fitnah begitu. Tetapi apa boleh dibuat kerana media itu sendiri sudah buruk hati dan putus tali perut maka tergamaklah menyiarkannya, hatta kalaupun kemaluan sendiri.
Mengenai pendedahan oleh ibu Azmin itu, kita tidak perlu menyalahkan kepada Mak Tom. Jangan salahkan ibu Azmin yang tidak berdosa. Orang yang perlu dikutuk sampai ke Mahsyar ialah mereka yang memperalatkan Mak Tom untuk memuaskan nafsu dan dendamnya. Seluruh Malaya sudah kenal dan tahu dengan sifat dan perangai anak perempuannya yang dikatakan sebagai adik Azmin itu. Tetapi yang perlu bertanggungjawab atas apa dilakukan ialah media. Si muka bulat dahi tinggi itu juga tidak perlu dipesalahkan sangat sebab orang sudah mengenali siapa dan apa dia? Media yang dianggap waras selamanya itulah perlu disumpah dan dilaknat kerana tidak tahu menjaga profesiolasimenya Media arus perdana negara ini sudah hilang keramat dan keagungannya, kerana bohong dan menjadi media penabur fitnah, fitnah dan fitnah, cis.
Media bukan saja boleh menyiarkan apa juga cerita atau pendedahan manusia lain begitu saja, sebaliknya harus menyelidiki apakah ia beradat atau tidak? Kalau ia menjejaskan perasaan teruk seseorang wajar di elakkan. Tujuan media mendedahkan pengakuan Mak Tom itu ada motifnya tersendiri untuk memperlihatkan keburukan akhlak Azmin seorang anak. Media yang tidak mempedulikan soal moral, benar dan salah ini adalah media yang ditulis bertintakan darah iblis dan tidak berpandukan Quran.
Media mendedahkan isu itu ada motifnya. Motifnya dengan harapan Azmin akan menyaman ibunya sendiri di atas apa yang berlaku. Ini yang diharapkan media berkenaan. Kalau Azmin mengambil tindakan begitu kerana hendak membersihkan diri, Azmin akan dilihat sebagai anak yang derhaka. Itu yang dimahuinya. Makanya Azmin tidak perlu membuat apa-apa kenyataan di atas kenyatan ibunya itu. Azmin anggaplah ia hanya sebuah ilusi dari seseorang yang benci dan mendendaminya.
Bukan setakat itu saja, kalau si ibu memaki hamunya sekalipun, Azmin perlu diam. Sebab apa juga kata-kata dan luhaan perasaan ibu adalah doa yang mudah dimakhbulkan Allah. Orang ramai percaya sikap dan pandangan Azmin terhadap ibunya tidak akan sampai ke tahap untuk membalasnya. Sepanjang pemerhatian saya kepada Azmin sebagai ahli politik beliau seorang berdisiplin dan berhemah tinggi. Atas apa yang saya perhatikan tuduhan dan dakwaan sehingga menyebabkan Mak Tom sanggup memalukan anaknya sendiri adalah tidak benar.
Tenanglah.. dengan apa yang berlaku itu, ia sedikit pun tidak menjejaskan Azmin baik sebagai seorang anak dan juga politician. Adapun kenapa Umno sanggup melakukan begitu, mennggunakan tektik paling jahat ialah kerana kewibawaan Azmin itu sendiri. Mereka melihat bahawa Azmin adalah tokoh dan pemimpin berpotensi dimasa depan. Mereka hilang akal apabila Azmin tetap setia dengan Anwar menjadi tiang seri dalam perjuangan Keadilan walaupun ia digocang dengan angin ribut taufan dan dilambung gelombang sekuat ombak dimusim tengkujuh. Azmin seorang pembantu yang setiakawan dan rela mengorbankan nyawa.
Selain itu Azmin juga dianggap bukan orang kuat yang setia saja tetapi lebih dari itu. Saya pernah menyifatkn Azmin dan Ezam Mohamad Nor sebagai kembar siam yang merupakan setiawan dan aspirator kepada Anwar Ibrahim. Dari diri kedua mereka saya lihat orang yang cukup penting kepada Anwar, dan Anwar bertuah memiliki Azmin dan Ezam. Saya pernah mengucapkan kepada mereka berdua, sekiranya Anwar jatuh dikanan, Azminlah yang menopangnya, kalau Anwar jatuh di kiri Ezamlah menyambutnya.
Kedua mereka sebahagian dari roh dan jiwa Anwar yang bergabung dengan roh dan keulitan dan kesetiaan Wan Azizah serta keluarganya. Itulah maha pentingnya Azmin kepada Anwar. Justeru kerana menyedari hakikat itulah Umno menjadi gila babi akan berusaha dengan apa saja untuk menghancurkan kewibawaan Azmin yang kemudiannya akan meluruhkan jasad perjuangan Anwar ke bumi nyata.
Kita tahu betapa luka dan pedihnya hati Azmin dalam menerima serangan dan fitnah Firaun ini. Apa yang Azmin boleh lakukan sabar dan jangan terikut melayaninya. Kerana apa yang para calo, Umno dan media inginkan Azmin menari mengikut rentak gendang yang mereka palukan. Syabas kepada Azmin yang telah berkata; Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat." Inilah jiwa sebenar yang kita mahukan dari seorang pejuang rakyat. Jika rakyat tidak berhati batu akan sebak mendengar pengucapan tegas, berani dan komited Azmin itu.
Kepada Azmin, Shamsidar dan semua orang yang cemas dengan serangan hendap Umno ke atas Azmin ini, percayalah bahawa kebenaran itu selalu berada jauh di belakang dan ia akan menjelma di depan setelah kita penat berjalan dan bertarung. Perjuangan apa juga bentuk dan misinya hanya akan memang bila ada orang sabar, komited dan tidak gentar berdepan dengan apa jua bentuk senjata. [wm.kl.10:46 07/05/12]
1 comment:
kotor dan jijik sungguh umno dan media mereka. saya sekarang ni tengok pun tak mahu akhbar yang dikatakan arus perdana itu, usahkan nk beli dan baca. berita fitnah dan sport toto je ada dlm tu. kejahatan serangan politik paling jahat apabila org tua yang tk tau apa2 diseret sama dalam kekotoran. sbb tu MB kelantan katakalau org tu ada bakat nk jadi baik kita doa ALLAH bg hidayah, tp kalau org tu dah nampak tk de bakat nk jd baik dan kejahatan matlamat hidupnya, pakat2 doala kehancuran dan kemusnahan atas mereka.
Post a Comment