Sebelum kita semua dibawa melangkah ke tahun baru masihi saya ingin melontarkan pertanyaan 'bodoh cerdik' kepada kita semua untuk dijawab secara senyap. Apa yang saya ingin kemukakan begini; kalau orang Umno mempertikaikan apa dinamakan 'Amanat Haji Hadi' dan meminta presiden PAS itu memohon maaf, apakah tidak boleh dipertikaikan tragedi Memali dan meminta orang terlibat dalam tragedi itu juga memohon maaf sama?
Makam syuhada korban Memali di Baling Kedah. |
Barang kali betul apa yang diucapkan oleh bekas seorang ahli Parlimen asal Terengganu kepada saya dua hari lalu tatkala tersebut perkara itu. Katanya isu itu sudah lama berlaku dan sengaja tidak diselesaikan kerana ia dijadikan modal politik. Sebab itu bila setiap kali menjelang pilihan raya ia diungkitkan, begitulah ujarnya jujur.
Apa yang diucapkan bekas ahli parlimen pernah menjadi timbalan menteri itu ia menepati apa yang saya jangkakan sebelum ini. Amanat Haji Hadi adalah modal politik Umno dalam menopengkan elemen agama dalam politik.
Di sinilah tampak PAS jauh lebih baik berbanding dengan Umno. PAS lebih gentlemen dan tidak suka mengungkit-ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Kalau PAS hendak berbuat seperti apa Umno lakukan, PAS juga boleh, sebab parti itu juga ada peristiwa yang tidak kurang juga menarik dan boleh menguntungkan parti itu kalau ia ditimbulkan apa lagi dieksploitasikan.
Isu itu ialah tragaedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985 yang mengakibatkan Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libaya ditembak mati bersama 12 orang penduduk kampung Memali. Kejadian yang berlaku itu banyak menimbulkan kemesterian. Banyak perkara yang belum terjawab secara tuntas. Plot-plot yang dihidangkan kepada umum tidak logik dan meninggalkan simpulan tanda tanya besar di kepala dan buku nota sejarah.
Kalau diteliti kronologi peristiwa itu menjelaskan akan kesadisan pihak polis di mana ini adalah tanggungjawab kerajaaan UBN. Sebaliknya kalau dilihat dari versi polis yang jahat dan banduknya ialah Ibrahim Libya dan penduduk Memali. Akal manusia yang waras tidak menerima drama yang dinukilkan semula dari kejadian asal di Mukim Siong, Baling Kedah itu.
Sesuatu kejadian itu boleh diputarbelitkan seperti mana video boleh disunting mengikut selera dan kehendak editor dan tuanya (producer). Seperti mana orang boleh bikin video mengenai Anwar Ibrahim melayan pelacur, maka begitu juga video Memali dulu. Ia tidak disiarkan dari versi aslinya terutamanya dramatik saat penduduk kampung dikepung kemudian ditembak.
Mengenai kejadian itu mungkin generasi muda yang baru lahir selepas atau ketika kejadian itu berlaku, tidak mengetahuinya. Mungkin mereka tidak pernah pun mendengar perkataan Memali. Sejarah mengenai Memali ini pun jarang diungkitkan. Ulang tahun kejadian itu tidak diperbesarkan, RTM dan tv nombor tiga tidak pernah memberi liputan. Rancangan dekomentari mengenainya di tv juga tidak menyorot secara jujur dan telus melainkan terus melumurkan lumpur dosa kepada al Syahid Ibrahim Libya dan pengikutnya.
PAS sendiri seakan sudah terlupa dengan tragedi kejam itu. PAS Kedah sendiri sejak menang dan memerintah Kedah rasanya tidak begitu ghairah mengangkat kejadian itu atau merai keluarga mereka yang syahid dalam kejadian itu. Ataupun saya tidak mengetahuinya? Setelah PAS memerintah Kedah rasanya elok kalau kerajaan PAS mendirikan sebuah memorial di tempat kejadian itu sebagai kenangan sejarah. Ataupun kerajaan Kedah dengan keraja sama kerajaan Kelantan yang kini sedang membangunkan industeri filem Islam boleh filemkan tragedi berdarah Memali itu.
Masyarakat umum mesti hendak tahu kenapa meletus tragedi itu. Kenapa polis sampai jadi histeria menembak orang kampung yang hanya bersenjata peralatan sawah. Kenapa pembunuhan di Memali itu dilakukan ketika Mahathir Mohamad berada di Cina. Mesej apa yang hendak ditunjukkan? Apakah Musa Hitam yang ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri (KDN) sudah merasakan dirinya putih dengan kejadian itu?
Walaupun kertas putih mengenai tragedi 27 tahun itu sudah didedah di Parlimen, namun itu secara formaliti saja tetapi tidak menjawab persoalan sebenarnya. Saya juga ada sedikit akses dengan kejadian itu. Semasa bertugas dengan akhbar Minggu Islam, KDN melarangkan media massa membuat liputan mengenai kejadian itu. Semua penerbitan menerima surat larangan dan amaran berkenaan termasuk penerbitan kami.
Kenapa? Kalau kejadian itu ditangani dengan betul mengikut lunas undang-undang kenapa ada larangan dan amaran itu? Sesuatu yang buruk boleh disembunyikan pada masa kejadian tetapi tidak tahun-tahun selepasnya. Ahli sejarahwan senantiasa peka dan akan menggali serta mencari jawaban sebenar.
PAS sebuah parti yang baik. Yang menerima kejadian itu seadanya seperti mana disampaikan kerajaan. Kalau hendak dikira PAS boleh membangkitkan isu berkenaan. Tetapi PAS tidak berbuat begitu. Inilah bezanya PAS dengan Umno.
Jelas berpandukan kepada dua kejadian ini - amanat Hadi dan Memali ia menunjukkan PAS sebuah parti yang baik. PAS tidak suka menjual barang lama dan menggunakan modal usang untuk laba politiknya. PAS tidak tergamak menang secara pukul curi tetapi rela kalah dengan kebenaran.
Dari situasi ini sudah menjelaskan kepada rakyat mengenai hakikat politik hari ini. Apabila Umno terpaksa menjual modal lama yang telah basi nyata Umno tidak ada modal baru lagi untuk dijadikan tarikan kepada rakyat.
Tetapi kalau modal usang Amanat Haji Hadi itu terus diecer oleh Umno secara gila-gila, PAS juga mungkin boleh berfikir untuk ikut sama mengungkitkan tragedi Memali itu sebagai modal politik. Mungkin generasi lama sudah memaafi diatas pembunuhan itu tetapi generasi baru yang baru tahu akan kesadisan Polis dan kerajaan UBN termakan dengan isu berkenaan. Isu Memali itu boleh menyebabkan mereka akan murih dan mengatakan celaka kepada Umno. [wm.kl.10:10 pm 31/12/12]
12 comments:
Tiada maaf bagimu Mahathir dan Musa kerana membunuh Tn.Guru Ibrahim libya dan orang kampung yang tidak berdosa! Tuduhan mengatakan orang kampung membunuh Polis tidak benar...kerana yang membunuh anggota polis mengikut arwah abang aku (juga seorang pegawai Polis) ialah Polis sendiri! Mahathir dan Musa.....ingat aku, arwah bapa,ibu,kakak dan adik - adikku tidak akan maafkan perbuatan kamu yang menyebabkan abangku terbunuh di Memali!
Assalamu alaikum tuan. Setiap kali dibuka cerita Memali, hati ini akan terus meruntun untuk menuntut kebenarannya. Ia adalah suatu peristiwa hitam yang berlaku ketika aku berada di tingkatan enam rendah dan ketika baru belajar mengenali politik negaraku dalam erti kata yang sebenar.
Ketika itu aku dibentangkan dengan maklumat gila Utusan dan RTM dan aku juga dapat maklumat terus dari PAS cawangan Kampung Delek yang mana aku baru menjadi ahli berdaftar kira-kira 11 bulan. Terawal dari itu Dua bulan selepas aku menerima sijil keahlianku, aku telah didedahkan dengan peristiwa Lubuk Merbau yang telah mengorbankan Asy-syahid Osman Talib.
dua peristiwainilah yang membuatkan aku terusmengenali PAS dan UMNO dan menetapkan pendirianku hasil dari pengajianku iaitu aku tidak akan sekali-kali mengundi UMNO kerana UMNO sebuah parti yang sanggup membunuh rakyat sendiri.
Benar kata tuan, jika peristiwa ini diunkit kembali dengan cara yang lebih tersusun ia memang boleh menimbulkan kemarahan anak muda kepada UMNO. Saya yang jauh dari Memali dan Lubuk Merbau berasa amat marah dengan UMNO dan memang tersentuh bila ada pihak cuba menimbulkan cerita ini, inikan pula mereka yang hampir dengan peristiwa berkenaan. Tindakan PAS untuk tidak membesar-besar dan mengungkit peristiwa itu memang baik kerana bila cerita itu tidak disebut kuranglah sedikit perasaan marah Ahli-ahli PAS seperti saya dan ini boleh mengurangkan sedikit ketegangan pollitik. Biarlah UMNO nak main dengan cerita bodoh mereka kerana memang PAS kini sedang mengawal tari dan irama politik orang Melayu di negara ini. Sebenarnya UMNOlah yang canggung di atas pentas politik Malaysia hari ii kalau tak dapat mengikut rentak yang dimainkanoleh PAS sekarang. UMNO kini sebenarnya bukan sekadar belajar rentak tari PAS tetapi penari mereka pun tiada yang berkelayakan.
Nak tergelak baca penulisan MSO.. Mungkin MSO lupa @ sengaja buat2 jadi dungu. Patut MSO tukar tajuk dan penulisan tersebut dengan berbunyi mcm ni " Ibrahima Libya dijamin syurga hasil Amanat Haji Hadi utk tubuhkan negara islam".. Ibrahim libya sanggup berperang dgn kerajaan BN semata-mata termakan hasutan Pas utk tubuhkan negara islam. Sapa yg canang sampai cakerawala nak pejuangkan negara islam? Last2 hasil tarbiyah DAP negara islam dh hilang dari bibir munafik puak pas. Malas la nak ulas panjang.. Kot berani sangat mso ni desak la kerajaan Kedah isytihar yg ibrahim libya betul2 mati syahid!! Ada bran ke azizan nak buat mcm tu?
Sememangnya benar, rakyat perlu melihat sejarah silam jangan sekadar menerima momokan momokan umno yang disiarkan oleh media PB sahaja.Cuba kita lihat berapa ramaikah orang-orang umno yang telah dibunuh oleh pengikut-pengikut pas yang berpegang kuat dengan amanat hj hadi itu... fikirlah sendiri. Tetapi orang umno yang membunuh pengikut pas sudah berapa ramai...
Ada orang nak tergelak membaca posting saya. Mungkin apa yang diandaikan boleh terima, tragedi Memali berlaku kerana Amanat Haji Hadi, tetapi kenapa kerajaan begitu bongak sekali membiarkan amanat itu bergentayangan selama 31 tahun. Apa lagi istilah yang boleh dipakai selain dari kerajaan pimpinan UBN berada di tahap keldai tidak tahu mengatasi masalah rakyat dan negara. Semua agensi dibentuk tetapi ia tidak berfungsi dengan baik seolah ia dibentuk untuk memberi pekerjaan dan elaun pencen kpd penjawatnya.
Setakat itu sajalah otak dan politik Umno, sebab itulah parti itu makin hari makin ditolak kerana ia tidak pernah berusaha untuk keluar dari kelontong nyiur. Kesian di Jamil!
Kerajaan bukan biar.. Majlis fatwa sendiri dh keluar fatwa berkenaan amanat sesat tu. Konon2 tentang umno dan bn kerana kekalkan perlembagaan penjajah dan bergabung dgn mca dan mic. Allah maha adil.. Balas cash didunia jugak. Last2 pas demi undi kaum kafir dan nak jaga hati dap sikit pun x sebut nak tukar perlembagaan!! Kitab jingga dah jadi kitab yg diturunkan dari langit. Takde pun disebut nak perkukuh undang2 islam. Sekarang ni siapa yg lebih sekular dari BN? Come on la Mso!! Cuba la tulis penulisan yang berfakta dan ilmiah sikit. Mso cuma olah ayat seolah-olah mcm karangan budak sekolah je.. Banyak mana dah dosa haji hadi sebab keluarkan fatwa yang betul2 songsang. Yang paling naya Ibrahim Libya. Termakan hasutan puak2 pas sanggup korbankan diri. Dijanji mati syahid oleh ulanmak2 pas kalau berperang tegakkan negara islam. Nah!! Selepas 31 tahun negara islam dah digadai oleh Pas. Tak pasal2 ibrahim libya mati free mcm tu je. Sampai sekarang pas takut nak isytiharkan kesyahidan ibrahim libya. Kerajaan kedah la ni dah dibawah pas. Kalau btl pejuangan ibrahim libya tu buat la sesuatu!! Mybe pas takut nak declare sebab nak jaga hati sheikh lim kit siang dan tok guru guan eng kot!!
dickhead minta tolong cut page fatwa berkenaan. jangan cakap tanpa ada fakta ini zaman dunia terbuka. pihak yang mana yang membuat fatwa tu. mengenai kematian ibrahim libya free tu, saya nak tanya sdr tahukah yang sultan kedah memziarahi makam syuhada itu. apakah mesej dari kunjungan sultan itu. saya fikir sdr tidak tahu dan meraban saja... sdr boleh tulis dengan bahasa yang baik ... hantar kepada saya, sy nak siarkan tulisan sdr dalam blog saya.
Saudara bayangkan, ketika berada di dalam surau untuk mendengar kuliah agama dengan niat mencari ilmu, tiba2 saudara dikepung armada polis, polis simpanan, polis hutan, tentera lengkap bersenjata, dengan rifle, shotgun, senapang patah, dengan black maria, kereta kebal dan sebagainya.
Dalam kalut2 begitu, anda disuruh menyerah atau diancam bunuh. Dalam keadaan begitu, saya rasa pasti bukan ibrahim libya saja, sesiapa jua pun pasti bertindak untuk mempertahankan diri. Ini adalah psikologi manusia, human instinct, autonomic nervous system yang secara automatik bertindak balas untuk melindungi diri, bukan semata disebabkan amanat haji hadi.
-DK-
Tuan MSO, mengikut apa yg saya baca, Majlis Fatwa Negeri Kedah, yang di anggotai oleh Tuan Guru Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abdul Razak telah mengesahkan kematian Ust. Ibrahim Libya sebagai syahid. Jika maklumat ini sahih, pada saya Dickhead ini hanyalah seorang yang berotak kemetot yang tak perlu dilayan. Dia tulis sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.
Tuan Mso,
Usahlah tuan layan 'Dickhead'.Dari nama samarannya saja kita dah boleh baca jenis apa orang ini,entah ada iman ke tidak Dickhead ini,yang bermaksud 'kepala bu##h'
Bagi mereka yang tak berpuas hati pada kolum tuan mso. Berikan hujah serta fakta dengan kata2 yang beradab, manalah tahu tuan mso akan mendengar....
TUAN TANAH, Bila saya baca komen DH...saya rumuskan dia tidak ada fakta dan hanya bersandarkan fahaman politik UMNO.Sejarah tetap sejarah.UMNO lebih banyak membawa kerosakan hubungan sesama Islam.Buktinya tercatat dalam sejarah.Penyokong PAS merasakan lebih baik mufarakah dalam politik dengan UMNO.Isu amanat Ustz.Hadi hanya modal politik UMNO menjelang pilihanraya.
Post a Comment