Pembinaan Lebuh Raya Rakyat: KB - KK
Tahniah Rakyat Kelantan
Pengarah Ladang Sungai Terah Zulkefli Yaacob menyerahkan derma untuk bina LRR. |
Kerajaan Kelantan mengambil tanggungjawab dan usaha untuk membina lebuh raya di negeri itu bagi mengatasi kesesakan lalu lintas terutamanya pada musim perayaan. Selain itu pembinaan itu juga bagi menunjukkan kepada rakyat terutamanya para penuduh dan pendusta Umno kononnya Pas tidak inginkan pembangunan. Pembinaan itu di samping menjawab dan menyatakan hakikat sebenar ia juga mencabar Umno yang melaungkan untuk membangun Kelantan.
Pembinaan lebuh raya itu juga membuktikan kerajaan Kelantan komited dengan amanah dan tanggungjawab untuk rakyat negeri Kelantan. Signifikennya pula ia membuktikan bahawa kerajaan Pas Kelantan sedia menghadapi apa juga kesulitan dan membuka pintu korban untuk rakyat. Dari sisi agama kaedah pembinaan lebuh raya itu ia memberi peluang kepada rakyat Kelantan khasnya dan orang ramai untuk menambahkan kebajikan.
Ada yang pesimis dengan usaha kerajaan Kelantan itu. Pihak Umno memberi gambaran negatif terhadap pembinaan lebuh raya itu yang mana tidak sepatutnya diperlakukan demikian. Baik Mustapa Mohamed atau Awang Adek Hussein patut menyokong usaha itu selepas mereka gagal untuk mempengaruhi Najib Razak supaya meneruskan projek yang telah diluluskan itu. Kalau pun tidak mahu menyokong mereka perlu mendiamkan diri tunggu dan lihat terlebih dahulu.
Malangnya beliau tidak bersikap positif dan seakan mahu mengejek usaha murni berkenaan. Tidak ada manfaat atau pun kebaikan kalau mereka berdua memandang kecil usaha berkenaan. Sekiranya kerajaan Pas Kelantan dapat menyiapkan dalam tempoh ditetapkan ia akan memberi pukulan maut kepada Umno. Saya yakin lebuh raya itu kalau dapat disiapkan ia akan menjadi mercutanda baru pemerintah Pas Kelantan.
Seperti mana saya sebut sebelum ini semua pihak hendaklah berganding bahu menjayakan projek berkenaan. Jangan melihat projek itu sebagai projek mainan individu tertentu sahaja. Ia perlu menganggap projek bernilai RM1.8 billion itu adalah projek raksasa bagi Pas Kelantan sepanjang ia memerintah selama 22 tahun. Juga jangan lihat ada udang di sebalik pembinaan itu tetapi cuba teduhkan hati dan lihat mantlamat utamanya. Udang-undang kecil di sebalik projek itu boleh diperjelaskan!
Tidak salah saya rasakan bagi mereka yang mengakui sayang, kasih dan menyanjungi Tok Guru Nik Aziz untuk sama-sama terlibat dalam pembinaan lebuh raya berkenaan. Para penyokong, peminat dan ribuan anak murid Tok Guru Nik Aziz di seantero dunia boleh menyatakan penglibatan mereka dengan pembinaan itu dengan pelbagai cara termasuklah menghulurkan sumbangan derma ikhlas.
Manakala bagi yang tidak berupaya, cukup setakat memberi tepokan dan sokongan moral, berdoa atau pun menguar-uarkan kepada rakyat mengenai pembinaannya yang dibuat atas titik peluh rakyat Kelantan sendiri. Seperti mana saya uar-uarkan dalam Fb saya malam tadi saya juga akan melancarkan kutipan derma dari kalangan rakan dan ahli Fb saya dengan syarat 100 orang menyatakan persetujuan. (Sila rujuk ke Fb saya).
Usaha ini bukan apa, bukan untuk mengenapkan RM1.8 billion itu, tetapi demi menunjukkan sokongan dan rasa bangga dengan sifat dan budaya orang Kelantan yang tidak pelahap kepada apa yang orang tidak beri dan rela berkorban untuk mengubahkan diri sendiri. Pastinya pembinaan lebuh raya rakyat (LRR) itu akan menjadi sebutan selamanya. Dan kalau boleh biarlah kita semua turut merasakan lebuh raya itu sebagai hak peribadi dengan derma yang tidak seberapa itu.
Sesungguhnya derma itu akan lebih bermakna daripada kita membayar tol setiap kali kita melalui lebuh raya di negara ini yang ada kalanya untuk satu perjalanan dari jarak tertentu kita kena korbankan sebanyak RM70.00.
Saya sangat berharap dan berdoa saya dan rakan-rakan Fb dan penjenguk blog Merah Tinta juga dapat memberi sumbangan dan menginfakkan beberapa sen duit kita untuk pembinaan lebuh raya itu. [wm.kl.9:14 am 29/05/12]
6 comments:
Insya Allah usaha ikhlas ini akan ada barakahnya....Allah akan sentiasa bersama kita...Allahuakhbar...
Diucapkan tahniah kpd kerajaan kelantan
selepas siap pembinaan LRR krjn kelantan mungkin boleh mengisytiharkan tol free utk seminggu
mengutip tol 5 kali dlm seminggu sementara hari jumaat fan sabtu diisytihar tol free
selain itu LRR boleh menyumbang dlm mengurang beban rakyat dgn mengenakan diskaun tol sekiranya rakyat ditimpa bebanan kenaikan minyak, harga brg dan sebagainya
bersesuaian dgn namanya lebuhraya rakyat biarlah lebuhraya ini nampak hidup dan mesra rakyat..rakyat kelantan umumnya
tahniah,tahniah,tahniah.
Islam datang untuk membebaskan kita dari perhambaan.
Salam Tuan MSO,
Tuan Firdaus,
Untuk pengetahuan, dalam harakah menyatakan lebuh raya ini tidak akan dikenakan tol. Harap betulkan jika saya tersilap.
Tahniah kepada kerajaan Kelantan. Saya di Johor memandang dengan cemburu, Islam makmur di Kelantan.
Pastikan kerajaan negri tdk btukar tgn dlm pru13 kalu tdk sdh pasti LRR ini akan dkenakan tol utk tempoh puluhan tahun..
Utk makluman LRR ini tdk akn sama skali dkenakan tol..
Salam Tuan,
1)Minta sepusatkan / "centralized" nombor akaun yg bole digunakan bg tujuan sedekah jariah. TQ.
2) Terpanggil utk memberi pendapat dari sudut realitinya. PR berjanji menghapuskan tol. Tujuannya hanya satu - utk rakyat, itu bagus.
Namun dlm masa sama ini akan mengurangkan kemampanan sesebuah kerajaan utk membangunkan lebih banyak prasarana lagi. Akhirnya, rakyat juga lah yg melihat kurang efektifnya kerajaan PR.
Apa solusinya?
Lumrahnya, apabila sesebuah kawasan dihubungkan dgn lingkaran2 lebuhraya (network), pertumbuhan pesat pasti melimpah di kawasan berkenaan. Jangan kerajaan PR lupa bahawa yg mendapat manafaat yg terbanyak ialah kenderaan2 pengangkut / perdagangan (cth; logistik2 treler) kerana mereka akan dapat beroperasi dengan lebih produktif dan efisyen dengan adanya kemudahan lebuhraya.
CADANGAN SAYA :
- Terma bebas tol SEPENUHNYA akan dinikmati rakyat / kenderaan individu (RM0.00)!
- Bagi kenderaan perdangan, bayaran tol tetap akan dikenakan supaya hasilnya dapat dimanfaatkan oleh kerajaan PR, dan akhirnya manfaat itu pasti kembali kepada rakyat juga.
Ini merupakan penyelesaian dalam ertikata MENANG-MENANG yg sebenarnya.
Diharap posting / cadangan ini dapat diperpanjangkan kpd pimpinan PR.
Post a Comment