Politik sekular membenarkan maksiat dan hak asasi mengizinkannya. Namun batas-batas dan hukum agama tidak membenarkan walaupun dalam keadaan apa dan untuk apa sekali pun. Ketegasan ini dikatakan rigid, oleh anti agama tetapi sebenarnya inilah istimewanya agama yang membezakan penganutnya dengan penganut agama lain.
Kiri - Kadir membelakangkan camera mendepa tangan menari. |
Semasa kunjungan para pemimpin Pakatan Rakyat ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini, dalam satu majlis di Tuaran, Sabah para hadirin khasnya para pemimpin Pakatan Rakyat dijemput untuk sama-sama menari Sumazau di pentas bersama beberapa orang jelitawan Kadazan Dusun yang putih melepak.
Tarian atau komitmen pemimpin PR itu sebagai membuktikan mereka tidak memperkecilkan tarian tradisional Kadazan Dusun itu yang merupakan tarian meraikan tetamu yang menjadi amalan tradisi. Slog untuk tarian itu sebagai menjawab satu fitnah dilemparkan oleh blog yang menyamar atas nama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperkecil-kecil dan menghina tarian berkenaan sebagai tidak berakhlak dan tidak tamadun.
Walaupun slog itu tidak perlu dalam majlis sambutan Hari Malaysia itu, tetapi itulah yang disediakan. Untuk menunjukkan semua sporting dipanggil semua pemimpin yang ada naik ke pentas. Sebegitu mendengar pengumuman itu saya yang berada agak jauh dari pentas mendekati kerusi-kerusi viip...di hadapan pentas, bukan teringin hendak menari, tetapi kerana timbul juga rasa bimbang manalah tahu ada pemimpin Pas yang berpinar biji mata naik ke atas.
Di hadapan itu ada Abdul Hadi Awang, Muhammad Sabu, Husam Musa, Dr Mohd Hatta Ramli, Mustapa Ali dan lain-lain. Pemimpin PKR pula, ada Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Khalid Ibrahim, dan lain-lain. Alhamdulilah semua pemimpin Pas dan PKR beragama Islam tidak naik ke pentas dan tindakan mereka itu difahami oleh pihak penganjur.
Persefahaman dan penghomatan kepada budaya dan agama masing-masing ada.
Tetapi beberapa orang pemimpin PKR bukan Islam naik ke pentas. Tidak hairan sebab tidak ada apa-apa masalah dan halangan buat mereka. Namun yang sedikit merujakana saya apabila Kadir Sheikh Fadzil ikut sama naik ke pentas, mendepa tangan dan terhinjuk-hinjuk macam anak kucing kaki terpijak duri menari dengan jelitawan Kadazan Dusun. Untuk pengetahuan, Kadir bukan pemimpin PKR dia hanya menyelit dalam majlis atas kapasiti dirinya sendiri. Setahu saya tidak ada hubungan atau ikatan apa-apa dia dengan Pakatan Rakyat melainkan hadir atas kehendaknya sendiri.
Nampak selamba saja Kadir dengan tarian itu. Seperti saya kata tadi itu adalah hak peribadi dan dibenarkan oleh hak asasi manusia. Tetapi Kadir seorang Islam adalah tidak wajar berbuat demikian. Kalau pun majlis sosial begitu biasa baginya tetapi dia perlu menghormati kepada pemimpin Melayu lain yang ada di bawah. Kalaupun bukan kepada Anwar dan Muhammad Sabu tetapi kepada Abdul Hadi Awang. Dia juga perlu sedar di mana beliau berada, di majlis Pakatan Rakyat.
Janganlah gara-gara tindakan itu menyebabkan Pakatan Rakyat terpalit noda yang tidak diudang.
Saya malas ulas panjang nanti timbul tanggapan lain pula. Cuma kepada Kadir kalau hendak berkawan dengan Pakatan Rakyat khasnya Pas ubahlah perangai dan budaya itu. Beliau kena studi Pas berbeza dengan parti lain. Wajar juga kalau selepas ini Pas memikir banyak kali untuk mengundang Kadir ke majlis ceramahnya.
Kalau selepas ini Pas tidak mengundang Kadir diceramahnya jangan berkecil hati. Pas dalam keadaan apa jua keadaan parti itu perlu menjaga integritinya. Integriti Pas bukan saja individunya tetapi organ itu sendiri.
Pas bukan Umno, Pas bukan DAP dan Pas bukan PKR. Pas adalah Pas yang dikatakan rigid tetapi pendirian dan dasarnya berlandaskan keyakinan apa yang diajarkan agama yang menjadi ideologinya. Kita tidak mahu Kadir masuk ke dalam majlis-majlis Pakatan Rakyat menjadi semak dan masalah kepada Pakatan Rakyat. Lagi pun pengaruh Kadir bukan besar sangat, hadirnya tak lebih dan tak kurang bagaikan melukut di hujung gantang saja. Sebagai melukut Kadir sepatutnya tahu sebesar mana bakul dan sebesar mana cupak. [wm.kl.9:55 am 27/09/12]
2 comments:
SAYA AMAT SETUJU DAN MENYOKONG 1000% PANDANGAN TUAN....!!! KERANA TAKUT NILA YANG SETITIK BOLEH MEROSAKKAN 3 BUAH SUSU DALAM BELANGA PAKATAN RAKYAT.....!!! HARAP-HARAP PIMPINAN ATASAN MEMANDANG SERIUS PERKARA INI...!!!!!!!
Alhamdullilah tidak ada org.PAS yg ikut tarian itu..
Sekali lagi Alhamdullilah..
Kerana ia meningatkan kita sejarah lalu..bila MP PAS Allahyarham Tuan Hashim Gera yg.menari..
Telah di gugurkan keahliannya dari PAS.,wpun ketika itu PAS cuma ada dua tiga kerat MP.
Apa pun Alfatihah buat Allahyarham ,smuga Allah mencucuri rahmat keatas roh nya.
Wallahua'lam
Post a Comment